Pepes Ayam sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam. Sedap, mudah dan berbaloi berbanding beli dikedai. Kebersihan pun terjamin.
Kalau nak tahu resipi ‘superb’ pepes ayam jom ikuti perkongsian ini. Selamat mencuba!
Pepes ayam homemade #ARF3000. Saya bakar 155°C / 10 minit
RESEPI PEPES AYAM 🐔
Bahan-bahan
Isi ayam bahagian dada – dikisar
2 biji telur
2 sdb ketumbar**
2 sdb jintan manis**
2 sdb jintan putih**
3 btg serai**
5-6 ulas bawang merah**
3 ulas bwg putih**
4 biji buah keras**
1 inci halia**
1 inci kunyit**
10 tangkai cili kering**
2 kiub ayam
250 ml santan kara
Secukup rasa
Garam, gula
Daun pisang utk membungkus
Cara-caranya;
Blend semua bahan² bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata² isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas² manis.
Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.
Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas², sedapnya 😍
kredit: Rozmaliza Omar, An Nisa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI