Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade, 3 Bahan Saja, Senang Sangat!

Share

Memasak sayur jadi lebih sedap bila ditambah tauhu telur ke dalamnya. Selalunya kita beli tapi apa kata kali ini kita buat sendiri tauhu dengan menggunakan tiga bahan saja.

Malah cara membuatnya seperti yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria ini cukup senang. Jom cuba!


TAUHU TELUR HOMEMADE

Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim

Pecahkan telur dan masukkan garam.

Masukkan air soya.

Kacau-kacau sampai sebati. Lepas tu tapis sekejap supaya tiada bubble.

Masukkan ke dalam plastik aiskrim.

Ikat kemas-kemas.

Panaskan air jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi dan guna api perlahan saja. Masak sehingga 30 minit.

Warna tauhu dah bertukar.. maknanya dah masak.

Sejukkan tauhu dan bila dah sejuk baru potong.

Nak goreng tabur tepung jagung sikit.

Siap goreng!

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM