Bersemangat memulakan tahun baharu, Bintang Kecil Canteen Day 23 telah berlangsung dengan jayanya! Program ini mempunyai keunikannya tersendiri dalam membentuk jati diri anak-anak dalam bidang keusahawanan.
Pertama kali diadakan dan telah berlangsung dengan penuh meriah di Plaza Shah Alam (PSA). Paling menarik, program ini berjaya mengumpulkan lebih 500 kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dirancang.
“Bintang Kecil merupakan jenama terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang dikeluarkan secara bercetak dua kali sebulan dan satu ketika dulu pernah mendapat tempat di hati anak-anak perempuan khususnya.
“Dahulu menggunakan tagline untuk kita-kita aja telah melahirkan bakat cilik yang hingga kini masih popular antaranya Shila Amzah, Elfira Loy, Sweet Qismina, Mia Sara, Eyka Farhana, Shaza Bae, Amelia Henderson dan ramai lagi.
“Boleh dikatakan Bintang Kecil pernah menjadi satu fenomena buat anak-anak gadis dan kini tampil dengan nafas baru untuk lebih dekat dengan kanak-kanak hari ini bersesuaian dengan arus teknologi semasa, salah satunya adalah aktiviti pada hari ini iaitu BK Canteen Day,” jelas Puan Wan Erni, Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.
Usaha Sama Dengan Kelab Kucing Malaysia & SK Bukit Kemuning 2
Program ini diadakan untuk mendidik kanak-kanak bagi lebih mengenali dunia perniagaan secara lebih dekat lagi. Mendapat sokongan sepenuhnya dari Kelab Kucing Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2, sebanyak enam buah booth jualan diwujudkan di bawah pemantauan mentor usahawan bagi mendidik kanak-kanak berniaga.
Antara mentor usahawan yang terlibat bagi menjayakan Bintang Kecil Canteen Day 2023 adalah seperti Mios Kitchen, KUEH, Obcakession, Icely, Jom Juice, Souqa Pasta, dan Farm Fresh. BK Canteen Day bukan sekadar untuk melatih kanak-kanak belajar berniaga malah menjadi permulaan untuk lebih berkeyakinan dan menonjolkan bakat sebenar dalam diri mereka.
Ads
Kesemua mereka diberikan tugasan khas di setiap gerai jualan dan siapa sangka dengan semangat seorang usahawan, setiap produk yang dipasarkan laris terjual.
Semangatnya Himpunan Saya Juara!
Selain itu, program berlangsung selama sehari ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah “Himpunan Saya Juara”, di mana seramai 200 kanak-kanak telah menyertai perarakan seni bela diri yang terdiri daripada seni silat, taekwondo dan karate.
Kanak-kanak ini juga akan mempersembahkan bakat mereka di pentas utama di samping kemunculan istimewa Pesilat Negara Al Jufferi Jamari bagi menyuntik lagi semangat para peserta.
Ads
Perasmian Kelab Keusahawanan SK Bukit Kemuning 2
Selain itu, pada hari tersebut juga menyaksikan majlis perasmian Kelab Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 diadakan dengan penuh bermakna. Ini selari dengan impian para pendidik untuk melihat pelajarnya berjaya di dalam pelajaran mereka juga mahu berikan suntikan baru dalam diri anak-anak murid mereka.
Kelab Keushawanan ini yang memberi peluang kepada pelajar Sekolah Bukit Kemuning 2 untuk mendekati secara lebih dekat dunia keusahawanan sebenar dengan bimbingan guru pengiring, Cikgu Zuraidi, dan Guru Besar SK Bukit Kemuning 2, Cikgu Hamidi, itu sendiri.
Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna yang melibatkan hampir 200 kanak-kanak. Bertemakan haiwan kesayangan, para peserta akan berpakaian mengikut haiwan kegemaran mereka bagi memberikan sedikit kelainan di samping bagi meraikan lagi kerjasama di antara Kelab Kucing Malaysia dan Bintang Kecil.
Ads
Acara ini sentiasa mendapat perhatian ibu bapa kerana bakat seni anak-anak dapat diserlahkan melalui pertandingan seperti ini.
Hasil Jualan Kupon Didermakan Kepada Kelab Kucing Malaysia
Penutup Bintang Kecil Canteen Day 2023 kali ini meriah kerana hasil jualan kupon akan turut didermakan kepada Kelab Kucing Malaysia bagi membantu kucing-kucing terbiar dan memberikan mereka perlindungan.
Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membuka mata umum khususnya kanak-kanak akan kebaikan berniaga di usia muda juga kelebihan memberi kepada yang memerlukan.
Bintang kecil akan terus komited dalam memaparkan pelbagai kandungan menarik dan informasi untuk kanak-kanak di Youtube Channel. Di samping itu, akan banyak lagi aktiviti menarik yang akan dilakukan setiap bulan bersama kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian pada tahun 2020, Pa&Ma menyahut saranan tersebut dengan melancarkan Kempen Buckle Up 2019.
Kempen tersebut telah dilancarkan sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di SACC Convention Centre, Shah Alam oleh Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal, Pengarah Operasi Butik Tateh yang juga Certified Child Passenger Safety Technician, Sheikh Ahmad Haiqal Sheikh Abdul Murad, wakil dari Safe ‘n Sound dan blogger serta instafamous popular Yuyu Zulaikha.
Sebagai tanda sokongan kempen ini, Pa&Ma akan terus memberi kesedaran secara berperingkat kepada semua ibu bapa mengenai penggunaan kerusi keselamatan bayi.
Hal ini kerana penggunaan Child Restrain System (CRS) terbukti penting demi menjaga dan melindungi keselamatan anak-anak anda semasa dalam kereta.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa rasa agak berat nak beli kerusi keselamatan bayi kerana memikirkan harganya yang mahal tetapi jika difikirkan nyawa anak lagi penting. Orang kata malang tak berbau dan pelaksanaan ini dianggap satu langkah terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pa&Ma Moms To Be merupakan komuniti khusus untuk ibu dan bakal-bakal ibu. Dengan adanya portal yang bermanfaat ini, bakal-bakal ibu berpeluang mendapatkan pelbagai informasi berkaitan dengan kehamilan, kelahiran, penyusuan dan juga perkembangan bayi hanya di hujung jari.
Sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019, Pa&Ma melancarkan Pa&Ma Moms To Be 2019 pada 3 Ogos 2019, yang bertempat di Hall Utama, SACC.
Seramai 50 orang ibu hamil turut memeriahkan pelancaran Pa&Ma Moms To Be. Majlis pelancaran ini turut disempurnakan lagi dengan ucapan & kata-kata aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Mohamed Fahim.
Mengulas mengenai pelancangan komuniti dan portal Pa&Ma Moms To Be, Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, menjelaskan komuniti khas ini diwujudkan untuk berkongsi informasi dan panduan yang diperlukan ibu hamil untuk menempuh fasa kehamilan, kelahiran dan dunia keibubapaan.
Selain daripada maklumat, pelbagai aktiviti telah disusun untuk bakal ibu yang menyertainya. Dunia keibubapaan tidak lagi sunyi dan ibu-ibu pasti tidak akan keseorangan menempuh cabarannya.
Menerusi portal Pa&Ma Moms To Be, pelbagai maklumat dikongsikan dan antara yang menarik ialah sesi Doktor Online secara eksklusif bersama doktor pakar kehamilan dan laktasi pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 2 hingga 4 petang, hospital tour di hospital-hospital yang terpilih, bengkel laktasi, kelas antenatal, supermom workout dan banyak lagi.
Bagi mengetahui lebih banyak info kehamilan, kelahiran & tip keibubapaan maklumat terkini & promosi menarik dari Pa&Ma Moms To Be, boleh layarinya di https://momtobe.majalahpama.my
Pa&Ma berbesar hati merakamkan penghargaan kepada para penaja yang menjayakan majlis ini iaitu Glowing Party House Sdn Bhd yang memberikan tajaan belon serta Kedai Kek Shah Alam atas tajaan kek.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Duriankimchi, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim dapat kembali pulang ke kampung halaman Maryam di Korea.
Menerusi Instagramnya, dan Maryam mahupun Ryzal turut berkongsi cerita balik kampung mereka yang dipenuhi dengan aktiviti bermain salji.
Ia pastinya satu perjalanan paling menarik buat anak pasangan ini, Nik You Rina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea itu.
Setelah pulang ke negara ini ketika musim pandemik yang melanda dunia, inilah pertama kali keduanya dapat pulang ke Korea. Begitu juga dengan Rina yang baru berkesempatan balik kampung di usianya baru setahun dua bulan.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Rina yang baru berkesempatan bermain salji.
Jelas Rina yang baru ‘dapat kaki’ berjalan itu nampak cukup aktif dan riang bermain dengan salji dan berjalan-jalan bersama neneknya.
Apa lagi ketika di agah bapanya dengan salji. Nampak cukup gembira Rina bersama ibu dan ayahnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini serta pengikut setia Rina turut teruja melihat aksi comel Rina bermain salji apa lagi aksi balik kampungnya yang hanya bermain salji di sebelah rumah. Memang comel.
Rania & Rizqin: Bintang Skuasy Cilik dan Inspirasi Buat Ibu Bapa Malaysia
Dalam dunia hari ini yang terlalu menekankan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik, kisah...