
Seronok tengok anak berselera makan. Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri mashed potato ala KFC untuk bayi anda.
Guna resipi dikongsi oleh Puan Ana Razif yang nampak mudah nak disediakan. Semoga si manja akan lebih berselera makan lepas ini.
Mashed potatoes untuk my little hero 1 year 1 month. Before this ibu buat mashed potatoes kosong sahaja tapi sejak umur dia dah setahun haritu ibu upgrade sikit buat gravy sekali. Memang fav dia la wajib buat tiap-tiap minggu.
Mashed potatoes
Bahan-bahan:
Kentang potong kecil-kecil supaya cepat masak/empuk
Cheese (chesdale) potong kecil-kecil
Fresh milk
Cara-cara:
- Rebus/steam kentang sampai masak
- Bila dah masak toskan & gaul dengan cheese masa kentang masih panas
- Tambah fresh milk sikit & lenyek/ blend kentang sampai halus
Mushroom chicken gravy
Bahan-bahan:
Button mushroom cincang halus
Bawang holland cincang halus
Unsalted butter
Tepung gandum Unbleached 2 sudu
besar
CBB (boleh ganti dengan serbuk ayam)
Kicap untuk bagi color pada gravy (boleh skip kalau tak nak/ganti alternatif lain untuk gelapkan kuah
Cara-cara:
- Larutkan tepung gandum dengan air panas.
- Panaskan butter & tumis bawang holland sampai brown
- Masuk button mushroom tumis lagi
- Masuk bancuhan tepung kacau sebati jangan bagi berketul-ketul
- Tambah air dan masukkan cbb/serbuk ayam/serbuk bilis
- Titis kicap dalam 2/3 titis untuk bagi warna brown pada kuah
- Kacau lagi sampai mendidih
- Bila kuah dah agak pekat boleh tutup api, siap !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apam Mekar Gebu Gebas, Blend Sebati & Kukus Sahaja, Mudahnya!

Apam tidak pernah mengecewakan, baik sebagai minum petang mahupun sarapan pagi bersama anak-anak. Bosan dengan menu dan sajian raya, jom sediakan apam ringkas ini untuk menaikkan selera anak-anak di rumah.
Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini cukup ringkas, hanya campur dan blendkan kesemua bahan dan kemudiannya dikukus sehingga masak. Mudah kan? Jom cuba resipi sedap ni.
Resipi wajib cuba: Apam Solo Berinti Kelapa Tersangat Lembut, Gerenti Sedap, Sekali Makan Nak Lagi!
Sebenarnya ni resepi apam mekar, dia kena pakai acuan kecik-kecik tu..tapi memandangkan malas, apa lagi akak letak terus dalam bekas besaq kedabak tu. Dia senyum gitu-gitu ja..takpa yang penting dia gebu sangat.
Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula (blend)
2 biji telur
1 sb ovelet
1 cwn air ais krim soda
Pewarna (ikut masing-masing)
Telur, gula, ovelet diblend sampai kembang dan jadi putih gebu. Bila dah kembang tuang air ais krim soda. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan kacau lagi serata dan dah boleh letak pewarna.
Kalau nak pakai acuan kecik kukus selama 10 minit, kalau nak buat bekas besar cam akak kena kukus 30 mimit.
Resipi wajib cuba: Nasi Beriani Dengan Ayam Goreng Mamak, Confirm Anak Makan Bertambah, Padu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Jajan Banyak Boleh Rosakkan Sel Otak Anak. Elak Bagi Goodies Untuk Anak Kecil

Jajan atau makanan ringan merupakan antara kudapan yang digemari ramai tak kira golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Kekerapan makan jajan boleh memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan. Jika si kecil terlalu kerap makan jajan, ia akan menjejaskan selera makan mereka pada makanan berkhasiat.
Bila kurang makan makanan berkhasiat sudah tentu akan menjejaskan tahap tumbesaran dan perkembangan mereka secara sihat.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kenapa pengambilan jajan boleh merosakkan sel otak anak.
Jajan macam ni, boleh rosakkan sel otak anak.
Tak boleh jadi goodies untuk anak tadika.
Keropok ketam.
Keropok udang.
Keropok ikan.
Keropok cheese.
Keropok kentang.
Apa-apa je yang seagkatan dengan keropok macam ni, elakkan bagi pada anak tau.
Anak-anak kecil tak boleh makan keropok yang penuh dengan perasa tiruan.
Label ditulis ketam, udang, ikan, cheese, kentang, nampak sihat dan macam real food.
Tapi bila kita baca label tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul banyaknya bahan yang kita langsung tak faham.
Bukan datang dari bahan makanan sebenar. Tapi banyak perasa dan perisi tiruan yang digunakan.
Bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua okay.
Kita buat sama-sama ya. Cuba elakkan sehabis baik makanan tinggi perasa dan perisa tiruan macam ni.
Sumber: Mazliana Mazlan
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Suka Nasi, Ubah Cara Memasak. Olah Sumber Karbohidrat Lain

Isi Kandungan
ToggleAnak semakin membesar bertambah sukar menjinakkan selera makan. Kalau dahulu makanan berasaskan nasi seperti bubur menjadi kegemaran. Namun kini nasi tidak lagi tidak lagi mahu disentuh sekali gus menjadikan ibu buntu.
Seringkali ibu mengeluh si kecil tidak lagi meminati sajian berasaskan nasi walhal ia adalah makanan ruji utama rakyat Malaysia. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah. Tapi mama perlulah bijak mengolah sumber karbohidrat yang lain menjadi sajian utama atau snek yang membekalkan tenaga dan khasiat buat si kecil.
Jangan give up mama, Pa&Ma menyediakan 16 resipi yang boleh anda sediakan untuk si kecil.
Roti Canai Sambal Udang
Bahan-bahan:
1 keping roti canai sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
10 ekor udang | dibersihkan
1 ½ biji bawang besar | dihiris
1 batang serai | diketuk
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
2 inci halia
12 tangkai cili kering | dibuang biji dan direbus
1 biji bawang besar
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau dan pecah minyak.
- Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta serai.
- Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5 – 7 minit atau sehingga mendidih. Angkat.
- Potong roti canai kepada 4 bahagian. Sudukan sambal udang ke atas setiap kepingan roti canai tersebut. Hidangkan.
Capati Ala Piza
Bahan-bahan:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
1 keping isi dada ayam | dihiris nipis
20gm bawang putih | dicincang
1/2 cawan bawang besar
3 sudu makan puri tomato
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh oregano
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh lada hitam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Hiasan piza:
1/2 biji bawang besar | dihiris
1/4 cawan keju mozarela
1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak.
- Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam, oregano, serbuk cili dan lada sulah.
- Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan piza sehingga sedikit layu. Angkat.
- Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang dimasak tadi ke atas capati.
- Hiaskan dengan bawang besar, lada benggala dan taburkan keju mozarela secukupnya.
- Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dihidangkan.
Roti bakar telur mata kerbau
Bahan-bahan:
2 keping roti
2 biji telur
1 tangkai daun bawang | dihiris
Keju parut secukupnya
Serbuk lada putih dan cili flake secukupnya
Loyang 4 segi
Cara-cara:
- Letakkan roti di atas kuali tanpa lekat. Bakar sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Pecahkan telur di atas kuali tanpa lekat, tabur chili flake, lada sulah dan dan daun bawang. Buatkan telur mata kerbau. Angkat.
- Letakkan di atas roti bakar tadi dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.
Spageti Bolognese
Bahan-bahan:
450gm spageti | direbus dengan sedikit minyak dan garam
200gm sos tomato puri
500gm daging cincang
500gm sos pasta
180gm cendawan butang
2 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara memasak
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga perang dan berbau wangi.
- Masukkan sos tomato puri. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan pula sos pasta dengan campuran herba. Kacau rata sehingga sebati. Jika kering tambah sedikit air.
- Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga mendidih.
- Masukkan cendawan dan kacau lagi.
- Akhir sekali sesuaikan rasa kuah dengan garam dan gula secukup rasa.
- Untuk hidangan, tuang kuah atas spageti dan tabur keju di atasnya.
Roti Canai Coklat & Mentega Kacang
Bahan-bahan:
1 keping roti canai sejuk beku
50gm coklat | dicairkan
30gm mentega kacang
20gm kacang tanah | dikisar
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masak roti canai segera sehingga menjadi warna perang.
- Sementara masih panas, sapukan coklat dan mentega kacang dengan secukupnya.
- Kemudian taburkan sedikit kacang yang sudah dikisar.
- Siap untuk dihidangkan.
Capati Sos Pisang
Bahan-bahan:
1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang
4 sudu makan mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan krim putar
1 sudu makan esen vanila
2 biji pisang | dipotong bulat
Cara penyediaan:
- Satukan krim putar, gula dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan reneh selama 6 minit. Kacau sekali-sekala.
- Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak. Kacau dan masak selama 1 minit lagi. Tutup api.
- Tuangkan ke atas capati kemudian hiaskan dengan hirisan pisang yang telah siap dipotong.
Roti Canai Sayuran Berkeju
Bahan-bahan:
1 keping roti canai segera | dimasak hingga berwarna perang
1 cawan keju mozarela
1/2 cawan lobak merah | dihiris
1/2 cawan kubis bulat | dihiris
1 ½ cawan susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan keju parmesan
3 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau bersama sehingga menjadi roux.
- Kemudian masukkan susu segar. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Apabila kelihatan pekat, masukkan keju parmesan, lada hitam dan garam secukup rasa.
- Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
- Sudukan sayuran tadi ke atas roti canai dan taburkan sedikit keju mozarela secukupnya. Gulung roti canai dengan kemas.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 5 minit. Keluarkan dan potong kecil.
- Siap untuk dihidangkan.
Capati Bolognese
Bahan-bahan:
2 keping capati sejuk beku
100gm daging cincang
30gm puri tomato
20gm bawang besar
10gm sos tomato
10gm bawang putih
20gm tomato
5gm oregano
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali dan masak capati sehingga perang. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging bertukar perang.
- Masukkan tomato dan lobak merah. Biarkan sehingga sayur lembut.
- Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato dan air. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan oregano dan garam secukup rasa.
- Biar kuah mendidih dengan api perlahan dan menjadi pekat. Padamkan api.
- Gulung capati tadi dan potong nipis. Hidangkan bersama sos bolognese.
Spageti oglio olio
Bahan-bahan:
1 bungkus spageti
100gm udang
100gm tiram
50gm sotong
1 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | diracik halus
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Basil kering, parsli secukupnya
Parsli segar secukupnya untuk hiasan
Minyak zaitun secukupnya untuk menumis
Cara memasak:
- Rebus spageti di dalam air yang telah diletak sedikit garam dan minyak zaitun. Masak hingga spageti lembut
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
- Selepas itu, masukkan tiram, udang dan sotong. Kacau rata sehingga hampir masak
- Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan chili flakes.
- Kemudian masukkan spageti yang telah direbus dan ditos air. Kacau hingga sebati & masak keseluruhan
- Hidangkan dengan hiasan taburan parsli segar dan sedia untuk dinikmati.
Lasagne daging
Bahan-Bahan:
6 keping lasagne segera
Bahan inti:
400gm daging kisar
200gm keju mozarela
2 biji tomato | dipotong dadu
1/2 batang lobak merah | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
125ml pes tomato ( guna sos spageti tradisional Prego)
125ml sos cili
Air secukupnya
Serbuk oregano secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan sos keju:
20gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
240ml susu segar kotak
50gm keju mozarela @ cheddar
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya
Cara –cara:
Inti:
- Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga layu.
- Selepas itu masukkan daging kisar,pes tomato dan sos cili. Kacau rata sehingga daging empuk.
- Kemudian masukkan sedikit air, tomato, serbuk oregano, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit sehingga airnya kering. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk sos keju:
- Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Perlahan api dan tuangkan susu ke dalamnya. Kacau rata dan masukan keju. Gaul lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Ketepikan.
Cara menyusun lasagne:
- Sediakan bekas tahan panas sapukan minyak di sekeliling bekas.
- Susun lasagne. Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya. Taburkan keju mozarela.
- Susun lagi lasagne dan ulangi proses yang sama sehingga tiga lapisan. Di atas sekali tabur keju mozarela.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Bakar lasagne dengan api atas dan bawah selama sejam. Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.
Bread pizza fingers
Bahan-bahan:
1 buku roti baguette | dipotong serong
4 sudu makan pes tomato
10 biji tomato ceri |dibelah dua
10 keping pepperoni
60gm daun basil segar |dicincang kasar
1 sudu teh herba kering Italy
Keju mozarela secukupnya
Garam dan lada hitam secukupnya
Cara memasak:
- Sapu pes tomato ke atas hirisan roti baguette secukupnya.
- Susun pepperoni, tomato ceri dan daun basil segar secukupnya.
- Tabur herba kering Italy, garam dan lada hitam secukup rasa.
- Kemudian tabur keju mozarela di atas roti.
- 5. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C – 190°C selama 20 minit atau hingga masak.
Wedges berempah
Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang putih
½ sudu teh paprika
½ sudu teh campuran herba kering Italy
Garam, lada sulah dan sedikit gula perang
Serbuk roti secukupnya
Mayones secukupnya
Cara memasak:
- Ubi kentang dibersihkan dan dipotong baji. Tos airnya.
- Gaul ubi kentang bersama paprika, campuran herba kering, garam, lada sulah dan gula perang hingga sebati. Perapkan beberapa jam di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ubi kentang yang telah disalut dengan serbuk roti hingga keperang-perangan.
- Paipkan mayones secukupnya ke atas kentang goreng.
- Sedia dihidangkan dan dinikmati.
Chicken crunchy bites
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | dipotong kecil
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh garam
Tepung jagung secukupnya
Cara memasak:
- Perap dada ayam bersama sos tiram, lada sulah dan garam. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman.
- Selepas itu salut ayam dengan tepung jagung secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keperang-perangan.
- Hidangkan panas bersama sos pilihan.
Chicken fingers
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | potong memanjang nipis
1 biji telur | pukul dengan garpu
1 sudu makan sos tiram
½ sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Serbuk roti secukupnya
Cara memasak:
- Gaul hirisan dada ayam dengan sos tiram, lada sulah dan garam secara rata. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk.
- Celup dada ayam ke dalam bancuhan telur.
- Kemudian salut dengan serbuk roti secukupnya.
- Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga keperang-perangan dan garing.
- Angkat dan hidangkan panas bersama sos pilihan atau mayones.
Tofu cheesy ball
Bahan-bahan:
3 ketul tauhu
1 biji telur
½ batang lobak merah | diparut halus
2 sudu makan parutan keju mozarela
1 sudu teh sos tiram
Garam dan lada sulah secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Cara memasak:
- Hancurkan tauhu hingga lumat di dalam mangkuk.
- Masukkan lobak merah parut, sos tiram, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Selepas itu tambah sesudu makan serbuk roti dan gaul rata.
- Bentukkan menjadi bebola kecil dan salut dengan serbuk roti.
- Akhir sekali, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bebola tauhu hingga kekuningan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI