Musim cuti panjang ini ada baiknya kita sediakan menu yang ringkas tetapi berkhasiat buat anak-anak. Selain menghadkan jumlah stok bekalan yang ada agar tidak berlaku pembaziran, menu-menu ringkas sebegini juga membolehkan masa ibu yang bekerja dari rumah menjadi lebih sempurna dan teratur.
Jadi dapatlah ibu yang bekerja dari rumah mengatur masa bekerja mereka namun dalam masa yang sama dapat menyediakan makanan yang berkhasiat buat anak-anak.
Menu bubur ayam ini antara menu yang boleh di cuba dalam proses kita bercuti dan bertenang. Paling penting jimat masa tanpa perlu mengenepikan khasiat untuk anak. Bubur Ayam Ala McD yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini wajib dicuba.
BUBUR AYAM MCD VERSI BABY
Bahan Bahan :
1 ketul ayam
Beras secukupnya
Halia
Cfs ( chicken feet stock )
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Air secukupnya
Minyak bijan
Daun sup
Bawang goreng
Didihkan air di dalam periuk dan rebuskan ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Sejukkan seketika.
Carik carikkan isi ayam dan ketepikan.
Masukkan beras di dalam air rebusan ayam tadi dan masak bubur seperti biasa.
Apabila bubur separuh masak, masukkan cfs, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, minyak bijan dan juga halia.
Apabila bubur sudah masak sempurna, tutupkan api. Tuangkan ke dalam mangkuk.
Taburkan isi ayam, bawang goreng dan juga daun sup.
Siap sedia dihidang.