“Buatlah Apa Saja Ikut Kreativiti Untuk Hilang Bosan, Itu Cara Anda Untuk Hadapi Ujian & Dugaan”-PM

Share

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, media sosial seluruh negara dihujani dengan pelbagai gelagat netizen. Ada yang mula berkongsi resipi, ada yang berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di rumah.

“Buatlah Apa Saja Ikut Kreativiti Untuk Hilang Bosan, Itu Cara Anda Untuk Hadapi Ujian & Dugaan”-PM
gelagat ayah-ayah memakai baju kelawar yang tular

Malah aktiviti netizen Malaysia turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Yab Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Dalam ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (prihatin) beliau sebentar tadi, tidak kisahlah bagaimana sekalipun cara rakyat menghilangkan bosan duduk di rumah kalau itu cara terbaik untuk menghadapi ujian dan dugaan. Antara ucapan yang disampaikan;

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Saya tahu setelah tiga minggu saudara-saudari berkurung di rumah, mungkin ada di kalangan saudara-saudari yang berasa agak terbeban dengan dugaan dan ujian Tuhan ini. Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat.

Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban.

Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian. Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung. Allah SWT berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 286:

ُ َ ٱ ُ فِّكال ُ لَا ي للّ اا ۚ عاه ۡسُ و َلَِّ ا إ ًسۡناف ۡ ہاا ماا ٱ ۡ واعالاي ۡ لاهاا ماا كاسابات تاسابات ۡك

Yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Saya yakin dugaan yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat tanggung oleh kita semua. Teruslah cekal, kuat dan bersemangat. Yakinlah, kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama.

To my fellow Malaysians, let us remember that we are inherently resilient, individually capable and collectively strong to face these uncertain times. Let us strengthen our resolve and stay committed to our fight against Covid-19. Let us stay the course and follow all orders made under the MCO. It is difficult, but certainly not impossible.

This is the sacrifice we are called to make in order to win this war against the deadly virus. Winning this war starts in our homes and with our families. We can stop the virus from spreading by staying at home and maintaining physical distance.

Stay strong, stay healthy, insyaAllah we will succeed. Remember, after the rain, comes the sun. And better days will be here again.

Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas di barisan hadapan yang terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Terima kasih semua doktor, jururawat, anggota polis, anggota tentera, imigresen, RELA, bomba, kakitangan JKM, sukarelawan NGO dan semua yang terlibat di barisan hadapan. Terima kasih juga kepada anda sekalian yang sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Teruslah sabar, tenang dan istiqamah. InsyaAllah, kita akan bangkit semula.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

 

Published by
NuFa