Bubur antara menu yang cukup mudah disediakan. Bukan hanya sesuai untuk anak-anak kecil kita bahkan boleh dijadikan hidangan seisi keluarga. Bubur kosong mungkin lebih mudah disediakan, namun bubur dengan gabungan bahan-bahan penambah rasa yang dikongsikan ini cukup sedap malah tidak perlu ditambah dengan bahan lain untuk menyedapkannya.
Resipi yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail ini cukup mudah malah penambahan bahan istimewanya membuatkan bubur jadi lebih sedap. Tak percaya jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN:
2 pot beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
Kiub pati ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
1 inci halia – ketuk
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia & kiub ayam smpai jadi bubur. Kalau air kering tambah.
2. Pastu masukkan carrot & isi ayam. Isi ayam ni kalau suka boleh simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan tu.
Ads
3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) dan garam secukup rasa. (Elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing sikit je. Jangan hangit lak.
5. Pastu tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur.
Ads
6. Kacau sebati. Siap untuk dinikmati.
7. Masa nak makan, boleh letak bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam.
Selamat mencuba!
Ads
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Kalau dahulu, nak mendapatkan lemang harus bergotong-royong menyiapkan tempat membakar atau pilihan lain beli yang sudah siap dibakar. Tapi sekarang resipi itu sendiri telah diinovasikan agar memudahkan sesiapa sahaja yang teringin untuk makan juadah tersebut tanpa mengira masa. Senang kata, buat sendiri lebih jimat dan puas.
Puan Bonda Danry berkongsi resipi lemang kukus yang mudah dan wajib dicuba. Memandangkan raya tahun ini tidak dibenarkan pulang kerana PKP masih berjalan seperti biasa, jadi terpaksa la buat lemang kukus sendiri kan?
Semalam suami request nak rendang ayam, lama tak makan katanya… Dah alang-alang masak rendang bonda tengok pulut ada, santan ada… Jadi try ler buat lemang kukus, suami kata lulus, berulang kali dia duk makan nasi&rendang, lemang&rendang..
LEMANG KUKUS
Bahan-bahan *2 cawan beras pulut dibasuh bersih, tak perlu rendam *1 kotak santan (kecil) dicampur sedikit air dan sedikit garam *daun pisang *cawan *pengukus
Cara-cara -Ukur daun pisang mengikut besar cawan dan letakkan daun pisang tersebut di dalam cawan
-Masukkan beras pulut sama rata dengan semua cawan
-Kemudian masukkan santan ke dalam cawan-cawan tersebut… Lebihkan sikit dari paras beras pulut
-Kemudian masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan
-Kukus selama 45minit
-Dekat masa nak masak.. Cucuk lemang dengan garfu, tengok tengahnya dah masak atau tidak
-Lemang dah masak…tunggu sejuk baru potong
Note: kalau nak rasa fefeling lemang bakar, keluarkan lemang dari cawan… Bakar sekejap atas pan sampai garing… Dah sejuk, baru potong
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak gemar makan roti telur? Apa kata mama cuba pula resipi yang ini. Dengan menggunakan cheese, boleh buat sesiapa saja jatuh cinta. Tak susah pun sebenarnya nak sediakan asal ada empat bahan ini.
Jika anak tak suka cheese tak ada masalah, boleh je nak letakkan telur saja. Semua itu -terpulang pada selera anak-anak. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Kena cuba dulu baru tahu kesedapannya macam mana.
Berikut disertakan resipi Roti Chessy Balut Telur Har Ryea. Mudah dan sedap! Jom kita buatt menu simple ni.
Roti Chessy Balut Telur
Bahan-bahan:
Telur 2 biji
Roti 2 keping
Cheese 2 keping
Sedikit Lada Sulah
Cara membuatnya:
👉🏻Pukul telur dengan sedikit lada sulah.
👉🏻Dadarkan telur dalam kuali leper.
👉🏻Letakkan 2 keping cheese di atas telur dadar.
👉🏻Kemudian letakkan roti di atas cheese tu..
👉🏻Mula lipat telur dadar dr tepi kuali dan tutup roti & cheese.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.