Sedapnya kalau dapat makan roti canai untuk sarapan pagi atau minum petang kan? Tak semua orang pandai buat roti canai sendiri, nak mudah sama ada ke kedai mamak atau boleh beli saja yang segera.
Nak lebih sedap lagi, bolehlah buat roti canai sarang burung. Dengan kuning telur yang cair, dimakan pula dengan kuah dal, kari atau sambal sardin. Memang terangkat!
Melalui perkongsian Superdaddy, Khairul Abdullah, dia berkongsi cara mudah untuk buat sendiri menu ini menggunakan roti canai segera.
Roti Canai Sarang Burung Superdaddy
Nah aku buat roti canai sarang burung pagi tadi.
Dah habis dah idea nak makan apa sebenarnya dan teringat roti paratha Tishas tu masih ada baki sekeping.
Nak buat dia mudah yakmat aih, sedap pulak tu.
Bahan-bahan wajib ada:
1 keping roti paratha frozen
2 biji telur
Sedikit garam dan lada hitam atau lada sulah.
Boleh add on cili potong dan daun bawang.
Baca Juga:
Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!
Resipi One Pot Nasi Ayam Superdaddy, Mudah Nak Buat. Rasa Confirm Terangkat!
Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah. ‘Confirm’ Berebut Makan Satu Keluarga!
Cara nak buat dia:
1. Keluarkan roti paratha dari freezer, buka plastik terus dan sapukan minyak di kedua-dua belah dan biarkan dia lembut.
2. Bila dah lembut maka kau lenyekkan dia bagi nipis. Nipisssss isss, nipis senipis-nipisnyaaa aaaa. Ternyanyi pulak.
3. Bila dah nipis cantik maka kau pintal dia jadi memanjang. Tengok gambar macamana aku buat.
4. Dah memanjang tu barulah kau bentukkan jadi bulat. Biar besar sikit bulatan tu kalau nak masukkan 2 biji telur. Kalau kecil jer hanya muat sebiji telur.
5. Dah tu kau panaskan kuali yang disapukan dengan sedikit minyak dan letaklah sarang di tengah-tengah kuali. Bila bahagian bawah dah golden gitu maka kau terbalikkan.
6. Dah terbalik, barulah pecahkan telur ke dalamnya. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam atau lada sulah. Nak tabur serbuk cili pun nais jugak. Dah telur masak, tutup api dan hidangkan.
Kau taburlah potongan daun bawang atau potongan cili kalau suka pedas.
Sekian, selamat mencuba.
Kalau nak makan di kedai, agak pricy juga sekeping roti canai sarang burung ni. Dah tahu rahsia senang ni, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Nak makan pun lebih puas dan bolehlah dinikmati bersama kuah pilihan. Selamat mencuba mommies!