
Buntu betul memikirkan menu untuk si kecil, tambah pula mama terpaksa memikirkan menu untuk sekeluarga berbuka puasa nanti.
[Baca: Nak Bercuti Bawa Baby Memang Kalut Lagi-Lagi Bab Makanannya. Ini Persiapan Basic Untuk Mama]
Puan Nurul Syafiqah berkongsi dua resipi istimewa yang boleh dijadikan juadah untuk si kecil makan bersama-sama ahli keluarga yang lain ketika berbuka puasa. Yang paling penting tiada garam, gula atau penambah rasa.
Menu berbuka untuk si kecil Mama.. Baby Rafiq. Nanti dia tengok orang makan, Dia pun sibuk nak makan juga. So Mama buat kan dua menu untuk si kecil Mama.. Pasta Milk Cheese Dan Pasta Tomato Cheese.
(Resepi Pasta Milk Cheese)
Bahan-bahan
– Pasta
– Holland
– Capsicum (Merah)
– Isi Ayam
– Carrot
– Pakchoy
– Brokoli
– Butter Unsalted
– Cream Cheese
– Full cream Farm fresh/FM
Cara-cara penyediaan
1) Rebus pasta, Carrot, Ayam, Brokoli, Capsicum, Pakchoy..
2) kemudian tos kan kesemua bahan yang dah Di rebus tadi, ketepikan
3) Panas kan minyak, masuk kan butter dan Holland, masuk Kan kesemua bahan yang di rebus tadi ke dalam kuali
4) Kemudian masukkan milk Full cream atau Fm, kacau-kacau tutup api, akhir sekali masukkan cream cheese, kacau-kacau siap
Pasta Tomato Cheese menggunakan bahan yang sama, cuma saya tambah kan pes tomato jee then gaul bersama cheese.. jadi laa Pasta Tomato Cheese.
Sumber: Nurul Syafiqah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muffin Milo Coklat Tanpa Mixer. Resepi Paling Mudah, Pilihan Anak-Anak

Anak-anak, bila duduk rumah kejap-kejap lapar. Daripada bagi anak makan jajan atau gula-gula, apa kata ibu cuba buat muffin milo yang paling mudah ini. Tak perlu nak guna mixer pun, cuma kacau dengan senduk je. Tersangatlah mudah.
Kalau yakin, nak buat duit poket jual muffin ni pun boleh. Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina ni sekurang-kurangnya boleh bagi idea untuk ibu-ibu.
Muffin milo coklat mudah
Bahan-bahan:
8 biji telur gred A atau B
450g gula perang atau gula halus kalau xnak manis guna gula perang atau kurg kan(2 cawan )
1 sudu besar emolco coklat
330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
100g milo
50g serbuk coklat
*Campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
350g majerin cair/2 cawan (cair kan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
- Telur+ gula+satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh
2. Tambah emolco dan kacau sebati
3. Tambah kan tepung yang disatukan tadi berselang dengan marjerin sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata
**Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit
Mudah kan! semoga dapat buat dengan jayanya ok.
Kredit: Azlina Ina
RESEPI MENARIK [Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah]
BACA [Koleksi Resepi Ayam Untuk Bayi Tanpa Garam & Gula. Anak Tak Jemu Makan!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lembut Tapi Super Rangup, Nasi Kepal Pilihan Buat Anak Tak Gemar Makan Nasi!

Sudah semestinya menguapkan nasi pada anak menjadi detik yang paling sukar. Mana tidaknya, bila sahaja nasi disuapkan, anak mula meluahkan semula. Lama kelamaan jika tidak diubah cara dan daya pujuk yang hebat, anak makin kurang minatnya untuk makan nasi. Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian si comel kita.
Salah satu caranya adalah menyediakan bebola nasi yang sihat dan cukup mudah untuk disediakan. Selain bentuknya yang dapat mengalihkan selera anak, nasi kepal atau jenis bebola ini juga boleh ditambah pelbagai bahan daripada sumber makanan sihat seperti sayur dan protein lain supaya anak lebih sihat. Jom intai resipi comel dan hebat yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini.
NASI KEPAL GORENG VERSI BABY
Bahan Bahan :
2 cawan nasi
1 biji lobak merah diparut
Sayur sawi -apa apa sayuran hijau pun boleh
Isi ayam -ikan secukupnya
1 sb serbuk ayam – serbuk ikan bilis
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk lada putih
1 biji telur
Bahan Lain :
Serbuk roti
Telur
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.
Ambil sedikit adunan tersebut dan kepalkan menjadi bulat. Ulang sehingga habis .
Celupkan adunan ke dalam telur yang telah dikacau sebati dan golekkan pula ke dalam serbuk roti.
Sementara itu panaskan minyak. Gorengkan adunan sehingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Siap , sedia dihidang.
Baca: Resepi Donut Kegemaran Anak-Anak, Sedap, Mudah Nak Buat, Guna Sukatan Cawan Je, Rasa Memang Awesome
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Isi Kandungan
ToggleMenu berpantang untuk mama, semuanya sedap-sedap belaka. Buat bakal-bakal mama atau yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin, anda tentu sedang tercari-cari menu yang sesuai untuk dimakan dalam tempoh ini. Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri.
Mama-mama yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.
Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mama perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mama-mama yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang, boleh tengok balik.”
Menu Berpantang Wajib Cuba
SIAKAP STIM
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
KARI IKAN (TANPA SANTAN)
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin via Mingguan Wanita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI