Bagi ibu baru hamil, tentu tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk membuat buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan. Perkongsian daripada jururawat ini boleh dijadikan panduan.

Pemeriksaan pranatal penting untuk memastikan keadaan ibu dan janin sentiasa dipantau sebaik mungkin. Menurut Cik Lara Marina,  ‘buku merah’ atau ‘buku pink’ ia perlu dilakukan sebelum kandungan mencecah 12 minggu untuk mengelakkan late booking. 

Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink

TERUJA MENYAMBUT KELAHIRAN BABY PERTAMA? JOM BUAT BUKU MERAH (PINK)

Bagi anda ibu-ibu muda yang kali pertama bakal melahirkan bayi, sedang mencari tempat pemeriksaan pranatal yang berpatutan, anda boleh lah pergi ke klinik kerajaan yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak atau KKIA bagi mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan pertama pada fasa awal kehamilan.

Anda juga boleh ke sana bila-bila masa dalam tempoh kehamilan anda. Buku merah seeloknya dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu. Jika TIDAK akan dikira sebagai ‘Late booking’

Tidak kisah lah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapat kepastian.

Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku PinkMESTI BAWA 4 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Apa yang perlu anda bawa semasa datang untuk pemeriksaan pranatal?

IKLAN

Kali pertama datang ke KKIA, anda perlu membawa dokumen seperti :

  • Kad pengenalan (KP)
  • Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
  • Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.
  • Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).

Kemudian anda akan diberi buku pranatal (juga dikenali sebagai buku PINK atau buku MERAH) yang merekodkan sejarah kehamilan anda termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta.

Sebagai pesakit baru pendaftaran adalah PERCUMA bagi warganegara dan anda mungkin perlu membayar pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada Pakar.

Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink

IKLAN

APA YANG PERLU ANDA LALUI SEMASA TEMUJANJI

#1: Tinggi dan berat anda akan diukur.

#2: Jururawat akan bertanya soalan berkaitan kesihatan anda. Ini termasuk soalan rutin mengenai haid anda yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

#3: Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).

IKLAN

#4: Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.

#5: Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.

#6: Temu janji anda akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan anda.

Buat Sebelum Kandungan Cecah 12 Minggu Untuk Elak Late Booking, Nurse Kongsi Langkah Buat Buku Pink

Pesakit bertanggungjawab untuk tetap pada satu klinik sahaja dan mengikut temu janji dan rujukan yang diberi oleh KKIA.

Anda juga dinasihatkan supaya tidak terlepas temu janji atau menukar tarikh temu janji kerana ini akan merumitkan pihak pentadbiran.

Sumber: Lara Marina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI