Bawang putih banyak manfaatnya kepada tubuh dan lazimnya diambil semasa dalam pantang. Boleh dimakan bila-bila masa, tak semestinya waktu berpantang. Mudah je rupanya nak buat yang rangup, ikuti langkah demi langkah ini.
Berikut ialah antara khasiat bawang putih kepada tubuh.Menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan selesema.
BAWANG PUTIH KETIKA PANTANG
Makanan yang berkhasiat ini sinonim dengan fasa berpantang. Wanita dalam tempoh selepas bersalin pada zaman dahulu mengambil bawang putih dalam Bagi anda yang ingin menyediakannya sendiri, boleh ikuti langkah yang dikongsikan Tuan Adrianna Arissa ini.
Menurut Tuan Adrianna Arissa, dia telah menyiapkan stok Crunchy Garlic ini untuk berpantang dimakan semasa berpantang. Tapi orang lain yang tidak berpantang pun boleh kerana boleh mengeluarkan angin.
CRUNCHY GARLIC
Bahan-bahan
1kg bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untnk menggoreng
Langkah penyediaan
1. Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam.
2. Tak nak gaul garam pon tak pe. Goreng kosong mcm tu je.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.
4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bolehlah makan dengan nasi.
***orang ada angin pun elok makan bawang putih ni. Tak semestinya orang berpantang saja.
Tapi ingat, walau pun baik untuk badan, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan amalkan pemakanan seimbang ketika berpantang.
Sumber: Facebook Tuan Adrianna Arissa