Buat Sendiri Portugese Toast Lagi Power, Manis Berlemak, Sedap Sungguh!

Share

Sesekali mencuba menu ringkas Portugese Toast di rumah memang lain rasanya. Lagi seronok boleh hasilkan resipi sendiri ikut selera kita. Manis berlemak.

Portugese Toast simple lima bahan ini kena cuba. Pasti anak makan berebut. Jom ikuti perkongsian resipi mudah oleh Ju Zue. 


Menu breakfast. Minum petang pun boleh. Portugese toast. Selalu kalau nampak harolds bread suka sangat beli sebab sedap.

Kali ni kita buat sendiri. Rasa creamy yummy camtu. Lepas ni buat sendiri je la senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri.

Bahan-bahan:
2 keping Roti gardenia putih@roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak)
*kalau gardenia nipis sikit
2 keping Cheesedale
Susu segar (sukatan saya main agak-agak je, beli kotak kecik pun dah cukup
Gula (saya guna gula perang) *letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar paras2 je*
– Sedikit butter dalam satu sudu

Bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan. Nak manis ke cheese lebih ke.

Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula.

Kacau-kacau. Masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat. (Jangan terlalu pekat)

Tutup api. Sapu atas roti tadi. Masuk dalam oven. Bakar smpai atas dia macam brown-brown sikit.

Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160. Adjust ikut oven masing-masing.

Siap !

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM