Bila anak sudah semakin membesar, mereka terlalu teruja dengan satu-satu makanan yang diperkenalkan kepada mereka. Salah satunya adalah dengan memperkenalkan bubur nasi dengan campuran sumber protein seperti ayam, ikan dan aneka sayur-sayuran yang menaikkan rasa pada anak.
Namun sesekali berilah kelainan rasa pada anak. Apa kata cuba resipi Bubur Sup Ikan Tenggiri yang dikongsikan oleh ibu ini, Siti Nur Fateha Ramlan di facebooknya, menerusi Happy Baby Food Malaysia. Nampak sedap dan nak sediakannya pun amatlah mudah.
Tiap malam ni la keje Mommy. Masak menu untuk #babyQ tembun Mommy. Menu harini kita masak Bubur + Sup Ikan Tenggiri.
Part nak blend tu bergantung kepada tekstur baby makan macam mana. Kalau dia tak ada gigi dan baru belajar makan boleh la blend halus. Macam baby saya dah 9 bulan, lauk sahaja saya blend kasar. Bubur saya buat beras frozen dan tak kisar. Bagi dia belajar kunyah-kunyah walaupun tak ada gigi lagi.
Ada separuh baby dah tak nak blend. Nak makan tekstur yang kasar or lenyek-lenyek jer. So terpulang pada mommy.
Bahan-bahan:
Bunga lawang*
Kayu manis*
Buah pelaga*
Bawang putih(hiris)*
Bawang merah(hiris)*
Halia(hiris)*
Ikan tenggiri
CFS
Celery Ppl
Sawi jepun
Tomato
Carrots
Ubi kentang
Daun sup
Air secukupnya
Posted by Siti Nur Fateha Ramlan on Thursday, 3 October 2019
Caranya:
Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
Masukkan air, kentang, carrots, CFS dan biar mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan.
Biarkn ikan msak seketika dan agak-agak dah separuh masak keluarkan ikan untuk asingkan tulangnyer.
Posted by Siti Nur Fateha Ramlan on Thursday, 3 October 2019
Lepas tu masukkan balik ke dalam kuali. Letakkn celery, tomato dan daun sup.
Akhir skali masukkan sawi jepun. Siap..!!
Tunggu sejuk sekejap lepas tu blend dengan bubur kosong.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu-ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah. Alang-alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri. Yang penting tiada gula dan bahan pewarna seperti biskut raya orang dewasa.
Baca Selanjutnya:
Hanya Guna Bahan Di Dapur, No Salt No Sugar! 10 Resipi Snek Sihat Untuk Bayi
Biskut raya ini juga boleh dijadikan kudapan si manja pada waktu petang. Bagi yang ingin pulang ke kampung, buat biskut raya ini sebagai stok untuk kudapan si manja agar si manja tak lapar mahupun bosan ketika berhari raya. Ikuti resipi perkongsian daripada Puan Nurul Liyana
BISKUT ALIEN (12m+)
Harum semerbak satu umah bau wangi susu. Alfateh pun xdang2 duk tunjuk nak2 tahu lah rupa alien tu menarik minat dia sekali bagi bila dah siap bakar dia duk gelak mengekek pulak
BISKUT ALIEN (12m+)
– 125g ub *
– 250g susu tepung *
– 200g tepung jagung *
– freshmilk
– coklat chip homemade
– panaskan oven 170c selama 10min
1. Masukkan bahan2 * dah freshmilk sedikit demi sedikit sehingga satu adunan
2. Bentukkan dan letakkan coklat chip
3. Bakar 170c selama 20 atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
BISKUT FLORENTINE (12m+)
Since alfateh suka kunyah2 so ibu buatkan lah tapi xleh lah selalu sebab kekacang tu mahal ?
BISKUT FLORENTINE (12m+)
– tepung jagung
– Puri kurma
– almond
– kuaci putih
– kuaci hijau
– bijan putih
– bijan hitam
– kertas cupcake yang licin (ada lapisan plastik di dalam)
1. Bakar kekacang 5-7min sehingga sedikit kekuningan suhu 160c
2. Tunggu sehingga kacang sejuk
3. Masukkan bijan, puri kurma gaul kacang bersama kesemua tepung
4. Masukkan sesudu besar dalam bekas cup. Pastikan xterlalu nipis ataupun tebal
5. Bakar 15min suhu 160c. Semua oven xsama so kena rajin2 tengok untuk yang pertama, dah kekuningan boleh keluarkan dari oven
6. Biar sejuk dahulu & tekan bawah cup untuk tanggalkan. Cup boleh digunakan semula untuk round seterusnya.
Versi dewasa cara yang sama just tukar pada tepung florentine. Semudah abc !
BISKUT MAZOLA (10m)
BISKUT MAZOLA (10m)
– 1cup kacang tanah kisar *
– 1 1/2cup unbleached flour *
– 1/2cup puri kurma *
– 3/4cup+- minyak mazola
– kuning telur
panaskan oven 170c selama 5min
1. Masukkan bahan * . Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal/ dibentuk
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Sapu kuning telur dan tabur kacang di atas adunan yang telah dibentuk
4. Bakar menggunakan api atas bawah bersuhu 170c selama 15min/ mengikut kesesuaian oven masing2
BABY CHOCO ALMOND COOKIES (12m+)
BABY CHOCO ALMOND COOKIES (12m+)
– 150g unsalted butter
– 150g puri kurma
– 200g unbleached flour *
– 20g unsweetened cocoa powder *
– 1biji telur *
– 1sk soda bikarbonat *
– 1sk esen vanilla *
– 50g almond
panaskan oven suhu 180c selamat 10min dahulu
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan puri kurma & kacau sebati
2. Didalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan * sedikit demi sedikit sehingga sebati
4. Masukkan pula almond & gaul rata
5. Adunan lembik ya so hanya bentukkan menggunakan tangan
6. Bakar biskut tersebut
BISKUT SUSU (7m+)
Semudah abc, hanya menggunakan 2bahan mummy mudah kan ? Berlemak manis susu. Rangup diluar dan cair didalam nyumss2
BISKUT SUSU (7m+)
– 1cup tepung jagung *
– 1cup susu tepung *
– susu tepung yang dibancuh/ freshmilk
– panaskan oven suhu 180c selama 10min
1. Masukkan bahan2 * kemudian masukkan pula freshmilk dan gaul sehingga menjadi satu adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan
2. Bakar pada suhu 180c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
ALMOND CHOCO CHIP (12m+)
ALMOND CHOCO CHIP (12m+)
– 150g unsalted butter
– 20g unsweetened cocoa powder
– 2sb puri kurma
– 5sb coklat chip homemade
– 5sb almond
– 1scoop susu tepung
– 1biji telur
– 3/4cup+- unbleached flour
panaskan oven 170c selama 5min
1. Pukul butter sehingga kembang
2. Masukkan bahan2 lain kecuali tepung gandum dan gaul sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adunan tidak terlalu cair & sedikit pekat ya
4. Cedok menggunakan sudu dan bakar 170c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
HOMEMADE CHOCOLATE CHIP
– 1sb serbuk coklat
– 1/2sb tepung jagung
– 1/2cup susu tepung/ freshmilk
– 1sb puri kurma
– 1sb unsalted butter
1. Gaul kesemua bahan kecuali ub
2. Gunakan kaedah double boil gaul2 tanpa henti sehingga terhasil coklat yang pekat, gaul laju2 kemudian masuk butter
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu sehingga mummy2 berpuas hati dengan kepekatan coklat tersebut
4. Masukkan dalam piping bag & bentukkan mengikut citarasa
5. Sejukkan di freezer kemudian boleh diguna pakai untuk menu anak2 mummy
APPLE BABY COOKIES (8m)
APPLE BABY COOKIES (8m)
– 250g unsalted butter
– 5biji kurma (nak manis lebihkan)
– 2 1/4cup unbleached flour
– 2 1/4cup tepung jagung
– 3/4 puri epal (blend sekali dengan kurma tadi)
– 1sk cheese
– susu (optional)
panaskan oven 10min bersuhu 180c
1. Kupas kulit epal, kemudian blend sekali dengan 5biji kurma yang telah dibuang kulit & biji. Masukkan pula cheese & sedikit susu ya jika blender tidak bergerak
2. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2
DRAGON FRUIT BABY COOKIES (7m+)
DRAGON FRUIT BABY COOKIES (7m+)
– 250g unsalted butter
– 5biji kurma (nak manis lebihkan)
– 2 1/4cup unbleached flour
– 2 1/4cup tepung jagung
– 3/4 puri naga + 5biji kurma blend sekali)
panaskan oven 10min bersuhu 180c
1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2
* cup pakai standard measuring cup ya
KEREPEK UBI MANIS
KEREPEK UBI MANIS
– ubi keledek
– air
– kapur
– minyak
1. Kupas kulit ubi & rendam dalam air nak bagi hilang hitam2 ubi
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa & masukkan sedikit kapur untuk bagi kerepek rangup & kurang makan minyak
2. Sagat ubi menggunakan penyagat & masukkan didalam bekas air tadi
3. Panaskan minyak dengan api sederhana
4. Pastikan ubi sentiasa dikacau supaya tidak melekat antara satu sama lain
5. Apabila ubi kelihatan bertukar warna terus perlahankan api untuk mengelakkan ianya hangit
6. Angkat & toskan atas tisu serap minyak
SWEETY COOKIES
SWEETY COOKIES
– 1cup tepung wholemeal
– 5sb tepung jagung
– 50g unsalted butter
– 2sb minyak masak
– 3scoop susu tepung
– 1sb puri kurma
– 1sb cheese
panaskan oven selama 10min bersuhu 180c
1. Uli sebati kesemua bahan dengan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. Boleh tambah tepung jagung if adunan masih melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 30min bersuhu 180c atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2
* gelek nipis2 untuk hasil texture yang sedap rangup
GERMAN COOKIES
Resepi simple 4bahan
? unbleached flour
? tepung ubi kentang
? unsalted butter
? susu tepung
1. Pukul butter dan susu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli sehingga tidak melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 15min bersuhu 180c/sehingga masak
* resepi campak2 takde sukatan yang tepat
Sumber: Nurul Liyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Padang Power, Lebih Minyak Buat Tahan Lama, Confirm Nasi Bertambah!
Tak dinafikan, sejak punya anak hidangan kita semakin kurang rasanya kerana menjaga kesihatan anak. Tak pedas, masin dan terlebih manis. Namun demi memastikan selera suami terutama yang suka makan pedas terjaga, stok sambal padu ini mama wajib jadikan simpanan.
Setiap kali nak makan, bolehlah dipanaskan atau dijadikan pes dalam masakan. Confirm nasi bertambah! Jom cuba resipi sambal Khababb Jamaluddin ini.
Antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk. Kalau ada anak anak kecik yang kurang makan pedas. Adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera. Yang kalau nak makan tinggal senduk/ panaskan sekejap sahaja.
Bahan-bahan:
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili merah
Cili hijau (lebih murah)
Cili api
(Kuantiti agak agaklah ya)
Masukkan dalam ‘blender’. Tambahkan sedikit air. Kisar kasar.
Tumis dalam minyak panas. Kena betul betul panas. Banyak dalam separuh dari jumlah bahan kisar.
Bila dah bertukar sikit warna cili, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk ke apa, sambil kacau kejap kejap. Jangan kerap sangat.
Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak. Masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh masukkan pak aji sikit.
Tutup kejap. Lepas 5 minit boleh tutup api.
Saya simpan dalam bekas kaca, lebih baik dari plastik. Memang berminyak sikit. Minyak tu yang buat tahan lebih lama. Lepas tu kena simpan dalam peti sejuk (bukan beku) ya.
Bila nak makan saya senduk masuk dalam mangkuk, panaskan dalam microwave 1 minit.
Dah boleh makan!
Menarik: Resipi Cekodok Durian, Kacau Dengan Air Panas Bagi Lagi Sebati, Sedap Sangat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dadih Susu Homemade, Tak Pakai Serbuk Dadih Pun Rasa Sedap, Lembut & Gebu!
Dadih sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Dengan hanya menggunakan serbuk dadih, dadih boleh disediakan dengan cukup mudah dan pantas malah tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Pun begitu, tanpa serbuk dadih pun, dadih masih boleh dihasilkan sama seperti serbuk dadih biasa dan hasilnya cukup lembut dan gebu. Nak tahu bagaimana menyediakannya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Haziqah ini. Terbaik!
Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM2.50. Langsung tak berkrim, rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yang rasa cuma manis gula, bau cocoa pun tak bau.
Jadi hari ni buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih. Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun, tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak letak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda.
Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa. Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups.
Bahan-bahan yang diperlukan
150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
20gm serbuk agar-agar ( saya guna cap bunga raya )
1 sb tepung jagung
1 sk garam
1 liter susu segar / susu kotak
500 ml air
Perasa – depends nak guna perasa apa pun
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.
Api slow sekejab sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.
2. Bila agar-agar dah larut tapiskan. Dah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain , cocoa dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pulak.
4. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.
5. Dah sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam. Cocoa , nescafe , susu.
Saya guna serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna half packet saja.
6. Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba. Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan #nuhazkitchen.
Artikel berkaitan: Dadih Fresh Milk, Rasa Manis & Lembut, Nikmatnya Makan Waktu Sejuk
Dadih Susu Cair Di Mulut, Guna Dua Bahan Saja, Confirm Sedap, Pilihan Seisi Keluarga
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI