Masuk sekitar usia anak 1-3 tahun, ketika itulah kita akan ajarkan anak banyak perkara baru. Selain bercakap, ada sesetengah ibu ayah mungkin akan perkenalkan huruf ABC atau mengaji Alif Ba Ta. Seronok tengok anak-anak belajar dan ‘tangkap’ semua ilmu yang kita kongsikan.
Anak pasangan selebriti yang diminati ramai, Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sering mendapat perhatian peminat kerana keletahnya yang comel serta periang.
Bercerita tentang perkembangan anak kecil, sebuah video yang dikongsikan oleh akaun Lovelyfatima._ menunjukkan momen Fattah sedang mengajar puetrinya itu mengenal Alif Ba Ta. Dengan lancar, Fatima menyebut satu per satu huruf yang diajarkan daddynya.
Ads
Melalui video tersebut dalam dilihat keakraban dua beranak ini. Ternyata Fatima sangat rapat dengan Fattah. Di hujung video, Fattah memuji anaknya itu sambil Fatima membuat thumbs up. Comel betul!
Amboi, bukan main Nyamma ya? Seronok betul bila daddy puji. Bijak sungguh Fatima, dapat ikut apa yang disebut dengan begitu baik sekali. Semoga awak membesar dengan sihat, bijak dan berjaya seperti daddy dan mummy nanti ya!
Terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Pemilik kediaman bebas membuat pilihan dan disesuaikan dengan konsep kediaman dan juga bajet.
Bagaimanapun selain ‘rupa yang cantik’ dipandang, soal praktikal dan keselamatan juga harus diutamakan. Bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih.
Tuil Jenis Pemegang Lebih Praktikal Berbanding Tombol Pintu
Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan tentang rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai untuk digunakan terutama kediaman yang ada anak kecil dan warga emas.
JIKA KALIAN ADA NIAT NAK TUKAR PINTU BILIK/RUMAH, SAYA SEBAGAI DOKTOR PERUBATAN REHABILITASI FIZIKAL, SARANKAN TUKAR KEPADA TUIL PINTU YANG GUNAKAN PEMEGANG (HANDLE) BUKAN TOMBOL PINTU (KNOB).
Ini Fakta Yang Dikongsi Doktor Rehabilitasi
KENAPA SAYA SARANKAN TUIL JENIS PEMEGANG BUKAN TOMBOL PINTU?
*Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
*Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
*Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
*Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
*Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibu bapa kita pun akan selesa.
Bila ditanya pasal anak kerap jatuh sakit. Dah dah lah bagi anak minuman macam macam warna. Dah dah lah bagi anak makan cikendes. Jajan garam segunung. MSG sebukit. Dah dah lah beri muka sebab kesian anak nak main gajet.
Dalam mendidik, ada masa ibu bapa kena jadi tegas. Tegas bertempat. Tegas untuk kebaikan anak. Anak perlu membesar dengan sihat.
Tak perlu ajar anak ambil suplemen itu ini untuk jadi kuat dan sihat. Mereka masih kecil. Tak pasal-pasal rosak buah pinggang anak.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar ubat semula jadi untuk imuniti anak kuat adalah dengan amalkan 6 aktiviti ni.
Berjemur
Tak perlu sunning ala ala orang putih. Cukup selama belasan minit di bawah sinaran matahari pagi.
Bekal vitamin D untuk sistem imun. Baiki mood dan karakter anak. Elak anak jadi mudah marah. Selain itu boleh elak masalah rabun dekat. Paling padu, berada di luar rumah selama 30-60 minit dalam sehari.
Grounding
Saya pun suka buat. Kebiasaan lepas buat kerja. Saya keluar sekejap dan nikmati alam. Tanggalkan kasut dan jalan di atas rumput.
Ikut kajian, grounding bantu redakan inflamasi dan kurangkan sakit dari segi emosi dan mental.
Bantu degupan jantung normal. Baiki kualiti tidur. Kurangkan hormon stres kortisol. Bantu anak untuk tahu cara tenangkan diri apabila sedang marah.
Messy Play Luar Rumah
Aktiviti luar rumah boleh buatkan otak anak lebih bijak. Bantu kembangkan minda dan biarkan mereka belajar sendiri.
Ini dapat tingkatkan skil komunikasi. Mereka reti bergaul dengan anak anak lain. Jika kurang didedahkan dengan aktiviti luar rumah mereka berisiko untuk kurang bina oto, kurang tahu cara kawal emosi dan anak mudah jadi terlalu manja atau terlalu degil.
Riadah Keluarga
Luangkan masa untuk pergi travel boleh eratkan hubungan. Family bonding itu penting agar anak berasa selesa dan selamat. Minda lebih terbuka dan boleh belajar perkara baru
Boleh buat aktiviti berjalan kaki. Bila sentiasa aktif, badan sentiasa bakar lemak dan sel-sel rosak sentiasa ditapis keluar.
Makanan Tinggi Prebiotik
Anak kena beri makan makanan tinggi serat, protein dan prebiotik untuk sistem imun sihat.
Usus juga perlu dalam keadaan terbaik dan sebaiknya elak bagi anak makan makanan berproses. Makanan tinggi gula dan tinggi pengawet serta pewarna.
OTAK kecut. Sel neuron tak bertambah. Jangan jadi penyebab OTAK anak lembab, kemudian, jadi salah mereka.
Tidur Berkualiti
Ini ubat natural untuk pulihkan badan. Anak yang tengah membesar perlu tidur cukup. Senang cerita, tidur kena pada tahap kemampuan tinggi -Tidur nyenyak.
Tapi! Elak bagi anak kerap tidur meniarap. Risiko sleep apnea. Sukar bernafas. Punca dengkur kuat.
“Kalau dengan ibu bukan main manja dan mengada-ngada ya..” Kita selalu dengar ayat macam ni kan terutama bila ada anak-anak yang susah nak berenggang atau tinggal sekejap terus menangis.
Ingat anak-anak kita bukannya saja-saja berbuat demikian. Dia ada fasa tertentu untuk dilalui sebelum betul-betul memahami keadaan sebenar.
Menurut Ibu Rose yang selalu berkongsikan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan, anak-anak kecil dalam fasa ini sebenarnya dia nak beritahu sesuatu. Berikut adalah perkongsiannya.
Anak kita bukan mengada-ngada
Dikatakan anak berperangai buruk bila dengan ibunya.
“Waa….” Leha, kenapa biar anak tu nangis lama-lama? Sian kak long tengok”.
“Ala kak…si kecik ni, asik nangis je. Pantang tak nampak saya. Manja sangat. Kena ajar sikit ni biar jadi berani.”
“Ish ko ni…belajar mana ni? Anak ko baru 1tahun sebulan. Tak boleh macam tu. Kena cepat tengok kenapa dia nangis. Lagi ko biar lama nangis macam ni, dah besar nanti pun cepat nangis, tantrum.”
“Yeke kak long?. Saya ingat jangan manjakan sangat supaya cepat belajar anak ni.”
Alahai…ramai yang salah sangka begini. Mari ibu terangkan lebih lanjut mengenai hal ini.
Keadaan ini normal untuk anak bawah setahun
Bagi anak berumur 1 tahun ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.
Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.
Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa selamat tergugat. Itu yang dia menangis. Itu bukan manja…jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan kanak-kanak.
Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk communicate keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.
Tak elok biarkan anak menangis
Ibu, risau bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi.
Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik TANPA meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.
Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah.
Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. Dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa BEBERAPA BULAN.
Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu TELAH berusia 4 tahun keatas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.
” children raised with reasons become reasonable”
Cara didikan penting
Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahami ini BUKAN kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada PERMISSIVE dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu.
Apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’? Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.
Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka.
Jadi, TIDAK BENAR bila dikatakan “Anak ni, kalau dengan maknya, dia buat perangai.”. Tapi adalah tentang GAYA PARENTING mak itu sendiri.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.