Wabak COVID-19 belum nampak akan berakhir dalam masa terdekat apatah lagi di Malaysia kes yang dijangkiti semakin meningkat begitu juga di negara lain.
Keadaan ini pada masa yang sama meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya langkah pencegahan penularan virus yang salah satu daripadanya mencuci tangan atau menggunakan cecair pembersih tangan.
Kesedaran ini juga menyebabkan produk cecair pembersih tangan atau hand sanitizer ini laku keras. Masalahnya hingga ia sudah kehabisan stok.
Kalau anda sendiri sudah mencari merata farmasi tapi tetap tak berjumpa mungkin cara terbaik adalah dengan membuat sendiri hand sanitizer ini. Ya boleh buat sendiri! Jimat pun jimat.
Caranya boleh ikut perkongsian daripada seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa yang diperoleh dari ahli farmasi sendiri.
Cara mudah buat homemade hand sanitizer
Bahan-bahannya mengikut suggestion ahli farmasi:
Dettol
Sterile Water
Cara membuat:
Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.
Kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni: 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Boleh sukat mengguna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian
Akhirnya sekali letak dalam botol spray.
Info Penting
Tapi saranan ahli farmasi itu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ia disebabkan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat jugak. Bimbang ada kesan pada kulit kanak-kanak yang umurnya bawah 10 tahun.
Jimat!
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70.
Dengan kos RM11.70.Boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40.
Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Selamat mencuba!
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Nampak Suami Isteri Ni Senang, Hakikatnya Tengah Bulan Struggle Nak Tunggu Gaji
Susah senang dalam berumahtangga, hanya suami isteri yang rasa. Pengalaman mendewasakan dan mematangkan setiap pasangan. Ujian yang datang dilalui bersama menjadikan hubungan semakin utuh.
Pada awal perkahwinan, setiap pasangan akan mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Tidak lama kemudian lahirnya zuriat. Setelah membesarnya keluarga, ada masanya kesusahan datang tanpa diduga.
Bohonglah kalau tidak pernah hadapi masalah dalam rumah tangga. Tapi biarlah yang menanggungnya itu hanya kita suami isteri agar yang diperlihatkan kepada umum hanya indah-indah. Belajar dari kesilapan dan terus memperbetulkan. Terima kasih buat pasangan kerana selalu tabah dan ada bersama-sama.
Perkongsian bapa ini sedikit sebanyak memberikan kekuatan untuk menghadapi kata-kata orang tentang apa yang dilalui dalam perhubungan. Senang yang diraih hari ini hasil kesusahan yang dilalui semalam. Mata yang memandang tidak seperti bahu tang memikul. Abaikan penilaian negatif dan kata orang.
ORANG NAMPAK KITA SENANG, MASA SUSAH TAK SIAPA TAHU
Susah kita laki bini, tak ada siapa pun yang tahu…
Tapi yang orang selalu nampak, kita pergi melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap-sedap, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya…
Walhal dia tak tahu apa yang kita lalui baru kita boleh buat semua tu, baru boleh rasa semua tu…
Sebab tu saya selalu kata,
Kalau nak pergi melancong, silakan…
Kalau nak tukar kereta, silakan…
Kalau nk makan sedap-sdap, makan di restaurant, silakan…
Kalau nk beli apa pun, silakan…
Kita guna duit kita…
Kita bukan guna duit orang yang mengata tu. Kita tak pula menyusahkan siapa-siapa dan semua yang kita nak buat tu, berdasarkan apa yang kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sebelum kita boleh beli, boleh buat, boleh makan dan sebagainya…
MASA KITA SUAMI ISTERI SUSAH, TIADA SIAPA NAMPAK
Masa kita suami isteri susah, tak ada siapa pun yang nampak…masa kita tengah bulan, makan telur, makan ikan masin, tak ada siapa pun yg tahu…siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 kerja, ada diorang perasan.
Korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nak gaji, semua kita hadap suami isteri…
Tapi bila kita “nampak” je senang, terus macam-macam kata-kata yang kita dengar, yang sampai ke pengetahuan kita…itulah ragam manusia zaman sekarag ni…
ABAIKAN KATA ORANG, KITA TAK SUSAHKAN ORANG LAIN
Abaikan, pedulikan, buat apa yang kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan org lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri…
Dia tak layak mempertikaikan apa yang dia nampak…mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul.
Sumber: Firdaus Shakirin
Artikel berkaitan: [Tak Berkira Dengan Anak Isteri, Allah Permudahkan Urusan Suami. Rezeki Pun Makin Dekat] [12 Jam Jaga Anak, Lelaki Ini Dah Struggle. Baru Tahu Susahnya Isteri Hadap Sorang-Sorang!]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kedua Mata Putih Sofea Dah Terkeluar” Ustazah Asma’ Menyeru Kalau Ada Doktor Yang Boleh Sembuhkan Adik Sofea
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dilalui oleh adik Sofea apabila disahkan mempunyai kanser saraf hingga menyebabkan kedua-dua matanya rosak.
Perkongsian ini dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ yang terut memohon jika ada pakar yang boleh membantu merawat penyakit adik Sofea ini.
Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata.😢 Ziarah Anakanda Tuan Nur Afina Sofea yang telah buta kedua mata kerana kanser saraf.
L
Mama sofea cerita bahawa akhir-akhir ni Sofea kerap bagitahu nak jumpa ustazah, yang dimaksudkannya ialah saya..😢 Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi semua berkata, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi. 😣
Sebaik tiba di Besut, en.Suami ajak ziarah anak jiran sebelah rumah mertua, saya tak tahu siapa. Sebaik melihat anakanda sofia, lidah terus jadi kelu dan air mata tidak dapat dibendung.
Lalu si Ibu mula bercerita, ia bermula pada hujung tahun 2020, ketika itu umur sofia 6 tahun, dan kini umurnya sudah 9 tahun. Sudah 3 tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk tahap dan kanser jenis ini.
Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telahpun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih bila terkena udara.
Saya tarik nafas dalam dan mula berbicara, “sofia..insyaAllah sofia akan sembuh dan boleh melihat semula, kita semua mendoakan buat sofia, insyaAllah jika Allah ingin berikan kesembuhan Allah Maha Berkuasa..”
Sofia angguk-angguk sambil menyebut InsyaAllah.
Saya sambung lagi, ”Sofia bakal Ahli Syurga, Sofia tak ada dosa, Sofia masih kecil baru 9 tahun, Sofia telah diuji sakit begini, setiap hari Allah bersihkan sofia, sofia insyaAllah dijamin Syurga, bahkan ketika di Alam Barzakh lagi dah dapat nikmat Taman Syurga..”
Sofia mencelah dan berkata,
“Ustazah, Sofia ada dosa.. sofia dosa dengan Mama, sebab bila sofia tak nampak ni kadang-kadang sofia ada marah Mama bila lambat.. Sofia boleh ke masuk Syurga ?, kalau
Mama maafkan Sofia.. Sofia bolehlah kan masuk Syurga”
Allahu Akbar… saat ni semua yang ada di ruangan ini menangis.. saya dah hilang suara menahan esakan.
Mulianya hati mu duhai anak. Terlalu mulia. Saya cuba menyusun kata,
“Sofia, antara kita semua disini, sofia paling baik, paling mulia, sofia yang Allah pilih untuk ujian yang sangat berat ini, sebab Allah tahu Sofia kuat”
“Mama sofia dan kita semua faham bila sofia marah-marah sikit, sebab sofia sedang menahan sakit, sofia tak boleh berjalan dan tak boleh melihat.. jadi sofia terpaksa bergantung pada semua orang. Sofia rasa gelap dan takut..”
“Semua orang faham dan kami semua menumpang sofia sekarang ni, mama, ustazah dan kami semua harap dapat masuk Syurga sama Sofia.. Sofia nanti cari dan tarik kami sama-sama masuk Syurga ya…😭”
Mama Sofia pun mencelah teresak, “Mama selalu maafkan Sofia, sofia tak ada salah apa pun..”
Sofia angguk-angguk dan cuba untuk senyum, tapi memang Sofia tidak dapat untuk senyum lagi, kerana kedua pipi sudah menengang, sofia asyik mengulang.. InsyaAllah Ustazah..🌷
Mama Sofia sambung bercerita, “ustazah, ketika di ward ada 6 kanak-kanak yang sama dengan sofia, semua dah pergi kecuali dua orang termasuk sofia, dan Dr. sebenarnya jangkakan sofia hanya ada masa dua bulan selepas chemo terakhir, tapi sekarang dah lebih setahun, sofia ni sangat kuat dan matang, bahkan lebih matang daripada kakaknya..”
Ada jiran yang menambah, “ustazah, sofia ni kanak-kanak yang cergas, bijak dan ramah”.
Bapa mertua saya pun bercerita, jika bertemu sahaja di tengah jalan atau nampak dari jauh, sofia akan memanggil-manggil “Pak Long…Pak Long”, walau masih kecil tapi berani menegur orang tua.
Ketika kami berbual, anak saya fatimah pegang-pegang jari Sofia, lalu sofia bertanya,
“Mama, Sofia sedang main dengan siapa ni ?”
Sofia anak bongsu, jadi bila ada jari kecil fatimah sedang main-main dengannya dia tertanya-tanya. Saya terus jelaskan, “Fatimah ni sofia, anak ustazah paling kecik, umurnya 4 tahun”
Saya minta fatimah peluk dan salam sofia, dan ketika itu Sofia berkata pada Mamanya, “Mama tolong bagi pada adik biskut tu Mama”. Lalu Mamanya buka satu bekas yang didalamnya berisi pelbagai jenis biskut dalam pack.
Ya Allah, sungguh matang dan pandai menyantuni semua, cerdik !
Saya sungguh jatuh hati jatuh sayang pada ampunya badan Anakanda Tuan Nur Afrina Sofia. Saya mohon sahabat semua, doakan anak ini 🙏😢
Saya juga mohon jika ada Dr. yang membaca nukilan ini, atau kenalan lalu sampaikan. Adakah benar barah peringkat adik Sofia ni dah tak ada peluang sembuh ?, maksudnya memang hanya menghitung hari ?.
Pada awal tahun 2020, rupanya sofia yang berdiri sebelah dan saya siap memeluknya, dalam gambar tu saya duduk atas satu kerusi, sebab tu semua anak-anak jadi nampak sama tinggi.
Ustazah masih ingat, waktu ni sofia umur 6 tahun, sofia lah yang berani menegur ustazah, ustazah Asma’, ustazah dalam telefon.. sebab tu ustazah keluar daripada kereta, ajak semua bergambar dan berikan RM 5 sorang. Rupanya Sofia selalu ingat momen tu, dan sebut-sebut, ustazah baik, ustazah bagi 5 ringgit, begitulah cerita Mama Sofia tadi.
Kecil bagi kita, rupanya besar maknanya buat anak kecil. 😢, lagi bila anak orang susah.
Sedikit maklumat tentang penyakit Safiya ;
Neuroblastoma merupakan salah satu ketumbuhan kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal (tahap I-II). Pesakit tidak menunjukkan simpton-simpton awal walaupun kanser tersebut telah tumbuh dan membiak pada sesuatu bahagian badan.
Semoga kita terus boleh bersyukur dengan segala Nikmat dan UjianNya. Kita semua diuji, namun bila melihat Ujian Anakanda Sofia ni..terus rasa malu dengan Allah.. betapa diri ini tidak bersyukur. 😔
Kredit: Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tinggalkan Anak Atas Motor, Ayah Masuk Kedai. Apa-Apa Boleh Berlaku Dalam Beberapa Minit
Ramai ibu bapa ambil risiko dengan tinggalkan sekejap anak-anak dalam kereta atau motosikal dengan niat tak mahu rasa susah kerana nak membeli barang. Bukan itu sahaja ada juga yang membiarkan anak ketika di stesen minyak dengan enjin masih hidup.
Mungkin niat ibu bapa sekejap sahaja tetapi dalam tempoh itu juga apa sahaja boleh berlaku pada anak.
Perkongsian di Facebook Intan Huzaifah Haniff mengenai seorang bapa yang meninggalkan anaknya berseorangan di atas motosikal mengundang bahaya walaupun hanya beberapa minit.
Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dengan Hannah terus pergi kat budak ni.
“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.
“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.
Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tengok jam dari mula aku tunggu sampai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.
Ayah dia pelik sebab ada organ berdiri tengok dia sambil pimpin anak dia.
” Salam bang.. Saya nampak dia seorang. Motor ni tepi jalan sangat. Pastu stand pun pakai tongkat yang sebelah jer. Saya turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tangan bersalam. Lelaki ni agak berusia daripada aku. Sekitar akhir 30 an.
” Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak seorang kan? Jaga jer anak kau tu.. Tak payah sibuk hal orang…,” aku dah agak. Sama ada positif atau negatif. Tapi hati aku tadi kuat rasa aku akan kena sound.
” Ok, tak apalah bang. Maaf sebab saya tolong tengokkan anak abang ni. Cuma nak beritahu saya tunggu abang tadi 4 minit juga. Sebab ramai orang beratur. Tak tahulah berapa lama masa sebelum saya nampak dia seorang. Saya rasa zaman sekarang ni 4 minit ni cukup masa untuk orang cekup anak abang bawa lari. Atau macam-macam boleh jadi. Assalamualaikum.. Dah jom Hannah,” aku hulurkan tangan anak dia dan beredar.
Aku harap kalau nampak kes macam ni, tolong jer jaga kejap. Orang tu nak marah lantaklah. Jangan ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni tak salah. Dia ada hak untuk dipertahankan keselamatan dia.
Orang culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku tak tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sebab tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.
Sebab malang tak berbau. Kalau jadi apa-apa jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.
Nampak kes macam ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yang boleh terima teguran. Abaikanlah kalau dia orang merentan. Bukan hari-hari jumpa pun. Fikir macam tu jer.. Yang penting budak-budak selamat.
Sumber: Intan Huzaifah Haniff
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI