
Menyediakan bubur bayi pastinya mengambil sedikit masa. Bubur yang sedap dan benar-benar sebati sebenarnya memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan. Namun menyediakan bubur yang satu ini, Bubur Tumis Darat yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria, sememangnya lain daripada yang lain.
Bukan hanya ditumis terlebih dahulu sebelum direnehkan hingga masak, bahkan tumisan bawang juga ditambahkan kemudian bagi menambahkan lagi rasa kesedapan kepada bubur anak. Bukan anak saja, kita dewasa pun boleh makan bertambah-tambah. Ayuh cuba resipi yang dikongsikannya.
Selalu umi buat bubur tumis macam biasa ja. Ni umi buat tumis darat pulak. Bubur bau lagi wangi tau. Anak makan pun brselera ja Walaupun gigi atas tengah naik sebatang tu.
Sediakan bahan-bahan.
Saute ayam hingga kecut sedikit. Kemudian masukkan carrot dan batang pak choy. Saute hingga lembut semuanya.
Masukkan nasi panas. Kacau sebati dan masukkan air. Reneh sehingga menjadi bubur.
Nasi dah kembang. Boleh masukkan pak choy dan daun sup. Biarkan sehingga sayur lembut.
Tumis bawang, halia dengan sedikit minyak. Hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang yang digoreng ke dalam bubur. Gaul sebati. Boleh blend atau lenyek mengikut kesesuaian baby. Atau terus boleh dimakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baik Untuk Tulang & Gigi, Ini 5 Resipi Berasaskan Susu Yang Best Untuk Anak!

Kebaikan susu kepada anak-anak tidak dapat disangkal lagi. Ia memberi banyak manfaat kepada si manja dan sangat diperlukan sepanjang proses tumbesaran mereka. Antara sumber vitamin yang terdapat di dalam susu adalah seperti vitamin A, vitamin D, vitamin K dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, susu mempunyai kandungan kalsium yang membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Susu juga diperkaya dengan protein. Pengambilan susu juga dapat membantu penghasilan tenaga dan bertindak sebagai sistem kekebalan dalam tubuh.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SUSU sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula dari 1-5 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan susu telah dikongsikan oleh Pn Normasidayu Abd Halil sepanjang minggu ini.
Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan SUSU ini :
MAC & CHEESE
BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan susu penuh krim
1 sudu teh minyak zaitun
2-3 sudu besar keju cheddar
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan makaroni pilihan
CARA MEMBUAT :
1. Rebus pasta sehingga lembut. Ketepikan.
2. Masukkan susu dalam kuali, tambah minyak dan kacau.
3. Masukkan keju dan tepung jagung. Masak & kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali, tambah makaroni yang dah direbus. Masak sehingga pasta kelihatan sebati dan pekat. Siap untuk dihidang.
MANGO SMOOTHIE (Anak satu tahun ke atas)
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga masak (jenis mangga lily atau mangga susu)
1 cawan susu penuh krim
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah mangga dan potong.
2. Masukkan susu dan mangga ke dalam mesin pengisar.
3. Kisar sehingga halus dan berkrim. Sejukkan di dalam peti ais. Boleh diminum apabila sudah sedikit sejuk.
PASTA CARBONARA
BAHAN-BAHAN :
Pasta secukupnya
1-2 ulas bawang putih
Sedikit kecil lada hitam
Sedikit mixed herbs
5 ekor udang
Sedikit sayur pakchoy
1/2 cawan susu penuh krim
2 sudu besat krim keju
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Rebus pasta sehingga lembut dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
3. Tambah udang yang dah dicincang atau dipotong dadu. Kacau sehingga bertukar warna.
4. Masukkan susu dan krim keju.
5. Tambahkan mixed herbs dan lada hitam.
6. Masukkan pasta & sayur pakchoy yang dipotong halus dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.
7 IN 1 HEALTHY PORRIDGE
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar oat (direndam air panas)
2 biji strawberry
8 biji blueberry
1 biji pisang
2 biji kurma
1/2 cawan susu penuh krim (dipanaskan dahulu jika usia anak bawah setahun)
1 sudu besar chia seed
CARA MEMBUAT :
1. Potong kecil buah-buahan.
2. Campurkan semua buah dengan bahan yang lain.
3. Kisar sehingga mendapat tekstur yang diingini.
BLUEBERRY CHEESE PANCAKE
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar oat
4 sudu besar susu penuh krim
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu makan krim keju
Segenggam beri biru
1 biji telur
2 sudu besar unbleached flour
1 sudu besar madu (untuk anak di bawah usia setahun, boleh gantikan dengan buah kurma)
CARA MEMBUAT :
1. Kisarkan semua bahan sehingga lembut dan berkrim.
2. Masakkan di atas kuali panas. Pastikan api perlahan dan angkat apabila sudah masak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sate Paling Simple Nak Buat! Rasa Sedap Hidang Masa Raya, Anak Pun Suka!

Selain rendang, ketupat dan lemang, sate juga turut digemari untuk dijadikan juadah ketika musim perayaan. Orang kata renyah sikit nak buat sate ni, tapi perkongsian yang dibuat oleh Mufidah Jamil menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) mudah untuk penggemar sate ikut dan buat sendiri di rumah.
Yang penting boleh makan sampai puas dan cukup untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
“Assalamulaikum dan selamat pagi,sebelum kak pida bergelut di dapur untuk menyiapkan sajian #Sate untuk open house hari selasa ini…kak pida kongsikan resepi sate cara kak pida yg paling simple…Bila buat sendiri memang jimat separuh tau dari kita tempah tetapi agak penat sikit ok boleh tengok langkah-langkah seperti yg kak pida tunjukkan boleh cuba buat sate daripada air tangan sendiri selepas ini apa lagi sekarang musim open house kan…boleh la saji untuk para tetamu atau makan bersama famili nanti
1. Seekor ayam anggaran berat 2 kg.
2. Tips. Boleh guna salah satu atau ketiga-tiga bahan ini untuk mencuci daging ayam bagi hilangkan bau hanyir dan memastikan ayam bersih suci.
3. Kulit ayam yang diasingkan daripada isi ayam…jangan buang tau boleh selitkan bersama isi ayam bila cucuk sate nanti….sedap bila ada rasa lemak-lemak sikit kulit ayam ini boleh direbus untuk melembutkannya bagi senang masa proses menghiris dan cucuk nanti.
4. Ini hasil lepas direbus…toskan
5. Isi ayam yang telah siap dihirisi.
6. Racik halus serai,halia dan lengkuas…anggaran dalam:-
Serai 6batang
Halia 45gm
Lengkuas 45gm
7. Hasil serai, halia dan lengkuas selepas diblander…halus macam ni. Masukkan dalam isi ayam.
8. Gaulkan Gula,serbuk kunyit,garam dan perasa tambahan bersama isi ayam. Anggaran :-
Gula: 2 1/2 @ 3cawan gula ikut tahap kemanisan yg dikehendaki.
Garam 1 sudu kecil kfc.
Perasa tambahan 1 sudu kecil kfc.
Satu senduk serbuk kunyit.
9. Siap segala perapan sate…sedia untuk dicucuk juga boleh dibiarkan semalam sebelum dicucuk untuk mesrakan segala bahan perapan.
10. 2 kg ayam boleh dapat 75 cucuk +-
sumber: Mufidah Jamil (MAHN)
Resipi wajib cuba: Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya Cicah Dengan Ketupat. Memang Padu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Celup Tepung ‘Berhabuk’, Macam Di Pantai Timur. Dia Punya Sedap, Bawa Ke Mimpi!

Salah satu hidangan yang popular di belah pantai timur adalah makanan laut yang dicelup tepung. Tak sedar dah makan banyak! Biasanya kalau pergi bercuti di Terengganu atau Kelantan, pasti tak terlepas untuk cari warung-warung yang menjualnya. Antara hidangan yang diminati adalah ikan celup tepung.
Bagi anda yang mahu membuat sendiri hidangan ini, bolehlah cuba resipi dari Afy AL Habibi ini. Resipi bancuhan tepungnya tidak menggunakan air kapur. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup beserta serdaknya?
Resipi Lain: [Resipi Laksa Ala-Ala Aeon. Paling Mudah Nak Buat, Simple!]
Ikuti perkongsian resipi ini:
Resepi Ikan Celup Tepung
Betul kan ada yang nak tahu rahsia ikan celup tepung cikgu dengan ‘habuk’ atau serdak yang rangup dan menjadi elok?
Jenis celup-celup tepung begini popularlah menu dekat Kelantan. Taknak makan dengan nasi, boleh ratah makan dengan pencicah. Menu tepi pantai namanya.
Meh cikgu nak cerita resepi kali ini dengan lebih lanjut.
Sebenarnya cikgu guna resepi yang sama dengan buat pisang goreng hari tu. Masih lagi tak guna air kapur.
Cuma teknik masak kali ini lain. Kena baca betul-betul. Lagi sekali cikgu sudi pecahkan tips baru di sini kongsi dengan semua cikgu lepas berjaya buat hari tu.
Haa tak sayang lagi tak tahulah.
Walaupun hanya satu teknik sahaja cikgu ubah, rupa ikan celup tepung terus nampak sedap.
Lagi-lagi ada sotong dan udang buat goreng celup tepung juga begini.
Jom baca resepi berguna cikgu di bawah:
(Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang)
1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:
– 7 sudu besar tepung beras
– 1/3 sudu kecil garam
– 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
– 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja
– 1/2 cawan kecil air sejuk

2. Kacau rata semua bahan tadi.
Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
(Rujuk gambar)

3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:
– Guna minyak yang banyak
– Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)
– Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.
4. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung.
Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.
5. Hasilnya memang sangat menarik.
‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.
6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.
*Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.*
7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan pengepit.
Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.
Resipi Lain: [Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit!]
Haaa dah baca sampai habis kan.
Bagilah cikgu komen membina.
Tanda suka resepi cikgu.
Semoga bermanfaat buat semua.
#resepicikguafy
#tipscikguafy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI