Kasih ibu memang tiada tandingan. Begitulah yang dapat dirasai melalui perkongsian penuh emosi pelakon terkenal, Uqasha Senrose, di Instagram miliknya. Dalam coretan panjang yang menyentuh hati itu, Uqasha meluahkan rasa syukur, cinta, dan pengorbanannya sebagai seorang ibu kepada anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Bermula dengan ungkapan ringkas tapi sarat makna “Uqasha is her ibu and Uqaira is my nyawa” jelas betapa mendalamnya kasih seorang ibu terhadap anak yang menjadi seluruh dunianya. Katanya, dia sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi si kecil, “I’ll do anything and everything it takes to protect you, again if nyawa sekali pun bubu sanggup.”
Dia sedar bahawa suatu hari nanti, anaknya akan membesar, mempunyai kawan, masa remaja, masa untuk diri sendiri dan kehidupan sendiri, malah akan meninggalkannya. Namun, Uqasha menegaskan bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan, melindungi, mencintai, dan menjaga Qeyaa.
“Someday you will have your friends, your teenage time, your ME time, your life, and found the right person and gonna leave me. But remember, I did all I could and the very best to raise you, to love you, to care for you… and I’m sorry if I’m not a perfect mother.”
Coretan itu menjadi lebih menyayat hati apabila Uqasha menceritakan perjalanan kehamilannya penuh ketenangan tanpa alahan, tanpa mengidam, tapi diselubungi kekuatan luar biasa yang lahir semata-mata kerana cinta terhadap anak yang dikandungnya.
“Jadi anak yang solehah, okay? Kita sama-sama mengaji, solat. My bestfriend, thank you Allah. Till now bubu tak percaya bubu ada anak, dan yes, I have 1. Masa bubu mengandungkan Qeyaa, sedikit pun bubu tak mengidam, tak ada morning sickness, LANGSUNG TAK ADA.
Bubu seorang yang sangat penakut dan tak boleh tidur sorang, tapi di moment Qeyaa dalam perut, bubu berani tidur sorang-sorang for 9 months, makan sorang most of the time, actually all the time.
Masa Qeyaa dalam perut, bubu rajin gila masak!! Amazing, alhamdulillah Allah permudahkan. Masa puasa, hari-hari bubu masak-masak dan pack sorang-sorang bawak makanan pergi berbuka rumah Tibibi @nelydiasenrose, because I know I have you with me till now.”
Kini, melihat anak kecilnya yang hampir berusia dua tahun tidur lena sambil memegang tangannya, membuatkan hati Uqasha sebak antara syukur dan tidak percaya bahawa dirinya kini seorang ibu.
“Dan sekarang, I’m looking at you, sleeping soundly, hugging my hand, dan habit sebelum tidur kena main telinga bubu. Besar dah awak, nak masuk 2 tahun lg 5 bulan. Jangan cepat sangat besar, please. Whatever it is, you will always be my baby girl dan my rezeki.”
Perkongsian ini bukan sekadar luahan seorang selebriti, tapi kisah sejati seorang wanita yang berubah menjadi ibu yang belajar, jatuh, bangun, dan terus kuat demi insan kecil yang menjadi “nyawa” dalam hidupnya.
Sumber: IG Uqasha Senrose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia hiburan yang sering menampilkan senyuman, glamor dan gaya hidup yang tampak sempurna, kisah pelakon dan penyanyi Betty Banafe membuka mata ramai. Di sebalik ketenangan wajahnya, rupanya tersembunyi luka dan perjuangan panjang yang tak ramai tahu.
🎭 Terpaksa Tanggung Hutang Bekas Suami
Selepas enam tahun bercerai dengan bekas suaminya, Bruce Dargus, Betty mendedahkan bahawa beliau kini menanggung beban hutang yang ditinggalkan semasa mereka masih bergelar suami isteri. Apa yang lebih mengejutkan, hutang itu bukan sedikit dan sehingga kini masih memberi kesan besar kepada kehidupannya.
Menurut Betty, sejak bercerai, beliau berdepan dengan berbelas-belas kes mahkamah yang difailkan oleh bekas suami yang kini tinggal di Amerika Syarikat. “Bukan saya yang saman, tapi saya kena pergi mahkamah sebab saya kena defend diri saya dan anak-anak,” luahnya.
⚖️ Belas-belas Kes Mahkamah & Tekanan Emosi
Betty menyatakan dia kini ‘berperang’ di mahkamah demi mempertahankan hak anak-anak dan membela dirinya daripada tuntutan yang dianggap tidak masuk akal. Bayangkan seorang ibu tunggal, terpaksa membahagikan masa antara kerja, anak-anak, dan urusan undang-undang yang memakan emosi dan tenaga.
Katanya lagi, kos guaman bukan kecil. Tapi demi masa depan anak-anak, dia tetap kuat walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu perasaannya. “Saya bayar peguam pakai duit sendiri, saya cari duit halal untuk anak-anak. Saya tak pernah minta sedekah.”
👩👧👦 Seorang Ibu, Dua Anak, Banyak Pengorbanan
Betty kini membesarkan dua anak hasil perkahwinannya terdahulu dengan penuh kasih sayang. Meski diuji dengan pelbagai tekanan, beliau tidak pernah menyalahkan takdir. Baginya, anak-anak adalah anugerah paling berharga dan sumber kekuatan yang tidak ternilai.
“Kalau saya jatuh, siapa nak bangun untuk anak-anak saya? Mereka tengok saya sebagai contoh. Saya kena terus senyum dan kuat walau dalam hati penuh luka,” katanya dengan nada penuh keibuan.
🌸 Dari Selebriti ke Pejuang Kehidupan
Betty bukan sekadar selebriti beliau kini menjadi simbol kekuatan wanita moden. Ramai netizen dan rakan artis tampil memberi sokongan moral, menyatakan rasa kagum terhadap keberanian dan ketabahannya yang luar biasa.
Ramai juga melihat Betty sebagai suara kepada wanita-wanita di luar sana yang turut berdepan dengan cabaran selepas perceraian sama ada dari segi kewangan, mental mahupun hak penjagaan anak.
✨ Harapan Baru, Doa Berterusan
Betty akui, kadang-kadang dia rasa penat dan hampir putus asa. Tapi dia yakin, ujian ini ada hikmah. Dia percaya satu hari nanti, semua ini akan berakhir dan dia akan bangkit dengan lebih kuat.
“Apa yang saya lalui ini mungkin pahit, tapi saya yakin Allah tak pernah sia-siakan air mata seorang ibu,” kongsinya.
Betty Banafe membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak hanya terletak pada wajah yang tersenyum di khalayak, tetapi pada keberanian untuk terus bangun walau berkali-kali dijatuhkan. Semoga kisahnya memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk tidak tunduk pada ujian, sebaliknya terus melangkah demi anak, demi masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
UPKK 2024, 22,351 murid raih keputusan cemerlang 9A. Seramai 22,351 daripada 236,986 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diuji.
UPKK 2024, 22,351 Murid Raih Keputusan Cemerlang 9A
Mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan ini termasuk Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa nilai gred purata skor (GPS) bagi UPKK tahun ini ialah 1.85, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 1.89 pada tahun sebelumnya.
Bagi mata pelajaran al-Quran, GPS yang dicatat adalah 1.46, manakala Akidah memperoleh 1.88, Sirah (2.20), Adab (2.03), Jawi dan Khat (2.18), Bahasa Arab (2.41), Ibadah (1.97), Penghayatan Cara Hidup Islam (1.24) dan Amali Solat (1.25).
Selain itu, seramai 19,007 murid berjaya memperoleh 8A, manakala 17,287 mendapat 7A dan 16,990 memperoleh 6A. Jumlah pelajar yang mendapat 5A pula adalah 17,516, diikuti 4A (20,372), 3A (37,056), 2A (35,495) dan 1A (23,970).
Menurut Mohd Na’im, seramai 27,830 murid tidak memperoleh sebarang gred A, manakala empat calon mendapat semua D.
Beliau menegaskan bahawa peperiksaan ini merupakan satu kaedah untuk menilai tahap pembelajaran murid sepanjang lima tahun mengikuti KAFA.
“Bagi mereka yang memperoleh keputusan sederhana dan rendah, masih ada ruang untuk meningkatkan prestasi bagi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan UPKK pada Khamis.
Tambahnya, pendidikan KAFA bukan sekadar berorientasikan peperiksaan, tetapi turut menekankan nilai-nilai Islam dalam membentuk murid yang seimbang dari aspek intelektual dan sahsiah.
Calon yang menduduki UPKK 2024 boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian menerusi laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dengan menggunakan nombor MyKid dan angka giliran masing-masing.
Semakan boleh dibuat bermula jam 10 pagi, dan keputusan yang dipaparkan adalah dalam bentuk rumusan umum. Sementara itu, slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 9.30 pagi pada hari Jumaat.
Si comel kesayangan Raja Ilya dan suaminya, Talita Love Garret yang dilahirkan pada Julai lalu kini sudah pun semakin membesar dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Raja Ilya turut memuat naik beberapa keping gambar terbaru Talita dalam persalinan gaun merah jambu yang sangat comel.
Semakin membesar dan bambam, wajah comel Talita sememangnya menarik perhatian ramai.
Menurut kata Raja Ilya di Instagramnya, Talita yang sudah pun berusia empat bulan itu semakin mesra kamera.
Malah kata ibu berdarah keturunan Melayu, Arab dan India ini lagi, pantang sahaja kamera di arahkan kepadanya, Talita mula menguntum senyuman tanda suka.
“She love to pose for pictures.
“Pantang nampak camera terus suka. Funny girl @talitalovegarrett,” tulisnya berkongsi.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Talita yang cukup comel malah tersenyum ceria kala lensa kamera di alihkan kepadanya.
Dalam pada itu, wajah Talita yang persis wajah ayahnya, Garrett Trent juga menarik perhatian ramai.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.
Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuannya di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu. Bayi comel yang diberi nama Talita Love seberat 3.6 kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.