Dalam menyediakan menu yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga tidak semestinya perlu hidangan yang dimasak menggunakan bahan-bahan istimewa, bahkan menu ringkas sekali pun boleh membuatkan kita sekeluarga makan berselera dan terasa puas menikmatinya.
Umpamanya bila menyebut tentang menu sup telur suhun. Buat anda yang pernah mencuba rasa menu ini akan tahu betapa sedap rasanya. Ia juga merupakan lauk orang dulu-dulu, dan kini kembali popular apabila dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Iskandariah .
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk sediakannya sendiri, ada baiknya ketahui juga tip untuk pastikan telur yang dimasukkan dalam masakan tidak pecah atau bertabur dan elok kejadiannya sepertimana tip yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ini.
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Telur
Suhun
Mushroom seasoning
Cara Memasak
Langkah 1 : Tumis bawang merah , bawang putih tumis sampai garing, masuk air dan biarkan sehingga mendidih.
Langkah 2 : Setelah air mendidih, tutup api dan kemudian pecahkan telur. Ini penting supaya telor putih tak berterabur.
Langkah 3 : Selepas 5 minit setelah agak-agak telur tersebut masak baru on kan kembali api.
Langkah 4: Sebaik mendidih, terus tutup api dan masukkan suhun, daun sup, daun bawang dan mushroom seasoning.
Selamat mencuba.
Sumber : Yatie Kitchen