Bila anak dah mula makan, mama lah orang paling ‘excited’ sediakan makanan untuk si manja. Tapi bayi di bawah umur 1 tahun tidak boleh diberikan garam dan gula. Jadi untuk elakkan anak terasa bosan dengan makanan yang ‘plain’ apa kata mama buat sendiri serbuk perasa menggunakan bahan semula jadi. Yang penting no salt, no sugar okay!
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘
Sejak anak dah masuk 8 bulan ni, makin rajinlah mummy nak masak macam-macam untuk baby. Since Zyad masuk 6 bulan haritu dia dah start solid food dan benda pertama yang Noorul buat ialah 4 days rule (4DR).
Untuk new mommies yang masih tak tau 4DR ni untuk apa, tujuannya ialah untuk kenalpasti makanan mana yang ok dan tak ok untuk baby. So senanglah mommy nak detect makanan apa yang buat baby naik ruam, gatal-gatal atau sembelit kan.
Macam anak Noorul, dia tak boleh makan ayam untuk permulaan tu. Mula lah leher, betis naik merah lagipun kulit dia jenis sensitif @ eczema. Then after one month baru slowly Noorul masukkan ayam dalam lauk dia dan alhamdulillah dia dah boleh mula terima semula.
Untuk serbuk ikan bilis yang sis nak kongsi ni sebenarnya hanyalah untuk perasa (seasoning) sahaja orang kata bagi buatkan anak tambah lagi selera nak makan.
Sebenarnya Ikan bilis ni banyak khasiatnya antaranya mengandungi vitamin A, kalsium, kalium dan selenium juga tau, so bagus untuk perkembangan anak kita.
Yang best bila ada serbuk ikan bilis ni, kita boleh buat macam-macam dengan lauk dan boleh varietykan lagi masakan.
Steps nak buat dia sangat senang.
Yang perlu ada :
(1) Blender with miller (blender kering)
(2) Ikan bilis
(3) Air untuk rendam
(4) Bekas kedap udara
Cara-caranya :-
(1) First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
(2) Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
(3) Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.
(4) Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.
>> Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
(5) Angkat bila dah nampak rangup
(6) biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend
>> Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap
(7) Lepas dah blend akan dapat serbuk halus.
(Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan !
Pejam mata celik je dah siap kan. Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti.
Kredit : Simply Noorul
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/