Sedapya tomyam, tapi bila fikirkan rasanya pes yang ada di pasaran yang agak pedas masam dan telah bertambah garam, ibu fikir dua kali untuk berikan kepada bayi. Apa kata buat sendiri pes tomyam untuk sajian bayi.

Puan Umairah Jamaah telah berkongsi resepi pes tomyam ini beserta langkah untuk memasak tomyam. Paling best, ia juga boleh digunakan untuk memasak masak ayam masak merah, ikan masam manis, kuah spageti, bebola / nugget untuk anak. Berikut ialah perkongsian beliau;

PES TOMYAM HOMEMADE UNTUK SI CILIK

Siapa kata anak kecil tak boleh makan tom yam. Nah ni kakMai share homemade pes. Pastinya tanpa perasa dan pewarna tiruan.

Guna tiga jenis sayur aje. Jadi anak-anak dah termakan sayur tanpa sengaja. Best kan trick ni.

Cuma nak buat ni kita kena korbankan sifat kemalasan yang membelenggu diri mihihihi.

Cara nak masak tom yam :-

+ Didihkan air masuk sesiap ayam atau protein lain yang sesuai dengan umur anak.

+ Nak letak bawang merah, bawang putih atau halia terpulang pada mak-mak.

+ Dah mendidih boleh letak dedaun macam daun limau kasturi atau daun ketumbar. Dedaun ni yang buat aroma tom yam naik. Betul?

IKLAN

* Tapi sorry la gambar tom yamnya nan hado. Asik tak sempat nak snap gambar aje ?.

Ok kakMai tipu.

Pes ni selain boleh guna untuk buat tomyam, boleh jugak nak masak ayam masak merah, ikan sweet sour, kuah spageti, bebola / nugget dan lain-lain boleh adjust ikut kesesuaian.

Jadi sangat berbaloi bila ada pes ni. Nak masak menu untuk anak pun semudah abc ajer.

LANGKAH MEMBUAT PES TOMYAM

Buat Sendiri Pes Tomyam Untuk Si Kecil, Hanya Guna 3 Bahan. Kini Bayi Pun Boleh Makan Tomyam, Ibu Ini Kongsikan Resepinya

IKLAN

Tiga watak utama dalam pes ni. Carrot, capcicum dan tomato. Semua sebiji-sebiji anggaran kuantiti bahannya.

* terpulang kalau nak tambah.

Buat Sendiri Pes Tomyam Untuk Si Kecil, Hanya Guna 3 Bahan. Kini Bayi Pun Boleh Makan Tomyam, Ibu Ini Kongsikan Resepinya

Letak minyak/ air sikit. Kisar aje semua sekali gus. Dah siap.

*Minyak / air boleh tambah sikit-sikit sampai bahan boleh dikisar.

IKLAN

Kalau dah ada minyak nak menumis tak perlu letak minyak dah.

Buat Sendiri Pes Tomyam Untuk Si Kecil, Hanya Guna 3 Bahan. Kini Bayi Pun Boleh Makan Tomyam, Ibu Ini Kongsikan Resepinya

Tuang dalam bekas cecomel atau dalam tray ice cube macam tu. Pastu bekukan.

Senang nak guna bila-bila nanti. Terus ambil .

Buat Sendiri Pes Tomyam Untuk Si Kecil, Hanya Guna 3 Bahan. Kini Bayi Pun Boleh Makan Tomyam, Ibu Ini Kongsikan Resepinya

Ni bebola ayam kakMai buat letak jugak pes tu.
+ ayam
+ bawang
+ pes
+ Telur
+ Minyak sikit

*garam / lada sulah untuk anak atas 2 tahun
**bahan lain terpulang nak letak

Kisar semua sekali gus. Didihkan air. Buat bentuk bebola. Terus masukkan ke dalam air mendidih tu. Bila dah masak mereka akan timbul beramai-ramai.

Sumber: Puan Umairah Jamaah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI