Buat Sendiri Rak Serbaguna 3 Tingkat. Dapat Simpan Mainan Anak, Rumah Tak Bersepah

Share

“Lepas main tidak kemas. Bersepahnya rumah, penatlah hari-hari ibu je nak kena buat semua ni!” Ini antara rungutan yang biasa diluahkan oleh ibu yang ada anak kecil dan tengah aktif bermain.

Dalam tempoh usia anak bawah 5 tahun ke bawah, normal rumah akan bersepah. Cuma bila dalam keadaan ini, ibu bapa yang ‘sakit mata’. Di tambah pula dengan barang mainan anak yang pelbagai jenis.

Disebabkan itu, ada yang mengambil pendekatan menyediakan bilik khas untuk anak bermain. Namun bagi rumah yang ruangnya agak terhad, anda tetap boleh lakukan iaitu menyediakan rak bakul mainan untuk anak kemas mainannya selepas bermain.

Sekurang-kurangnya tiadalah mainan bersepah di merata-rata tempat. Ajar anak lepas main perlu letakkan semula di tempat simpan mainan. Lama-lama anak akan ingat dan faham arahan tu.

Bagi memudahkan ibu mendapat idea untuk menyediakan rak bakul mainan ini, perkongsian Puan Aniesa mungkin dapat menyelesaikannya.

DIY Rak Bakul Mainan (Serbaguna) 3 Tingkat

Bahan-bahannya:

  • Paip PVC
  • PVC TEE -perlukan 16 pcs
  • PVC Elbow (saiz 15mm) -perlukan 4 pcs
  • Bakul plastik

Cara membuatnya:

Pastikan sebelum membuat rangka rak itu, pastikan dulu saiz bakul itu. Sama ada besar atau lebar.

Apabila dah pasti ukurannya, baru mulakan untuk membuat cantuman batang paip PVC, PVC TEE dan PVC elbow.

Proses cantuman ini tidak memerlukan gam atau skru kerana apabila dicantumkan ia akan ketat dan kukuh.

Gambar dia atas ni adalah cara untuk sambung TEE dan elbow
Dalam TEE dan elbow ni ada paip pendek tu

Nak jimat ruang, bolehlah buat 3 tingkat. Senang untuk nak susun mainan anak.

Info Tambahan:

  • Keseluruhan modal untuk membuat rak bakul mainan anak ni dianggarkan dalam RM50 sahaja.
  • (Saya beli di kedai hardware keseluruhan rangka paip dalam RM30)

  • Bakul kedai ECO 2.10 . TEE dann elbow boleh dapat di Kedai ECO juga. (Bakul yang saya beli tu ada yang harga RM 2.10 dapat dua. Tengok pada saiz)

Kredit: Puan Aniesa

**Dapatkan tawaran harga istimewa untuk barangan anak hanya di sini.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy