Buka Peti Sejuk Berbau Macam-Macam, Guna Je Esen Vanila. Tuang Pada Kain & Lap!

Share

Ramai yang menganggap peti sejuk tempat penyimpanan makanan paling selamat. Bukan itu saja kita turut menyangkakan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi.

Sebenarnya tanggapan itu salah kerana peti sejuk juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan merosakkan makanan serta berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada ahli keluarga.

Gambar Hiasan

Kebiasaan masalah yang boleh berlaku kepada ahli keluarga disebabkan bakteria dalam peti sejuk iaitu keracunan makanan dan jangkitan pada usus.

Ditambah pula dengan pelbagai jenis barang kering dan basah disimpan, kadang tu akan menyebabkan bau kurang menyenangkan. Nak buang sayang sebab nampak elok. Tapi sebaik-baiknya seminggu sekali boleh bersihkan peti sejuk dan buang mana yang dah tak guna.

Bagi yang mengalami masalah peti sejuk berbau, tip yang dikongsikan oleh saudara Sufri Jamaluddin di Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official boleh dicuba. Modal tak sampai RM3 pun boleh selesaikan masalah ini.

Tips mewangikan peti sejuk di rumah

Hanya menggunakan esen vanila, peti ais yang berbau boleh jadi wangi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya sangat mudah, tuangkan esen vanila pada sehelai kain atau tisu dan lapkan di dalam peti sejuk.

Tapi video ini tetap melibatkan proses penyediaan makanan harian kita di rumah. So dalam kita nak menyediakan makanan, kekemasan di dapur adalah kunci kepada mutu kebersihan makanan yang kita buat yerr.

p/s: Saya record video ni masa saya tengah kerja di balai. Time ni saya nak masak untuk rakan-rakan kerja. That’s why saya sedang pakai uniform. Harap tak ada yang salah faham. Btw, loghat yang saya cakap ni bukan loghat perak ye. Orang kiter lapor diri sikit kat komen.

Kredit: Sufri Jamaluddin

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy