Menikmati Roti Nan Cheese di restoran buat anak-anak cukup gembira. Mana tak nya, masing-masing teruja menarik cheese yang masih panas. Apa kata mama cuba buat roti nan sendiri di rumah, barulah anak-anak puas makan. Tak perlu kuah pencicah pun dah habis anak-anak makan.

Resipi Nan Cheese mudah yang dikongsikan oleh Maria Nazri Said ini mama wajib cuba. Nampak cukup mudah. Lagi-lagi hanya gunakan kuali sahaja untuk memasaknya. Boleh juga difrozenkan untuk anak-anak. Jom cuba!

Resepi Nan cheese. Tak sempat nak buat cicahnya, dah licin anak-anak makan. Anak-anak cakap makan macam tu je pun dah sedap.

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu, Tak Sempat Buat Kuah, Dah Licin Anak Makan!


Saya nak share kat sini, nan cheese ni boleh juga di frozen kan, atau kalau tak nak frozen letak kat bahagian sejuk biasa tu pun boleh, bakar je nan cheese macam biasa, dan dah sejuk, letak dalam bekas dan letak kat fridge.

Kalau nak makan esok lusa, tapi kalau buat banyak dan nak tahan lama letak dalam freezer. Bila nak makan, hanya ambil dan panaskan dalam microwave atau kuali pun boleh. Masih lembut texture nya… selamat mencuba.

Resipi mudah roti nan cheese:

IKLAN

Bahan-bahan:
150ml susu suam
150ml air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar dry yis
(Gaulkan dan biar kembang)

3 cawan tepung gandum
1 sdk garam halus
3 sudu besar minyak masak
Mozzarella cheese ikut suka

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu, Tak Sempat Buat Kuah, Dah Licin Anak Makan!

Masukkan tepung dalam bancuhan yis, gaul-gaulkan, masukkan minyak dan uli sekejap saja sampai tak melekat di tangan.

IKLAN

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu, Tak Sempat Buat Kuah, Dah Licin Anak Makan!

Perap lagi dalam sejam, dah kembang bahagikan kepada 6 bahagian. Uli bulat-bulat dan masukkan cheese.

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu, Tak Sempat Buat Kuah, Dah Licin Anak Makan!

IKLAN

Bakar atas kuali nonstick sampai sedikit garing dan siap!

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu, Tak Sempat Buat Kuah, Dah Licin Anak Makan!

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Roti Bakar Pisang Cukup Rangup Dan Rasa Lemak- Lemak Manis Tak Cukup Makan Satu!

Sushi Roti Sandwich, Sedap Dan Sekali Makan Mesti Nak Lagi!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI