Sebenarnya bila suami buat surprise untuk isteri dengan kemaskan rumah dan suruh isteri rehat daripada uruskan anak-anak dan kerja rumah ia dah cukup sweet bagi si isteri berbanding menghadiakannya sejambak bunga.
Siapa setuju? Bagi seorang isteri penghargaan dan bantuan daripada suami dalam urusan anak dan rumah tangga dah cukup membuatkan dia bahagia.
Semua isteri mendambakan suami yang ringan tulang dan boleh membantunya namun kadangkala bukan suami tak nak membantu tapi mungkin dia masih kekok dan tak tahu apa patut dibuat (sebab tak ada pengalaman buat kerja rumah sebelum ni).
Sebagai isteri tak perlulah kita marah atau bentak suami, sebaiknya berikan tunjuk ajar dan minta bantuan dengan cara yang lemah lembut.
Sebagai suami pula kalau tak tahu dan tak biasa, cuba contohi cara dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini. Ini namanya resipi rumah tangga bahagia dan harmoni.
Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2 hari untuknya awal Ramadhan ini….balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak.
Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?itulah menu utama orang buat dakwah atau dekat masjid. Banyak kuah. ya Allah ampun.
Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena merayu baru dapat masak..hee
Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.
Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar.
Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Isteri Boleh Buat Beribu Kerja Satu Masa
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa…
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid.
Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Isteri Ada Banyak Jawatan
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.
Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah…
Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.
Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.
Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..
Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.
Pesanan Untuk Semua Suami
Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.
Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. “Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang..”sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni..
Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur.
Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.
Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat.
Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.
Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka-ebit lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI