Bila anak sudah semakin membesar, mereka terlalu teruja dengan satu-satu makanan yang diperkenalkan kepada mereka. Salah satunya adalah dengan memperkenalkan bubur nasi dengan campuran sumber protein seperti ayam, ikan dan aneka sayur-sayuran yang menaikkan rasa pada anak.
Namun sesekali berilah kelainan rasa pada anak. Apa kata cuba resipi Bubur Sup Ikan Tenggiri yang dikongsikan oleh ibu ini, Siti Nur Fateha Ramlan di facebooknya, menerusi Happy Baby Food Malaysia. Nampak sedap dan nak sediakannya pun amatlah mudah.
Tiap malam ni la keje Mommy. Masak menu untuk #babyQ tembun Mommy. Menu harini kita masak Bubur + Sup Ikan Tenggiri.
Part nak blend tu bergantung kepada tekstur baby makan macam mana. Kalau dia tak ada gigi dan baru belajar makan boleh la blend halus. Macam baby saya dah 9 bulan, lauk sahaja saya blend kasar. Bubur saya buat beras frozen dan tak kisar. Bagi dia belajar kunyah-kunyah walaupun tak ada gigi lagi.
Ada separuh baby dah tak nak blend. Nak makan tekstur yang kasar or lenyek-lenyek jer. So terpulang pada mommy.
Bahan-bahan:
Bunga lawang*
Kayu manis*
Buah pelaga*
Bawang putih(hiris)*
Bawang merah(hiris)*
Halia(hiris)*
Ikan tenggiri
CFS
Celery Ppl
Sawi jepun
Tomato
Carrots
Ubi kentang
Daun sup
Air secukupnya
Caranya:
Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
Masukkan air, kentang, carrots, CFS dan biar mendidih. Bila dah mendidih masukkan ikan.
Biarkn ikan msak seketika dan agak-agak dah separuh masak keluarkan ikan untuk asingkan tulangnyer.
Lepas tu masukkan balik ke dalam kuali. Letakkn celery, tomato dan daun sup.
Akhir skali masukkan sawi jepun. Siap..!!
Tunggu sejuk sekejap lepas tu blend dengan bubur kosong.