Ibu Ini Buat Sendiri Minuman Super Milkbooster, Sesuai Untuk Ibu Lepas Bersalin Dan Menyusu

Share

Resipi super milkbooster buat sendiri selalunya memang yang terbaik. Apatah lagi untuk ibu lepas bersalin dan menyusu anak.

Penggunaan bahan-bahan herba yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan terutama di kalangan ibu bersalin yang kehilangan tenaga semasa proses melahirkan anak amat digalakkan.

Diena Wong berkongsi cara membuat minuman kesihatan yang juga menjadi super milkbooster ibu menyusu menggunakan bahan-bahan herba yang popular di kalangan masyarakat Cina seperti longan kering, kurma merah, goji berry dan lain-lain lagi yang boleh diperoleh di kedai sensei

Selain bagus sebagai Super Milkbooster, minuman ini juga baik untuk kesihatan kulit, energy booster dan kecantikan kulit wajah. Ia juga boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita yang tidak berpantang.

Seperti yang dijanjikan inilah recipe POST-NATAL HERBAL CHINESE DRINK (tapi orang tak pantang or lelaki pun boleh amalkan juga)

INGREDIENTS
-Halia bentong
(Ni halia cina yang selalu banyak jual kat bentong tu. Tapi takyah la gigih pegi bentong. Papa beli dekat pasar PJ sea park tu)

Bahan-bahan yang boleh dibeli di kedai sensei

– DRIED LONGAN
Benefits :
-Anti-depressant (sesuai utk elak royan)
-Improve heal wounds
-Prevent amenia (elak tumpah darah)
-Boost Energy level
-Improve skin texture
-Rich in Vit C

-RED DATES
Benefits :
– High in vitamin C (80x more than orange)
– Cuci & ganti darah
– anti-aging
– milk booster
– improve memory
– strenghten heart & lung
– High in Iron which helps women get speedy recovery after delivery

GOJI BERRY
Benefits :
– Anti-oxidant
– mengurangkan letih
– Menguatkan immune system
– Promotes healthy skin (glowing skin)
– Detox liver
– Boost fertility (boleh beranak 8 kali terus)

YUAN ZHI SENEGA ROOT
Benefits :
– Helps with insomnia
– Calms the heart, palpitations, anxiety & restleness
– Buang kahak
– Mengurangkan bengkak dalaman, luaran , buasir & bengkak susu.

HUANG QI
Benefits
– Boost immune system
– Lower cholesterol
– Anti-oxidant , anti-viral,anti-inflammations
-Protect hearts
– regulate sugar

BELI KAT MANA BAHAN-BAHAN NI?
1. Sensei cina (tunjuk je dia gambar dalam pinggan tu. Kalau dia taktau maknanya dia sensei scammer)

– selalu depa ada juai prepack sesiap semua bahan-bahan ni tp saya prefer beli satu-satu pack. Ikut ampa la noh.

Boleh diminum sejuk atau panas

SUKATAN :
Bahan-bahan – Suka hati & agak-agak.
Air – ikut la besar mana slow cooker awak tu.

CARA :
1. Ambik bahan-bahan dan basuh dulu
2. Masuk dalam slow cooker
3. Letak ayaq
4. Jangan lupa on suis nanti tak masak pulak
5. Boil untuk 6 hours, the longer the better
6. Lepas tu boleh la minum dan makan buah2 goji, dried longan n red dates. Akar & kayu tu kalau rasa nak makan , makan la.

NOTA :
1. Rendaman ni boleh la tahan dalam 2 hari tapi lagi bagus buat fresh batch tiap2 hari. Halah campak2 je kot lepas tu tinggal.

2. Boleh minum sejuk or panas tak kesah.

3. Kalau ada penyakit serious macam darah tinggi ke apa please consult doctor dulu eh.

BAHAN TAMBAHAN :
Gula perang/kabung
Daun pandan
(Ni nak bagi manis lagi n sedap je. Kalau tak tambah pun still manis lagi sebab red dates tu manis dah)

 

Published by
Hasnita Sawal