Buat Sendiri Ice Cream Homemade, Hanya 3 Langkah Mudah Dah Siap. Sedap & Terjamin Bersih

Share

Bagi yang teringin nak makan ais krim tapi malas betul nak keluar cari boleh cuba resipi ais krim milo homemade yang dikongsi oleh Noor Atika Mahamood. Cara penyediaanya amat mudah, hanya 3 langkah mudah sahaja. Panas-panas ni memang layan kalau dapat makan ais krim sejuk-sejuk.

Aiskrim milo homemade untuk anak-anak.. Sedap, mudah dan dijamin bersih 100%.

AIS KRIM MILO

Bahan-bahannya:

– Milo 1 cawan
– Serbuk koko 2 sudu besar
– Susu sejat 1 tin
– Susu Pekat 2 sudu besar
– Ovelet 1 sudu besar

Cara-caranya:
1) Masukkan semua bahan-bahan dalam mixer. Putar high speed sampai kembang dan gebu.

2) Ambik bekas aiskrim lama, masukkan adunan aiskrim tadi ke dalam bekas aiskrim lama (konon-konon feeling macam aiskrim beli la)


3) Masukkan dalam peti beku. Biarkan semalaman (hakak buat malam tadi, pagi ni dah beku dan boleh makan) Okeyyy dah siappp.

Selamat mencuba.

Published by
Nik Nurul Fatin Nik Mahmud