Betul ke belikan anak mainan satu pembaziran? Bagi sesetengah ibu bapa, membelikan anak mainan mungkin dirasakan satu pembaziran. Tak kurang juga yang merasakan hanya buat sepahkan rumah.
Menurut Dr Redza Zainol, hakikatnya mainan sangat membantu perkembangan minda anak-anak kecil kita. Bukan hanya otak bahkan, kekuatan fizikal seperti jari jemari juga turut dirangsang sebaiknya dengan hanya bermain. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
“Eh, betul ke ni?”
Anak kecil ni dirujuk ke klinik kanak-kanak sebab masih belum boleh bercakap. Bila diambil sejarah pesakit, rupa-rupanya dia cuma bermain dengan 1 biji bola saja di rumah.
“Dalam rumah puan cuma ada 1 biji bola untuk anak main? Tak ada apa-apa permainan lain?” saya cuba mencari kepastian.
Ads
Ibunya kata memang tak ada. Tercengang juga saya sebab mereka bukan dari keluarga yang susah. Saya duk terbayang anak ni main dengan sebiji bola tu setiap hari, setiap minggu.
Kanak-kanak kerja mereka ialah bermain dari pagi sampai ke malam. Kalau boleh sampai tak nak mandi, tak nak makan sebab nak sambung bermain.
“Permainan apa yang saya patut beli untuk anak?” tanya ibu ni.
Ads
Mungkin baru tersedar yang dirinya kurang ilmu tentang perkembangan anak.
Antara permainan asas yang bagus untuk anak ialah blok.
✔️ memperbaiki skil anak menggunakan otot jarinya.
✔️ asas kepada imaginasi dan pembinaan dalam fikiran anak.
✔️ belajar konsep saiz, berat, bentuk dan konsep stabil.
1) Fasa pertama
Pada awalnya, anak sekadar pandai mengalihkan blok dari satu tempat ke tempat lain.
2) Fasa kedua
👉🏻 Usia 15 bulan – bina menara setinggi 2 blok
👉🏻 Usia 18 bulan – bina menara setinggi 3 blok
👉🏻 Usia 2 tahun – bina menara setinggi 6-7 blok
👉🏻 Usia 2.5 tahun – bina menara setinggi 7-8 blok, bina blok berbentuk keretapi.
Ads
3) Fasa ketiga
👉🏻 Usia 3 tahun – bina menara setinggi 9-10 blok, bina jambatan menggunakan 3 biji blok.
✅ Untuk anak yang suka membaling, belikan “foam block” yang ringan. Tak ada lah kes anak tercedera.
✅ Untuk anak yang dah pandai mendengar arahan, boleh belikan blok kayu.
✅ Pilih blok yang ada pelbagai warna, bentuk dan saiz. Sambil bermain, boleh belajar kenal warna, bentuk dan saiz.
✅ Pilih blok yang boleh buat binaan bebas (tak terikat pada bentuk yang spesifik).
Sopan santun dan berkelakukan baik menjadi amalan terpuji yang disukai semua. Tidak hairanlah Fatimah mempunyai ramai kawan di sekolah.
Fatimah, instafamous cilik dari thefamilyuk ini baru berusia 4 tahun. Kepetahan dan kecomelannya menjadi perhatian para netizen.
Fatimah yang kini sudah ke sekolah. Semasa perjumpaan antara ibu bapa dan guru, ibu bapa Fatimah telah telah mendapat feedback yang baik guru-guru Fatimah.
SIKAP YANG BAIK
Pada usia yang masih kecil, Fatimah sudah mempamerkan sikap yang baik dan sentiasa bersopan santun. Dia juga dikhabarkan oleh gurunya sebagai seorang yang sangat rajin dan sering menjadi contoh yang baik di kalangan rakan-rakannya.
POSTER TARIK PERHATIAN GURU
Fatimah juga telah menghasilkan hasil kerja berupa poster yang menggalakkan perbuatan baik dan positif. Kreativiti Fatimah telah menyebabkan dirinya dibawa berjumpa dengan Guru Besar bagi mempersembahkan hasil kerjanya.
HORMATI MENGHORMATI & BERSIKAP BAIK
Fatimah menyatakan yang setiap daripada kita perlu saling menghormati antara satu sama lain, tidak bersikap buruk dan saling menghormati tanpa mengira agama dan warna kulit. Penggunaan jalur berwarna-warni mewakili kepelbagaian warna kulit.
HASIL KERJA TELAH DIPAMERKAN DI SEKOLAH
Guru-guru tidak menyangka ia adalah hasil kerja Fatimah yang baru berusia 4 tahun. Fatimah amat gembira dan hasil kerjanya itu telah dipamerkan di sekolah.
thefamily.uk It was Fatimah’s first parents’ meeting on Wednesday 14th November. Alhamdulillah, she is progressing very well in school. We are glad to hear her teacher’s feedback on her good manners and politeness. She also has lots of friends too. According to her teacher, she is very hard-working and always sets a good example to her friends – bless her!
The biggest surprise was that she was sent to the Headteacher’s office to present her work! She made a poster to promote kindness towards a diversity of people. She came up with the idea all by herself!
According to Fatimah, we should respect people of all race and religion. She added that we shouldn’t be rude to people and instead, we should spread kindness by giving more hugs! She also included colourful stripes to represent different skin colours to show that we are all beautiful!
Everyone was surprised to know that a 4-year-old girl could come up with such big ideas all by herself. Fatimah was over the moon to receive such recognition from her Headteacher. Her work is now being displayed in school…Alhamdulillah ♥️
Fatimah, 4 years old
Netizen turut mengagumi Fatimah dan memuji kedua ibu bapanya yan berjaya mendidik Fatimah dengan baik.
Ramai netizen suka tengok gelagat si comel Aaisyah anak Che Ta yang petah bercakap dan senang bergaul. Sejak bayi lagi kehadiran Aaisyah mendapat perhatian daripada ramai peminat.
Dengan wajah comel dan pelbagai keletahnya yang lucu dan suka meniru aksi orang dewasa terutamanya bab bermekap dan melawa, kehadiran video Aaisyah di laman Instagram Che Ta dinantikan ramai pengikutnya.
Walaupun Che Ta yang ditemubual semasa majlis pelancaran pelantikan dirinya sebagai duta produk serum Nell Aesthetica, mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah.
Ini bukan bermakna dia tidak meluangkan masa bersama si kecil tetapi ketika bersama anak, Che Ta memberitahu dia tak sempat nak merakamkan semua aktiviti yang dia buat bersama Aaisyah. Katanya juga masa buat aktiviti dengan anak dia tak nak pegang handphone sebaliknya lebih memberi fokus pada Aaisyah.
“Celik mata sejak baby lagi dia tengok mak dia tengah mekap je, so dia pun terikut la suka meniru kita,” ujar Che Ta ketika diajukan persoalan tersebut.
Seronok melihat Aaisyah yang petah bercakap dan banyak soalan yang keluar dari mulut comel tersebut. Selain petah bercakap, tutur percakapannya juga tidak pelat sama sekali bahkan dia juga seorang kanak-kanak yang periang, peramah dan mempunyai kemahiran sosial yang bagus.
Kalau diperhatikan, memang sejak Aaisyah bayi lagi Che Ta sudah membiasakan anaknya bergaul dengan ramai orang termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri.
Bahkan Che Ta juga seorang ibu yang banyak memberi pendedahan dan peluang kepada anaknya untuk bereksplorasi dengan persekitarannya. Jika mengikut kaedah merangsang perkembangan anak dari sudut pendidikan awal kanak-kanak, Che Ta telah melakukan cara yang betul dengan tidak pernah memaksa anaknya untuk belajar membaca dan menulis dengan cepat.
Membiarkan anak mahir dengan survival skill terlebih dahulu sebelum mengajarnya membaca dan menulis adalah cara yang tepat kerana tidak mengganggu proses perkembangan anak mengikut fasa yang betul.
Sekarang Aaisyah Dah Ke Tadika
Walaupun kelihatan sibuk bermekap dan menyanyi tetapi Aaisyah juga sama seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Walaupun sibuk dengan urusan kerjayanya, Che Ta tetap menyediakan masa untuk Aaisyah belajar mengaji dengan memanggil ustazah datang mengajar.
Ramai juga netizen yang bertanya mengapa Che Ta tidak bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Aaisyah seperti kebanyakan anak selebriti lain.
“Aaisyah kat rumah cakap banyak bahasa. Dengan maid dia cakap bahasa Indonesia tapi abang-abang dia memang cakap English dengan dia cuma dia je tak nak balas cakap English tapi dia faham. Sekarang dia dok sibuk nak cakap Cina pulak sejak dah masuk tadika Cina,” cerita Che Ta yang menghantar Aaisyah ke tadika bahasa Mandarin.
Sumber: rozitachewan1 & aaisyahdhiarana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percutian bersama keluarga terutama bawa anak kecil mesti rancang awal. Bukan sahaja perlu cari tempat yang sesuai tapi harus fikirkan keperluan anak untuk makan atau keselesaannya juga.
Jika semua ini diambil kira, tiada masalah. Bagi pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin, percutian ke London dengan membawa anaknya, Aqeef Anaqi antara satu pengalaman menyeronokkan.
Melihat keletah Anaqi yang dah pandai bawa diri, tiada masalah untuk Amyra dan Amar menguruskannya.
Apa yang menarik, dalam mood sedang bercuti, Amyra tetap menyediakan makanan berkhasiat untuk anaknya walaupun Anaqi dah boleh makan macam-macam.
Bagi Amyra makanan anak sangat penting bila bercuti ke luar negara. Mungkin stok makanan yang di bawa boleh dijadikan kudapan untuk anak, tapi untuk menu yang mengenyangkan memasak adalah satu alternatif.
Dalam perkongsian di instagramnya menunjukkan Amyra sedang memasak bubur nasi untuk Anaqi dengan mencampurkan kentang, lobak merah, hirisan ayam dan bayam.
Bagi sesetengah orang alasan tak cukup masa nak masak, namun semangat Amyra dia nak pastikan Anaqi sentiasa kenyang dan tak mudah merengek. Baru mudah untuk bawa berjalan.
Tip ini juga antara yang selalu dikongsikan oleh ibu-ibu yang ada anak kecil ketika bawa bercuti.
Kadang-kadang anak kecil, walaupun dah makan macam-macam, mereka perlukan juga makanan yang mengenyangkan. Sebab itu, ibu bapa yang nak bawa anak bercuti harus fikirkan semua ini.
Sumber: ig amyrarosli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.