Buat sendiri kek hari jadi untuk bayi sebenarnya lebih terjamin kandungan bahan-bahannya. Jika beli di kedai sememangnya kek yang dijual mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Makanan bayi tidak boleh mengandungi garam atau gula. Jadi apa kata mama semua buat sendiri kek hari lahir untuk anak. Ikuti perkongsian ibu ini di facebooknya.

Hari ni 11 Sept, ulangtahun kelahiran Aina.. Daripada mommy beli cake cantik2 kat luar, tapi Aina tak boleh makan. better mommy buat special cheese cake untuk snacking Aina, yang penting tanpa gula, tanpa susu pekat. Guna 3bahan je dah jadi. 

Resepi cheese cake for babies:

🍰120g tatura cream cheese

🍰4-5sudu besar susu nespray full cream

🍰
Air 4-5sudu besar

🍰
Telur gred B 3biji

Cara-caranya:

1. Asingkan putih dan kuning telur, buang mata telur untuk elak hanyir

2. Pukul telur putih sampai jadi merigue

3. Dalam bekas lain, larutkan susu tepung dengan air

4. Campur cream cheese, telur kuning dan susu tepung yangg telah larut. Pukul sebati

5. Campur merigue telur putih dgn adunan tadi dan kaup balik sehingga sebati

6. Tuang adunan dalam loyang yang telah di oles butter dan kertas baking paper

7. Bakar teknik “bath” dgn suhu 150°C, api atas bawah dlm 30min, slow kan suhu kepada 100°C n bakar dlm 15-20min

8. Cucuk guna lidi, kalau dah masak, cake tak melekat pada lidi

Posted by Siti Noraisyah Sulaiman on Monday, 10 September 2018

Alhamdulillah.. Aina suka.. 

Sumber: Siti Noraisyah Sulaiman

Tinggalkan Komen