Gummy Bear antara kudapan kegemaran kanak-kanak. Rasanya yang kenyal dan sedap membuatkan anak-anak selalu nak kunyah kan?
Sebelum ini biasanya kita hanya beli di kedai, jarang yang nak buat sendiri. Tapi kali ini apa kata mama buat sendiri, bahan-bahan pun kita boleh olah ikut kehendak kita. Selamat mencuba!
Anak-anak seronok betul dapat makan gummy bear. Tak pernah mimpi pun boleh buat sendiri kat rumah. Guna 4 bahan je, 6 minit dah siap. Ekspressss sangat.
Bahan yang saya guna;
1. Jus anggur
2. Gula
3. Madu
4. Gelatin
Ads
Masuk semua bahan, masak 6 minit dalam Thermomix. Tinggal je tak payah kacau langsung pun. Best kan.
Ads
Bila buat sendiri, kita tahu bahan apa kita letak, dan boleh pilih yang lebih baik. Tak risau anak nak makan kan.
Memandangkan nak keluar beli makanan di luar agak terhad, tetapi nak makan lauk yang lain sikit berbanding hari biasa, mama boleh cuba buat pula ayam percik Kelantan.
Tak susah pun kerana bahan-bahannya semua sangat mudah dan kita yang tak berapa yakin boleh buat pun tetap boleh hidangkan pada keluarga dengan perasaan puas hati.
Nak tahu apa resipinya, perkongsian dari Umie Hafizda ini sangat membantu mama. Ikut langkah-langkah ini confirm jadi!
Resepi Ayam Percik Kelantan
(Resipi ini untuk 2 orang makan. Nak buat satu keluarga makan, boleh tambah kuantitinya)
Bahan Perap
– 1/4 ekor ayam
– 2 ulas bawang putih
– 3 ulas bawang merah
– 1/2 inch halia
– garam secukup rasa
Bahan Kuah
– 300 ml santan pekat @ 1 1/2 kotak santan
– 1 cawan air
– 2 btg serai dititik
– 2 hiris halia (diblend)
– 5 ulas bawang merah (diblend)
– 4@5 tangkai lada kering (diblend)
– Asam keping (sikit sahaja)
– Gula melaka
– Garam & perasa secukup rasa
Cara-cara buat
1. Tumbuk/blend bawang merah, halia, bawang putih & garam sehingga lumat. Kemudian, pes tadi diperap dengan ayam yg telah dibersihkan sekurang2nya 30 minit..
2. Untuk bahan kuah, blend dahulu bawang merah, halia & lada kering
3. Kemudian, masukkan santan, 1 cawan air, bahanyg diblend tadi, serai, asam keping, gula melaka, garam & perasa secukupnya. kacau dengan api sederhana ye!
**part buat kuah ni, kena selalu kacau ye..jgn tinggalkan pulak sbb nnti kuah x cntik n nmpk mcm berketul..
4. Kuah dikacau sehingga pekat macam ni ye.. dah nampak cun..boleh la tutup api tu
5. Untuk part ayam ni.. kali ni mommy bakar guna Air fryer je taw..senang sbb xpyh nk tunggu2
Korang boleh je nk bakar atas pemanggang yang berapi2 tu, magic pan, or non stick pan. InshaAllah jadi je aihh
‼️Part guna Air fryer ni Letak mcm ni, bakar ayam tu dengan suhu 175 celcius/ 20 min. Dah habis 20 min bakar. Kemudian, terbalikkan ayam, bakar lagi dengan suhu 180 celcius/15 min
6. Tips nak kasi ayam & kuah lagi rasa mabelesssss.. Bila ayam dah masak, letak ayam dalam pan.. Kemudian siram kuah atas ayam Sedikit demi sedikit..kasi kuah tu meresap dalam ayam..masak la dalam 5 min.. lepastu, angkat ayam letak dalam pinggan then letak balance kuah tadi atas ayam.. siap!!
Ayam percik is doneee!! Ulam tu memg sangat sedap makan dgn ayam percik. Makan dengan nasi panas2 pulak..Sedap!
Bukan hanya juadah berbuka, bahkan kini ibu tercari-cari resipi biskut yang bakal dicuba untuk hari raya nanti. Semuanya demi memenuhi permintaan anak-anak dan suami.
Salah satu resipi yang boleh dicuba dan cukup ringkas disediakan adalah resipi Samperit Susu ini yang dikongsikan oleh Pn Hainany Idayu. Bukan hanya mudah bahkan penggunaan bahannya juga tidaklah banyak dan ringkas. Jom cuba untuk hari raya nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
apuan seri kaya sememangnya tidak boleh ditandingi sejak dulu. Apa kata kita cari kelainan dengan krim sapuan roti dari labu pula. Bukan hanya sedap berlemak bahkan rendah karbohidrat dan paling sesuai untuk ibu yang berdiet.
Paling menarik, resipi seri kaya labu yang dihasilkan oleh Noorul Izzah Marzuki ini cukup berlemak dan manis buah labu yang cukup sempurna. Nak tahu macam mana rasanya? Jom cuba!
Disebabkan saya amalkan pemakanan rendah karbo, jadi saya olah supaya resepi sesuai dengan rendah karbo. Saya bukan penggemar labu, jadi saya cuba olah jadikan sebagai seri kaya.
Alhamdulillah gebu, wangi dan sedap, lebih kurang sama rasa seperti seri kaya ori biasa. Peminat labu pun pasti suka ni.
Resepi Seri Kaya Labu:
400-500g labu (1 biji saiz kecil)
200ml santan
100g gula*/lakanto/sweetener
4 helai daun pandan
1 sudu besar coconut oil
Secubit garam pink himalaya
*boleh guna gula biasa juga sekiranya tak amalkan low carb
1. Potongkan labu jadi potongan saiz kecil, buangkan kulit dan kukuskan selama 20 minit sehingga lembut dan empuk.
2. Blendkan labu yang telah dikukus bersama santan sehingga halus menggunakan blender.
3. Masukkan adunan labu, lakanto/sweetener, daun pandan dan coconut oil ke dalam periuk, guna api perlahan dan sentiasa kacau sehingga kaya jadi pekat. Masak lebih kurang 15-20 minit.
Sedia dimakan dengan roti. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali membimbangkan ibu dan ayah terutama bagi anak-anak di tadika dan taska. Bagi negeri Terengganu, kes ini dilihat semakin meruncing dimana sebanyak 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Sabtu lalu.