Buat Simpanan Pendidikan Anak Dari Awal. Ini Institusi Kewangan Terbaik Pilihan Anda!

Share

Tanggungjawab ibu bapa hari ini sangat besar. Bukan setakat mendidik anak-anak mempunyai akhlak yang baik tetapi kita juga turut menyimpan impian untuk melihat anak-anak berjaya ke menara gading dan mampu menjadi insan berguna.

Namun semua ini memerlukan perancangan rapi sejak anak-anak kecil lagi. Tambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Cabaran anak kita sekarang tak sama seperti zaman kita dulu-dulu. Malah harga sebuah pendidikan bukan sesuatu yang murah jika kita tidak membuat simpanan dari awal.

Berdasarkan analisis Pakar Kewangan Pengguna, Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri sebelum ini menunjukkan kos pendidikan tinggi dijangka meningkat dalam masa 10 tahun akan datang dan ini sudah pastinya memberikan bebanan kepada keluarga terutama mereka yang tidak membuat perancangan awal dan sistematik.

Jadi bagi mengelakkan anak-anak terhimpit dengan hutang belajar, ibu bapa boleh mula merancang untuk membuat simpanan dari sekarang. Jika dilihat pada hari ini, rata-rata anak muda terbeban dengan hutang belajar setelah tamat pengajian. Jadi jika ibu bapa dah ada perancangan awal untuk menyediakan dana bagi menampung kos pengajian, sudah pasti boleh meringankan beban dan memudahkan anak-anak memulakan kehidupan dengan lebih baik.

PTPTN Institusi Kewangan Pendidikan & Simpanan Terbaik

Jadi bagi ibu bapa yang ingin memulakan simpanan untuk anak-anak, institusi kewangan pendidikan dan simpanan terbaik pilihan semestinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Seperti yang anda sedia maklum, sudah bertahun-tahun PTPTN telah membantu masyarakat dari sudut pinjaman pendidikan bagi memberikan peluang kepada mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

Masa depan yang lebih baik juga adalah masa depan yang tidak hanya bergantung dengan pinjaman. Sejajar dengan itu, PTPTN memperkenalkan produk simpanan Simpan SSPN pada tahun 2004 sebagai alternatif serta galakan kepada masyarakat Malaysia khususnya ibu bapa untuk memulakan penabungan awal bagi tujuan pendidikan tinggi anak.

Simpan SSPN bantu ‘bebas’ hutang belajar

PTPTN telah membantu masyarakat Malaysia membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan seawal usia anak-anak sekali gus dapat melahirkan graduan tanpa hutang melalui Simpan SSPN. Dengan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN ini telah membantu ibu bapa di Malaysia untuk memulakan perancangan kewangan serta memahami kepentingan literasi kewangan terutama bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Malah, melalui Simpan SSPN bukan sahaja mengurangkan kebergantungan pelajar kepada pinjaman tetapi juga menjadi ‘talian hayat’ kepada anak-anak sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ibu bapa. Ini kerana, Simpan SSPN menyediakan manfaat perlindungan takaful sebagai jaminan masa depan anak-anak.

Ini adalah bukti keprihatinan PTPTN kepada pendeposit dan penerima manfaat agar peluang untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT tidak akan terhenti begitu sahaja sekiranya ibu bapa meninggal dunia. Sebagai ibu bapa juga, kita tidak boleh memberi jaminan selama mana kita akan berada bersama anak-anak, selama mana kita mampu untuk bekerja menyara dan mengumpul duit buat mereka. Tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu bijak dan sentiasa mencari peluang menjadi yang terbaik buat anak-anak dengan memastikan masa depan mereka terus terjamin.

Simpan SSPN penyelamat anak lanjut pengajian

Ambil contoh Simpan SSPN Plus, kalau simpan pakej Delima RM50 sebulan dan terus menyimpan, sekiranya berlaku kematian ibu bapa, takaful akan memberikan manfaat sehingga RM60,000. Maknanya anak tersebut mempunyai RM60,000 untuk melanjutkan pengajian. Sekiranya ibu bapa meninggal dunia, anak yang ditinggalkan itu tidak terkapai-kapai untuk mencari jalan bagaimana untuk menampung kewangan untuk belajar.

Keduanya adalah insentif Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak. Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan pendidikan anak-anak. Oleh itu, pendeposit Simpan SSPN Prime yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

Ini juga merupakan salah satu insiatif PTPTN dalam memastikan hak anak-anak dari keluarga B40 tidak dinafikan. Katakan, ketika anak berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, jumlah simpanan si ayah dalam akaun Simpan SSPN Prime adalah RM3,000, jumlah tersebut akan digandakan melalui Geran Sepadan. Secara tidak langsung, si anak telah mempunyai wang yang cukup sebagai persediaan awal ke IPT.

PTPTN ubah mindset ‘Daripada Terus Meminjam Kepada Terus Menyimpan

Selain itu, PTPTN juga berusaha mentransformasikan mindset masyarakat Malaysia daripada terus meminjam kepada terus menyimpan. Melalui usaha yang dibuat ini kita dapat melihat perubahan trend tersebut dapat mendidik masyarakat Malaysia untuk merancang kewangan.

Ibu bapa perlu melaksanakan perancangan kewangan ataupun ‘financial planning’ yang baik. Dengan membuat perancangan penabungan simpanan lebih awal sudah tentu dapat menjamin masa hadapan. Jadi kita hendak orang membuka minda mereka daripada dibelenggu pinjaman kepada kembangkan duit melalui simpanan. Kalau naik gaji RM100 sepatutnya ambil konsep simpan dulu, simpanlah dalam Simpan SSPN.

Pada awal usia anak 1 hari, ibu bapa boleh membuat perancangan kewangan dengan membuka akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN dapat membantu melahirkan graduan tanpa hutang. Banyak keistimewaan dan manfaat yang disediakan dan setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan.

PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk masyarakat Malaysia. PTPTN sebagai tabung pendidikan tinggi yang bukan sekadar menyedia dan mengutip pinjaman tetapi memberi peluang kejayaan dan impian kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan bersesuaian dengan moto PTPTN iaitu “Peluang Kejayaan Anda” yang telah diperkenalkan.

Pa&Ma juga telah memberi anugerah Institusi Kewangan Pendidikan Dan Simpanan Terbaik Pilihan Pa&Ma kepada PTPTN sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.

Untuk mendapat maklumat lanjut, boleh layari website www.ptptn.gov.my atau aplikasi mudah alih myPTPTN.

Published by
Wan Amy