Bapa kanak-kanak berusia lima tahun, Nur Qayra Quraisya yang maut digilis lori pasir memberitahu sebelum kejadian anak bongsunya itu ada meminta 20 sen daripadanya untuk membeli aiskrim.
Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37 berkata, ketika kejadian, Nur Qayra bermain bersama sepupunya berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, di sini.
“Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir”, katanya.
Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Muhamad Qayyum yang juga pekerja kontrak berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan kepada anaknya itu yang mesra disapa ‘Adik’ pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.
“Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.
“Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan,” katanya sebak ketika ditemui pemberita pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Menurut Muhamad Qayyum, sejak seminggu lalu anaknya menunjukkan perubahan tingkah laku ketara apabila kerap meminta hajatnya ditunaikan dengan cara yang berbeza dan menguji kesabarannya.
“Sebelum ini, Adik tak begitu, tapi sejak saya bercuti seminggu dan meluangkan masa dengannya, sikapnya agak mendesak sedikit dan terlebih manja.
“Malah semalam (kelmarin) ketika makan di sebuah restoran di Klebang, dia tiba-tiba merajuk apabila tidak dilayan, namun saya tidak memarahinya.
“Saya tak sangka rupanya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.
Muhamad Qayyum berkata, dia dan isteri, Faezah Kadir,38, reda dengan kejadian itu dan berharap masyarakat tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi hingga mengganggu emosi mereka sekeluarga.
Jenazah Nur Qayra dikebumikan di Kampung Padang, Malim.
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!