Budak-Budak Perasaannya Ikhlas! Baem Menangis Sedih, Qayyum Kembali Ke Pangkuan Keluarga Kandung

Share

Viral kisah Qayyum, anak angkat kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, apabila ibu kandung Qayyum tampil untuk mengambil kembali anaknya. Setelah berbincang, keluarga Aliff Syukri telah bersetuju untuk kembalikan Qayyum ke pangkuan keluarga kandungnya apabila diminta berbuat demikian.

Berat hati keluarga Aliff Syukri untuk melepaskan Qayyum, tapi apakan daya DS Shahida berpendapat lebih baik Qayyum berada dalam jagaan keluarga kandungnya. DS Shahida telah berkongsi video dimana Baem, anak ketiganya menangis

Baem sedih Yom nak pergi esok!! tak apa Baem nanti mama bagi Baem adik banyak-banyak ya!

Tersentuh hati melihat Baem menangis memikirkan Qayyum yang sudah selamat berada dalam jagaan keluarga kandungnya. Netizen turut bersimpati dengan keadaan Baem. Iyalah, hari-hari bersama Qayyum, bermain bersama dan tiba-tiba Qayyum tiada.

Aduhaii sedihnyanyaa..

Adik susuan dia kan.. budak-budak memang tak pandai nak tipu perasaan dia

Kesian Baem, kecik-kecik dah tahu semua tu

Sumber: Ibraheem Adham

Published by
NuFa