Sejak dilahirkan, wajah anak sulung penyampai radio, Issey Fazlisham tidak pernah muncul di Instagram bapanya.
Namun baru-baru ini, Issey tampil berkongsi wajah kesayangannya, Faaeq Fathian yang kini rupanya sudah pun berusia tujuh bulan.
Menurut kata Issey, dikala usianya tujuh bulan ini, anak kecilnya itu semakin lasak malah sihat membesar.
“Iyyen. 7 Bulan dah kamu.
“Budak ni la selalu panjat muka daddy malam malam. Korek mata daddy masa daddy tidur,” tulis Issey lagi.
Dengan badan yang ‘semangat’, si comel Iyyen pastinya menjadi rebutan di rumah. Apatah lagi kakak dan dua abangnya yang sentiasa melayaninya.
Dalam pada itu, perkongsian wajah si comel Faaeq yang mesra disapa Iyyen itu mendapat perhatian wargamaya.
Masing-masing meninggalkan pelbagai komen termasuk menyatakan wajahnya seiras isteri Issey tidak kurang juga menyatakan air wajah seperti Issey.
“Allah besar dah anak Issey. Comei dia…ikut muka mammy dia.”
“Tau-tau dah 7 bulan ek.”
“Muko supo bapak dia.”
“Bakpo comel ngat awk ehhh. Nok gigit braso pipi tu. Semoga membesar dgn sihat.”
View this post on Instagram
Terdahulu, Issey mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Aimil Jamil pada 22 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Faaeq Fathian yang dilahirkan pada 31 Ogos 2021.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI