Selalu kalau suruh minum mesti anak pilih yang ada perisa coklat. Tapi sebaiknya elakkan beri minum minuman coklat yang berproses. Nak buat sendiri sebenarnya mudah, guna sahaja barang yang ada kat rumah.
Lagi baik bila tak payah tambah gula, lebih berkhasiat untuk anak. Minuman coklat yang asli dapat membantu memberikan mood anak yang lebih baik dan lebih fokus untuk belajar.
Minuman coklat kurang proses lebih berkhasiat untuk anak
Cari minuman coklat yang kurang proses untuk anak-anak minum, supaya anak dapat khasiat dari koko yang sebenar.
Mood anak akan lebih baik, anak akan mudah nak fokus belajar, bila kita bagi anak minum air coklat yang asli, dan bukan yang tinggi proses.
Kalau kita dapat buat sendiri di rumah, guna serbuk koko asli, atau nama betulnya serbuk kakao, itu pilihan yang lebih baik insyaAllah.
Koko yang asli, bijinya dipanggang pada suhu rendah untuk hasilkan serbuk. Berbanding koko yang tinggi proses, suhu lebih tinggi digunakan. Khasiat dah makin kurang kat sini.
Koko yang asli, tak lalui proses alkalinisasi. Proses untuk tinggikan pH koko supaya lebih beralkali, gelapkan warna dan kuatkan rasa koko. Proses macam ni untuk serbuk koko yang selalu kita jumpa di pasaran.
Makin banyak khasiat yang kurang pada serbuk koko yang biasa, berbanding yang asli.
Saya buat air coklat untuk keluarga minum, guna 5 bahan yang ada di rumah.
Air coklat versi yang ini takde susu pun. Gula pun takde kadang tu. Jadi sangatlah sesuai untuk sesiapa saja yang ada masalah kesihatan, walaupun pesakit kencing manis yang kena kawal gula.
Masuk semua bahan, dan blend je dalam blender.
Satu lagi versi yang ada susu. Guna 3 bahan.
Kacau je semua sampai sebati. Atau boleh campur dengan sedikit air panas untuk larutkan serbuk koko asli dan gula.
Anak-anak lah paling seronok kalau dapat minum macam ni tau. Sedap sangat.
Korang kena cuba tau kalau korang dan anak-anak sukaaaaa sangat minum air coklat.
Cara nak buat, boleh tengok gambar. Nak cari barang kat mana pun, saya ada share dalam gambar jugak.
Sama-sama kita cuba ya, cari pilihan makan minum terbaik untuk anak-anak dan keluarga.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak ok.
Sumber: Mazliana Mazlan
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!