Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai masanya baru kita tahu.
Disebabkan ia adalah rahsia dan luar kemampuan manusia, Allah berikan peluang kepada kita ‘senjata’ doa untuk terus minta dan ingat padaNya. Berdoa di samping ikhtiar pasti akhirnya ada kemanisan di kemudian hari.
Bagi pasangan suami isteri yang masih menanti zuriat, betulkanlah cara berdoa. Ketika memohon padaNya, doalah berusngguh-sungguh. Berikut antara doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat antara suami isteri agar kehadiran zuriat dapat melengkapkan lagi hidup berumah tangga.
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati..
Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami..
Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ads
Ya Allah…
Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak..
Anak Yang Soleh Dan Solehah..
Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti…
Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya…
Ya Allah…
Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini..
Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ads
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
Berkatilah Langkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Ads
Bacalah setiap hati moga-moga Allah dengar isi hati kita dan permudahkan urusan untuk mendapat cahaya mata. Mana tahu, doa dan ikhtiar yang dilakukan akhirnya Allah bagi nikmat dipenghujungnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4? Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!
Fakta anak no 4
Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.
Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan?
Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.
Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak.
Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?
Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.
Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.
Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.
Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?
9 fakta anak no 4 yang menarik
Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar.
Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.
Keperibadian anak keempat
Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).
Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?
1# Peramah dan suka bergaul
Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.
Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.
Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.
2# Berdikari
Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.
Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri. Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.
3# Seorang penghibur
Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?
Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya.
Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.
4# Hati tisu
Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif.
Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?
Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya. Baik selidik dulu, ya anak keempat?
5# Pendengar setia
Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia.
Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.
Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.
6# Sukar difahami
Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?
Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini.
Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.
7# Kurang sabar
Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar.
Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar.
Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik. Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!
8# Moody dan pemendam perasaan
Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi.
Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!
9# Seorang yang setia
Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.
Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya!
Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!
Tentukan sendiri
Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini?
Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.
Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua rajuk anak kita nak kena pujuk. Jika kita pujuk semuanya itulah yang menjadikan dia lenja.
Masa anak baru 3 tahun ke bawah, bolehlah kita pujuk-pujuk untuk dia tidak menangis begitu kuat.
Namun, bila anak sudah lebih bijak dan faham, maka perlulah ada batas dalam memujuk.
Pujuklah dia jika dia memang tidak bersalah dan anda termarah lebih. Sebab yang salah adalah anda yang kurang bijak mengawal diri.
Pujuklah dia jika anda yang tersalah sangka. Anak tak buat anda tersilap tuduh.
Namun, jika anda sudah beri guideline, sudah terangkan, sudah beri amaran lebih dari 3 kali, tapi dia buat juga dan anda marah berpatutan, dan anak merajuk, maka tidak perlukah nak memujuk. Memadai anda tenang dan melayannya dengan baik. Dan tunjuk kasih sayang anda dengan bercakap dengan nada yang lembut dengan dia dan melayan mesra. Waktu makan, beri makan dsbnya.
Anak perlu tahu bila dia salah, maka dia salah dan perlu menerima natijahnya.
Namun, dalam menghukum perlu berpada. Dan bila sudah menghukum tidak perlu memujuk sehingga hilang muka.
Be kind, be gentle. Tapi tidak perlu sehingga berasa bersalah tidak terhingga. Kan anda sudah beri amaran!
Tapi ingat ya, hanya mulakan setelah anak 3 tahun ke atas. Sebelum tu anak masih belum faham apa-apa.
Dan bermula tiga tahun pun, mulalah perlahan-lahan memberi dia faham kesan dan natijah, disiplin dan hukuman.
Perangkap yang sering ibu bapa termasuk ialah menyangka anak sudah cukup besar untuk dihukum keras. Contohnya anak baru 1 tahun lebih sudah nak pukul kuat-kuat atau kurung dalam bilik gelap.
Atau anak terlalu kecil untuk dihukum. Contoh sudah 8 tahun, masih nak memujuk anak yang marah kerana dihukum kerana menendang mak ayah.
Isteri suri rumah atau yang bekerjaya, dua-dua berkorban untuk ahli keluarga mereka. Masing-masing memainkan peranan untuk uruskan rumah tangga dengan baik. Cuma bagaimana kita mencorakkan untuk semuanya berjalan lancar, terpulang pada budi bicara dengan pasangan.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin, ia seolah memberi satu penghargaan buat wanita bergelar isteri dan ibu.
Macam mana isteri boleh tahan buat kerja yang sama berulang kali…? Skrip perjalanan kehidupan harian seorang isteri ni sama ja setiap hari. Dari bangun tidur, sampai masuk tidur pula, kerja yang diselesaikan hari itu, disambung semula esok hari…Tak habis…
Sentiasa perlu buat perkara yang sama hampir setiap hari…tak jemu? tak bosan? tak meluat?
Itulah kehidupan seorang isteri. Sebab tu isteri ni makhluk yang beremosi, sebab tu isteri perlu dihargai, sebab tu isteri perlu disayangi untuk dia kekal terus mengulangi apa yang perlu dibuatnya dari hari ke hari.
Kalau suami tu tak mampu menghulurkan pertolongan, maka jangan membebankan atau membiarkan isteri keseorangan.
Lelaki tak boleh buat apa yang isteri buat, ulang, ulang dan ulang sepanjang perkahwinan. Selagi jadi isteri, selagi tu lah perkara tu dia kena hadapi, dia kena tempuhi.
Dia akan burn out, dia akan burst out mentally and physically. Dia akan letih dan penat perasaan serta fikiran.
Kalau suami memahami, kalau suami tu nampak pengorbanan seorang isteri, suami tak akan biar isteri jalani kehidupan tu seorang. Suami akan tolong isteri, suami akan ringankan beban isteri.
Suami akan bawa isteri keluar jalan-jalan, suami akan belanja isteri makan. Suami patut tahu untuk refreshkan diri isteri, resetkan diri isteri. Isteri mungkin tak cakap, mungkin tak luah, tapi isteri perlukan TERAPI. Terapi cara isteri, terapi yang boleh menguatkan hati dan emosi untuk terus kekal bergelar isteri.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!