Sesekali tukar selera anak dan suami dengan buat bubur nasi ayam pun best juga. Dalam satu hidangan ni dah lengkap dengan semua protein dan karbohidrat serta boleh mengenyangkan.
Jika dah jemu dengan ayam, boleh je gantikan dengan daging atau makanan laut lain seperti udang atau sotong. Terpulang pada citarasa ahli keluarga.
Apa yang best dengan resipi bubur ni, anak yang susah makan pun boleh berselera dan mungkin jadi salah satu kegemarannya bila dah sekali cuba.
RESEPI BUBUR AYAM SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
▪️2 pot beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak (kaksu guna beras wangi).
▪️1 batang lobak merah – potong dadu.
▪️2 keping dada ayam – rebus dan carik (air rebusan ayam boleh guna masak nasi).
▪️Kiub pati ayam tanpa MSG.
▪️Bawang putih – cincang halus.
▪️Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
▪️1 inci halia – ketuk.
Ads
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dgn halia & kiub ayam smpai jadi bubur. Kalau air kering tambah la yer. Kaksu rebus ayam dulu,sebab nak ambik air rebusan ayam masak nasi.
2. Pastu masukkan carrot & isi ayam. Isi ayam ni kalau suka blh simpan skit utk tabur atas bubur msa nk mkn tu.
3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nk guna lada hitam tumbuk pun blh) dan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing sikit jer. Jangan hangit lak.
5. Pastu tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur.
Ads
6. Kacau sebati. Siap untuk dinikmati.
7. Masa nak makan, boleh letak bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam dan renjis minyak bijan. Ni kena ada kalau nak sedap.
Selamat mencuba!
Kredit resepi ini kpd Ana Mariana Ismail, dicuba oleh kaksu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan puasa ni salah satu lauk yang jadi kegemaran untuk bersahur adalah sambal sardin. Kadang-kadang bila makan, masih ada yang tinggal. Dari membazir atau dipanaskan semula, boleh juga dipelbagaikan resipi yang menggunakan sardin.
Salah satu hidangan yang boleh dibuat menggunakan lebihan sardin tadi adalah Sardine Roll. Resipi mudah untuk membuatnya dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah via Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Ada lauk sardin tak laku. Ingat nak buat karipap sardin. Tapi malas nak kelim bagai.. Maka terjadilah SARDIN ROLL di petang hari.. Alhamdulillah, buat macam ni baru laku sardin kat umah ni 😆😆
Korang suka tak #SardinRoll? 😁
Buat inti sardin macam biasa. Nak tambah ubi kentang pun ikut suka. Ketepikan, sementara tu kita sediakan bahan buat kulit sardin roll.
Bahan untuk kulit : 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung beras (optional) 2 sudu besar marjerin Sedikit garam Air sejuk dari penapis air
Satukan tepung dan garam kemudian gaul dengan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
Kemudian masukkan air sejuk sikit sikit ye. Sampai adunan tak melekat kat tangan.
Rehatkan doh 15 minit. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
Roll nipis nipis memanjang, hujungnya toreh toreh sikit. Lihat pada gambar.
Isi inti dan gulungkan sampai habis. Goreng sardin roll dan sedia dihidangkan panas panas.
Dengan resipi ini, kulitnya lebih rangup berbanding membuatnya menggunakan roti. Cara pembuatan kulitnya juga tidak terlalu sukar dan boleh dibuat walaupun pertama kali mencubanya. Bolehlah dibuat untuk berbuka atau dimakan selepas selesai solat terawih ketika masih panas. Pasti berebut. Resipi ini berbaloi untuk dicuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.