Bila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, mamalah orang yang paling sibuk. Mana tidaknya, kenalah fikirkan apa menu gabungan untuk anak. Bubur nasi untuk anak antara yang sukar untuk disediakan. Bukan apa, ia perlu mengambil sedikit masa untuk disediakan.

Bagi menjimatkan masa dan menyediakan bubur nasi paling pantas, mama boleh cuba cara yang disediakan oleh ibu Nor Hidayah Musa. Paling menarik bukan hanya pantas malah cara dia menggabungkan kesemuanya sekali memang menarik. Tak perlu tambah apa-apa, hanya biarkan dimasak sahaja. Pantas!

Jom ikuti caranya.


Bubur bayi sepantas kilat. Ibu senang anak gembira. Senangnya nak masak makanan bayi. 15-20 minit saja ibu-ibu tak payah tunggu berjam-jam tau.

Ads

Bubur Bayi Sepantas Kilat Bila Campurkan Semua Bahan Sekali, Mudah!

Cara:
1) Basuh beras segenggam tangan
2) Potong hancur isi ayam/ikan
3) Potong sayur-sayur pilihan ibu
4) Masukkan sekali semua dalam periuk

Ads

P/s : Buat malam tau. Sebelum tidur tu ke. Boleh buat.

Ads

Bubur Bayi Sepantas Kilat Bila Campurkan Semua Bahan Sekali, Mudah!

Masukkan air sehingga tutup sayur sahaja. Dah siap basuh semua. Masukkan dalam tempat frozen. Tutup periuk kemas-kemas. 
Bubur Bayi Sepantas Kilat Bila Campurkan Semua Bahan Sekali, Mudah!
Yang ni belum masak tau. Bahan mentah je ni (nasik, sayur, ayam). Buat malam, esok pagi terus masak je.
Bubur Bayi Sepantas Kilat Bila Campurkan Semua Bahan Sekali, Mudah!

Taraaa. Yang ni dah siap. Tak payah nak tambah air 2-3 kali. Cukup sekali je. Sayur, ayam pun lembut. 

Kredit: Nor Hidayah Musa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI