
Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari (Finger Food) seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas. Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri. Tanda-tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri.
Ibu-ibu pasti gembira tengok anak berselera bila tiba waktu makan kan? Jadi untuk memastikan makanan yang anak kita dapat sentiasa segar dan bersih, apa kata mama-mama cuba resipi di bawah. Mudah dan sangat comel.
Resipi Baby Cookies (Teething Biscuit first attempt)
Bahan-bahan
1/2 buku Unsalted Butter
2 cawan Gandum (Unbleached Flour)
2 sudu Tepung Jagung
Puri Kurma (ikut kemanisan)
Cara Penyediaan
– Pukul Unsalted butter sampai kembang
– Masukkan puri kurma
– Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
– Uli sampai doh tak melekat di tangan dan bentuklah mengikut cita rasa
– Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit sampai keperangan
Acuan bentuk Teddy Bear boleh dapatkan di Daiso. Alhamdulillah, anak suka!
Sumber: Facebook Izzaty Azhar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mee Celup Ala Thai Perfect! Aromanya Membuka Selera, Makan Tak Cukup Semangkuk

Menu mee celup antara yang menjadi kegemaran ramai di semua peringkat usia. Sesekali jika bosan sangat makan nasi, ini antara juadah yang senang dan boleh dihidangkan pada ahli keluarga.
Dalam satu mangkuk itu, tersedia hidangan lengkap kerana ada protein, serat dan karbohidrat. Jadi boleh menggantikan nasi dan sangat mengenyangkan. Namun ramai yang anggap resipi mee celup ini renyah tetapi ia adalah mudah asalkan semua bahan asasnya cukup.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar atau Kak Za ini boleh dijadikan idea untuk anda sebagai hidangan keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha. Ok, jom kita mula.
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
CARA MEMASAK
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik-carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Ok, selamat mencuba ye. Jika nak kongsi dipersilakan.
Kredit: Iza Abu Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Menu Semua Rakyat Jelata Confirm Suka! -Ikan Rebus Goreng Dan Sambal Gesek, Ini Resipinya

2 menu ini, kalau makan dengan ulam-ulaman mesti sedap dah cukup. Nikmati pula nasi panas-panas alahai, nikmatnya. Dua-dua resipi ini dikongsikan oleh icookweeat.
Tak pasti kalau masih ada yang belum ‘familiar’ dengan ikan rebus goreng ini. Kalau anda tak pernah cuba, jom kita buat. Saya jamin anda takkan menyesal sebab mudah sangat cara penyediaannya. Ada yang berseloroh menu ikan dua kali mati sebab dahlah kena rebus, kena goreng pula lepastu. Rupa selepas di goreng memang agak brutal, tapi percayalah rasa dia sedap!
1. Ikan Rebus Goreng
Bahan-bahan:
- Ikan selayang (jenis pilihan ikut suka anda)
- Asam keping 4 atau 5 keping
- Garam (pilihan anda nak letak atau tidak)
Cara penyediaan:
- Rebus ikan menggunakan air dengan kuantiti sekadar tenggelamkan ikan tu bersama asam keping semala 3 hingga 5 minit.
- Angkat, tapis dan gorengkan dalam minyak yang panas.
- Dah siap.
*tip untuk elakkan meletup semasa goreng: masukkan dalam kuali sebelum minyak betul-betul panas.
Menu seterusnya, bagi penggemar makanan pedas kalau dapat makan sambal gesek ni hari-hari pun takpe dah. Gandingkan pula dengan ikan rebus goreng tadi beserta dengan ulam-ulaman. MasyaAllah, nikmat.
2. Sambal Gesek
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Cili besar
- Cili api
- Tomato
- Belacan
- Garam
- Gula perang setengah sudu
- Sehiris limau nipis
Cara penyediaan:
- Gorengkan bawang besar, cili besar, cili api, tomato dan belacan sehingga layu.
- Angkat dan tapis
- Gesekkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dalam lesung batu (tapi jangan terlaly hancur dan halus), tambahkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan limau.
- Dah siap
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Siap sudah ikan rebus goreng dan sambal gesek kita. Memang senang kan cara penyediaannya. Jadi, bolehlah buat di rumah. Buat ikut kuantiti yang anda semua nak.
Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Potato Churros Homemade Versi Bayi, Tak Ada Nozzel Pakai Piping Beg Pun Ok!

Bagi menghasilkan satu-satu resipi untuk anak sebenarnya tidak perlukan kesempurnaan. Cukup lengkap nutrisi, kawal garam dan gulanya dan anak senang untuk makan, itu sudah memadai.
Jadi mama jangan terlampau stress hendak menghasilkan yang terbaik buat anak kecil kita. Anak sebenarnya tidak pandai memilih, kita yang tentukan apa anak perlu makan. Jadi jangan stress!
Resipi Potato Churros Homemade yang dihasilkan ibu ini, Puan Safwah Abd Sani tidaklah sama seperti rupa Churros sebenarnya tetapi rasanya amatlah enak dan sama. Paling penting anak-anak suka.
Potato Churros Homemade yang lembut dan gebu. Dah lama umi tak kongsikan resepi untuk Atiq kan? Kali ni umi buatkan Potato Churros yang gebu untuk Atiq. Percaya tak, hanya guna 3 bahan utama saja? Memang senang yakmat!
Bahan-bahan:
2 biji kentang sederhana besar
Chicken stock (homemade)
2 sudu besar tepung jagung
1. Kupas kentang, potong dadu. Rebuskan kentang bersama chicken stock. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyekkan kentang sampai hancur.
3. Campurkan kentang dengan 2 sudu tepung jagung.
4. Masukkan dalam piping bag. Guntingkan di hujung piping bag, picitkan dan mula menggoreng.
5. Dah siap!
Umi tiada nozel untuk churros, jadi guna piping bag yang biasa saja. Rasanya memang sedap, sebab dah direbus bersama chicken stock.
Sesuai untuk dijadikan finger food, sebab ianya tak keras. Yang penting, boleh ketagih makan. Satu tak cukup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI