Kebiasaannya bila anak dah mula makan, menu utama mesti bubur nasi. Disebabkan mahu memastikan anak berselera makan, ibu akan cuba pelbagai resipi dan memasukkan pelbagau jenis sayur dan lauk.

Memang betul cara ibu untuk menarik dan beri rasa yang sedap pada makanan anak tapi jika ibu campurkan bubur nasi dengan ubi kentang ia kurang sesuai untuk bayi. Ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah kembung perut atau sembelit.

Berikut perkongsian dari Puan Intan Nornie Sheika

“Sesuaikah jika saya menggabungkan nasi dan ubi kentang dalam menu bubur nasi anak saya?”

Jawapan : Kurang sesuai.

Kenapa ?

IKLAN
  1. Kandungan Karbohidrat
    Apa yang perlu kita tahu tentang karbohidrat?

Kandungan karbohidrat
Satu cawan beras rebus ada lebih kurang 41g 
Satu cawan beras putih (bijian pendek) ada kira-kira 55g

Bubur Nasi Campur Ubi Kentang Kurang Sesuai. Boleh Jadi Punca Anak Kembung Perut Dan Sembelit

Setiap 1 biji ubi kentang (saiz sederhana dengan berat 210-230g) ada 37g

IKLAN

Jika hidangan 1/2 cawan bubur nasi bersama 1/2 biji ubi kentang, jumlah karbohidrat yang ada ialah 39g.
Masih di bawah paras yang dibenarkan (95 grams per day for infant by The Institute of Medicine’s)

Namun kita kena ingat, yang didalam susu ibu/ susu segar juga mengandungi karbohidrat.

Bubur Nasi Campur Ubi Kentang Kurang Sesuai. Boleh Jadi Punca Anak Kembung Perut Dan Sembelit

IKLAN

Dan, kedua-dua komponen ini (nasi dan ubi kentang) ialah ‘resistant starch’. Kanji tergolong dalam kumpulan karbohidrat kompleks (complex carbohydrates or starches).

  1. Aktiviti penghasilan enzim amilase di pankreas bayi (pancreatic amylase activity)
    Oleh kerana keadaan usus yang masih belum matang sepenuhnya, penghasilan enzim amilase di pankreas bayi adalah masih diperingkat ‘awal’.

Bubur Nasi Campur Ubi Kentang Kurang Sesuai. Boleh Jadi Punca Anak Kembung Perut Dan Sembelit

Untuk tidak menimbulkan rengsaan seperti kembung perut (bloating) dan masalah penghadaman seperti sembelit, nasi (sama ada bubur atau nasi butir) tidak dicampurkan ubi kentang.

Ambil sahaja kedua sumber ini secara berasingan. Bubur nasi bersama sedikit protein (ikan/ayam) dan sayuran yang kaya serat. Begitu jua dengan kentang. Lecek bersama sayuran dan sedikit isi ayam/ikan.

Sumber: Geng Mak Masak Sihat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI