Kalau pergi membeli-belah ke pusat perabot dan kelengkapan rumah terkenal, Ikea ramai yang akan singgah ke kafenya untuk menikmati kesedapan hidangan bebola daging atau meatball nya yang sangat terkenal.

Sejak menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tentulah lama kita tak dapat merasai hidangan meatball Ikea. Anak-anak pun ada yang dah menyebut teringin nak makan meatball Ikea apatah lagi di bulan Ramadan ni, sudah pasti macam-macam keinginan seleranya.

Mama pun apa lagi, cubalah buat sendiri meatball di rumah. Perkongsian resipi meatball macam di Ikea daripada Zan Zafirah Zainal yang dikongsi di facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) mendapat perkongsian tinggi daripada netizen.

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!

Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:

750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Baca juga: Kek Milo Dah Sudah, Cuba Puding Milo Lapis Oreo Pula Untuk Berbuka, Sedap!

IKLAN

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

  1. Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
    1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
    2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
    3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

2. Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

3. Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

IKLAN

4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.

Baca juga: Kek Pandan Mois Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

5. Cairkan butter, masukkan tepung. Kacau dalam 2 minit.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

6. Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.

IKLAN

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

7. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

8. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

9. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

10. Masukkan dairy cream 150ml.

Baca juga: Kek Marble Moist Gebu, 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak, Padu!

Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka

11. Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!
Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka
12. Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI