Wow ini memang best. Hanya gunakan satu adunan sahaja dan anda dapat menikmati roti dan donat dalam satu masa. Memang hebat dan jimat masa.
Resipi perkongsian Pn Wanda Jasmi ini memang wajib dicuba. Tak hairanlah dapat perkongsian sehingga 35K di facebook. Wajib cuba!
Hari ni saya nk tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donut hanya guna 1 resepi. Resepi serbaguna kukus, bakar dan goreng. Semoga dapat membantu.
Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji
Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk
Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B. (Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya sampai doh tak melekat).
Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2 kali ganda kembang.
Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama. Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.
(Suhu ikut saiz oven masing-masing, lain saiz lain suhunya. Saya punya 42L)
Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)