Giant bubble memang mudah didapati di tempat-tempat riadah seperti taman permainan, tasik dan pantai yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Namun harganya yang agak mahal dan bancuhan sabun yang sikit membuatkan anak tak puas bermain.

Daripada situlah Puan Diana Said terfikir untuk membuat sendiri Giant Bubble dirumah. Kalau buat sendiri tentu sekali lebih jimat dan anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Jom ikuti cara beliau menyediakan Giant Bubble homemade ini.

HOMEMADE GIANT BUBBLE

Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main, jimat!

BAHAN-BAHAN;

(AIR SABUN)
1)1.5 Liter Air
2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu
3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk

(BUBBLE WAND)
1) Tali Kain
2) Tape hitam
3) Hanger Besi
4) Gunting

CARA-CARA;

1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita


2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat. 


3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.


4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.

-Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.

Selamat Mencuba!

Sumber: Diana Said

Tinggalkan Komen