Bosan dengan bubur, oat antara pelengkap dan pilihan sesuai untuk diberikan kepada si kecil kita. Oat dengan gabungan buah-buahan mungkin sudah terbiasa tetapi oat yang dijadikan bubur dengan tambahan sayur dan protein pastinya membuatkan selera anak makin bertambah.
Oat yang dijadikan bubur ayam juga tidak kalah hebatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ini unik dan membangkitkan selera anak. Bukan hanya kenyang bahkan oat tinggi fiber dan membantu masalah percernaan dan sembelit pada anak-anak kita. Bukan itu sahaja malah oat juga membekalkan zat besi yang tinggi. Jadi mengapa menolak untuk memberikan anak semangkuk oat? Jom cuba resipi Bubur Oat Ayam ini.
Selalunya oat ni dimakan bersama buah buahan dan yogurt je kan? Ha apa kata cuba buat bubur pula. Kalau nak masak pagi, oat tu rendamkan waktu malam tau. Esok pagi tinggal toskan je airnya.
Bahan Bahan:
Minyak zaitun
Isi ayam
Lobak merah
Sayur sawi / kailan
Cfs ( chicken feet stock )
Air secukupnya
Bahan A:
1/2 cawan organic rolled oat
1/2 cawan air
1 sb tepung gandum
1 sk cuka / jus lemon
Bahan B:
Bawang putih ditumbuk / dihiris
Bawang merah ditumbuk / dihiris
Halia ditumbuk / dihiris
Satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati. Perapkan selama 12 jam. Kemudian toskan. Ketepikan seketika.