Selepas pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penyaluran bantuan tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula hari ini, 6 Februari 2025.
Menurut MOF dalam satu hantaran di Facebook, bantuan tunai secara bulanan tahun 2025 itu adalah bagi pembayaran bulan Januari. Tarikh penyaluran bantuan tunai itu pada bulan-bulan berikutnya juga dikongsikan oleh kabinet berkenaan.
“Kami kongsikan tarikh bayaran bantuan tunai secara bulanan RM200 BUDI MADANI bagi tahun 2025.
“Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” tulis MOF.
Apa Itu BUDI MADANI?
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Ads
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Kategori BUDI MADANI
Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel. Budi Individu merujuk kepad bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
Manakala Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.
Ads
Cara mohon BUDI MADANI
Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang dibuka sepanjang tahun.
Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat budimadani@treasury.gov.my.
Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik @RitaRudainiFC, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad membacakan pertanyaan seorang netizen ketika sesi siaran langsung tersebut.
“Ada orang tanya, ‘Bagi tak kalau Mommy nak kahwin lagi?’
Rayyan dan Qaqa yang berada di belakang Rita ketika sesia live berlangsung dengan pantas terus menjawab soalan tersebut.
“Tak payahlah, Mommy tak payah kahwin lagi.
“Mommy seorang pun dah cukup dah,” kata mereka.
Lebih menyentuh hati bila mana Rita sendiri memaklumkan yang dia tidak akan berkahwin lagi sambil memeluk erat kedua anaknya itu.
“Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tiga beranak itu.
Terdahulu Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Qaqa.
Macam-macam hal! Apatah lagi sekolah baharu sahaja dibuka lebih kurang dua minggu. Untuk murid tahun 1, memang mustahil nak kekalkan penampilan kemas dari awal waktu persekolahan sehingga tiba waktu balik.
Murid perempuan misalnya, sehingga terkeluar tambut dari tudung. Memang lucu! Tapi semua itu satu pengalaman manis buat murid itu sendiri, guru dan ibu bapa.
Bercerita perihal tudung, murid perempuan ini meminta guru lelakinya untuk membetulkan tudung. Bukan main bersungguh-sungguh guru ini membantu, membentuk awning tajam di bahagian depan tudung!
Biarpun tidak biasa, Cikgu Suryadi tidak menolak permintaan anak muridnya untuk membetulkan tudung yang senget.
Ternyata perkongsian Cikgu Suryadi ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji usahanya untuk membantu anak muridnya itu. Berikut apa kata mereka :
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah berpeluh-peluh, pasti risaukan kalau ada bakteria kan? Gunakan ‘senjata rahsia’ ini untuk memeranginya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu ayah mana yang tidak luluh apabila insan kecil yang ditatang penuh kasih pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Petang ini, negara dikejutkan dengan khabar duka apabila adik Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7 tahun, yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya, disahkan meninggal dunia.
Menurut laporan Harian Metro, Ammar menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), selepas seminggu bertarung nyawa. Pemergiannya dikongsikan sendiri oleh ibu bapa melalui status WhatsApp yang cukup meruntun jiwa.
Doa Tidak Pernah Putus
Bapanya, Muhammad Badrul Rameli, 31, menulis ringkas tetapi penuh sebak, “Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar dah kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan Ammar sepanjang seminggu anak kecil itu dirawat.
Sementara ibunya, Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, yang setia menunggu di sisi katil hospital, reda menerima takdir meskipun hatinya remuk. Sebelum ini, doktor pernah memaklumkan jantung Ammar terhenti selama 14 minit, menyebabkan anak kecil itu berada dalam keadaan sangat kritikal.
“Sebagai ibu, saya tetap berharap Ammar sedar semula. Walaupun tahu keadaannya parah dengan lebih 50 jahitan di kepala, saya tetap berdoa. Namun, Allah lebih menyayanginya,” luah Nur Ayuni dalam linangan air mata.
Tragedi Yang Menggegarkan Negara
Kejadian menyayat hati itu berlaku Khamis lalu di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok. Ammar, pelajar Tahun Satu, dipukul berulang kali di kepala oleh bapa saudaranya yang berusia 46 tahun hingga menyebabkan kecederaan parah, pendarahan serta bengkak otak.
Tragisnya, selepas kejadian, suspek melarikan diri sejauh tiga kilometer sebelum ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi.
Perginya Anak Syurga
Pemergian Ammar meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja buat keluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangannya sejak hari pertama. Ramai menganggap Ammar kini seorang anak syurga yang bebas daripada penderitaan dunia.
Semoga roh Ammar ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman, dan keluarga kecil ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian besar.
Al-Fatihah buat Ammar, bidadari kecil yang kini berlari riang di taman syurga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.