Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKPB, kebetulan pula ‘jatuh’ pada tarikh Aidilfitri, kita banyak menggunakan sabun pencuci pinggan. Kalau dikira semula, berapa banyak sabun yang telah kita beli kerana banyak sangat pinggan mangkuk dan periuk-belanga yang perlu dibersihkan. Maklumlah, kita banyak berada di rumah dan memasak pelbagai hidangan istimewa untuk keluarga.
Pernahkah anda terfikir untuk membuat sabun pencuci pinggan sendiri? Dengan hanya menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan asas, anda dapat menghasilkan sabun pencuci pinggan berkualiti dan banyak buih. Resipi sabun pencuci pinggan ini telah dikongsikan oleh Nor Ziela di laman Facebooknya.
Ikuti perkongsian ini:
Sabun basuh pinggan handmade menggunakan minyak masak terpakai. Dia punya buih tu fuhhh
Bg yg kulit sensitive sngt sesuai nak gn, xkeringkan kulit sbb garam dan kunyit dalam mnyk tu.
Yelah minyk hasil lepas goreng ikan ayam kan?
Artikel Lain: [Badan Cepat Penat & Lesu. Ibu Ini Kongsi Resipi Jamu ‘Pulih Tenaga’ Yang Super Simple!]
Bahan-bahan:
700g minyak masak terpakai- tapiskan
200g air
100g NaOh/sodium hydroxide – beli ja dkt shopee murah (bahan ini menghakis, pastikan anda mengutamakan keselamatan ketika mengendalikannya)
50g essentials oil/pewangi- optional
Ada yg nak tau step2 nya ke?
tempoh buat sabun 15-25 minit
p/s: Pakai bj lengan panjang, mask, goggle ye, helmet pn blh
Artikel Lain: [Emotional Burnout, Isteri jadi Penat Sangat. Tak Nampak Mata Kasar, Suami Kena Peka!]
Langkah pembuatan:
1- Larutkan NaOh + air- automatik jd panas
2- Sejukkan sehingga suhu bilik
3- Masukkan dlm mnyk perlahan-lahan sambil kacau gn handwish/ hand blender sehingga sebati
4- Masukkan pewangi
5- Masukkan gula 1-2 sudu, fungsi nak bg buih bnyk
6- Masukkan ke dlm acuan/tipuware dan bekukan 24jam
*Nak warna warni sila la letak pewarna
*Biarkan 3,4 minggu br guna
*Kalau gn minyak masak yang baru, sabun jd colour putih gebu, tekstur agk lembut
Mana tahu sabun buatan sendiri ini lebih sesuai dengan anda yang mempunyai kulit sensitif dan alergi dengan produk yang ada di pasaran. Sekurang-kurangnya, minyak masak terpakai yang ada tu tidaklah dibazirkan begitu sahaja. Selamat mencuba!