Untuk bayi yang berusia enam bulan, mereka sudah pun boleh makan. Selain diperkenalkan dengan bubur kosng mahupun puri buah dan sayur, ibu boleh menyediakan bubur berperisa untuk menarik minat anak.
Untuk memudahkan proses memasak, ibu bolehlah membuat serbuk perasa ayam dan ikan bilis dari awal. Sebaiknya, beras juga dikisar terlebih dahulu untuk lebih cepat.
Ibu ini berkongsi cara mudah membuat serbuk perasa ayam dan ikan bilis serta beras kisar untuk bubur bayinya. Bonus, ibu ini juga berkongsi resipinya menyediakan bubur nasi enak!
Basuh beras dan toskan. Sangai atau goreng tanpa minyak hingga beras kembang. Kita guna beras padiman children nutrition porridge. Nak guna beras biasa pun boleh. Agak² berapa banyak ibu² nak buat.
Ads
Sejukkan beras kemudian blend hingga lumat. Simpan dalam bekas bertutup.
Step 2
Cuci ayam bahagian dada. Kemudian rebus hingga empuk. Toskan airnya. Air ayam boleh guna utk masak bubur bayi kemudian nanti.
Sangai atau goreng tanpa minyak hingga kering.
Blend hingga halus, simpan dalam bekas bertutup.
Step 3
Rendam bilis 15-20 minit utk hilangkan masin. Toskan dan sangai hingga garing.
Ads
Blend hingga halus dan simpan dalam bekas bertutup.
RESIPI BUBUR NASI LABU MANIS
3sudu kecil beras kisar 1sk bilis kisar Sedikit labu manis-dadukan
1#Masukkan semua bahan, tambahkan air dan sedikit minyak zaitun.
2#Gunakan api kecil, tutup periuk jgn terlalu rapat. Kacau sesekali supaya tak hangit. Tambah air jika perlu.
Ads
Sambil jaga Ayra sambil masak, tak sampai 10minit bubur dah pun kembang. Tutup api dan biarkan sejuk.
#Untuk bayi 6 bulan blend halus bubur dan labu tadi. Bagus gunakan portable blender macam ni tak risau bercampur dgn cili kalau guna blender biasa.
Dah pun siap bubur nasi labu manis utk Ayra. Ibu boleh pelbagaikan menu bubur dgn tambahkan sayuran lain, yg penting ibu dapat sediakan makanan yg baik utk bayi serta menjimatkan masa. Selamat makan Ayra🤗
Nampak sedap bubur labu manis ni, bolehlah ibu semua mencubanya!
Sebut sahaja brownies terbayang kesedapan rasanya ditambah pula dengan kedutan cantik di atasnya. Brownies Bite Mini ini lain dari biasa kerana saiz comelnya yang menyenangkan anak makan.
Resipi mudah perkongsian Azura Zuera ini memang senang. Paling menarik siap tip untuk nampak berkedut cantik. Jom cuba!
Saja try buat, biasa orang guna loyang, kita buat mini bite bagi anak-anak makan. Buat tak banyak pun, satu adunan je. Alhamdulillah anak-anak suka, kecik senang makan.
Bahan-bahan:
Minyak 50g
Coklat beryls 200g
Butter 50g
Gula perang 100g
Tepung 100g
Telur 2 bj
Serbuk coco 30g
Serbuk penaik 1g
** Sy tak letak essen vanilla, kalau nak letak pon boleh 1sk **
Kacau gula & telur sampai gula larut (kena larut baru jadi kedut).
Double boil coklat, minyak & butter sampai sebati. Campur bahan di atas kacau lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan tepung, serbuk coco & serbuk penaik yang dah di ayak ke dalam bahan di atas.
Kacau lagi hingga likat dan sebati
Bakar 15 ke 20 minit, suhu 150°c ikut oven masing-masing.
Kebiasaanya nasi goreng ketam hanya menggunakan Fillet ketam dan bukanya isi ketam yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara penyediaan nasi goreng isi ketam yang sebenar.
Bagi penggemar masakan cina muslim anda pasti pernah merasa nasi goreng isi ketam di kedai makan cina muslim. Rasanya yang sangat berlemak (datang dari isi ketam) memang membuatkan anda tak akan lupa setiap suapan yang masuk ke dalam mulut. Senang kata memang akan terbayang-bayang keenakan isi ketam dan nasi goreng tersebut.
Harga di kedai agak mahal, jadi apa kata kita cuba sendiri buat nasi goreng isi ketam. Anak-anak pasti minta nak tambah nasi lagi.
3 ulas bawang putih di cincang (bahan tumis)
2 cawan nasi sejuk – di peroi
1 biji telur
1 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 cawan isi ketam yang di rebus
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh gula
1 tangkai daun bawang di hiris nipis
Serbuk cili thai (Guna sikit sahaja)
Minyak masak (Untuk menumis)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.
2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.
3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.
4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai.
Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Intinya pula kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu. Mesti anak-anak tertarik dengan warna kuih ketayap yang menarik ini.
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...