Keibubapaan

Bukaan Serviks Yang Ibu Kena Tahu, Tanda Tepat Nak Bersalin!

Share

Bersalin normal adalah proses kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa memerlukan pembedahan. Ia adalah kaedah yang paling biasa dan dianggap lebih semula jadi.

Menurut Public Health Malaysia pembukaan saluran serviks atau rahim adalah salah satu daripada tanda bersalin semakin menghampiri.

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja!  Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Daftar sekarang
Proses turut dikenali sebagai bukaan pintu rahim ini biasanya dialami oleh bakal ibu yang akan menjalani prosedur kelahiran normal
Tempoh pelebaran serviks sehingga masa bersalin ini umumnya adalah berbeza bagi setiap wanita.
Ada wanita yang mungkin akan mengalami bukaan rahim 1cm hingga 10cm dan bersedia untuk melahirkan anak dalam masa beberapa jam.
Terdapat juga bakal ibu yang bukaan serviksnya memakan masa hingga berhari-hari!
Proses ini memerlukan ibu untuk bertarung antara melawan kesakitan dan semangat yang kuat untuk mengeluarkan bayi. Ia memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.
Hargailah pengorbanan ibu. Mereka tak minta untuk balasan, cukuplah sekadar ingatan dan jangan lupakan mereka.

 

INFO TAMBAHAN

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai bersalin normal:

Tanda-Tanda Bersalin:

Kontraksi: Sakit yang berulang-ulang pada bahagian perut atau belakang, semakin kuat dan kerap.
Keluar Lendir: Pelepasan lendir dari faraj yang mungkin bercampur dengan darah (tanda perdarahan ringan).
Pecah Air Ketuban: Air ketuban akan keluar melalui faraj, memberi tanda bahawa kelahiran hampir tiba.

Fasa-Fasa Bersalin Normal:

Fasa Awal (Latent Phase): Kontraksi bermula dengan jarak yang panjang dan tidak terlalu kuat. Boleh berlangsung beberapa jam hingga berhari-hari.
Fasa Aktif (Active Phase): Kontraksi menjadi lebih kuat, lebih kerap, dan lebih menyakitkan. Bukaan serviks (leher rahim) berkembang lebih cepat, dari 4 cm hingga 10 cm.
Fasa Menghadapi Kelahiran (Transition Phase): Fasa terakhir sebelum bayi dilahirkan, di mana kontraksi menjadi sangat kuat dan sangat kerap. Ini adalah waktu yang paling intensif.

Risiko Bersalin Normal:

Walaupun bersalin normal lebih semula jadi, ada risiko seperti kesakitan yang teruk, tumpah darah, atau kecederaan pada perineum (bahagian antara faraj dan dubur).

Kadang-kadang, kelahiran yang terlalu lama atau komplikasi lain boleh menyebabkan doktor mengesyorkan bersalin secara pembedahan.

Bersalin normal memberikan peluang kepada ibu untuk mengalami kelahiran secara semula jadi, tetapi setiap kelahiran adalah unik dan berbeza. Pastikan berbincang dengan doktor untuk memilih pilihan yang terbaik berdasarkan keadaan kesihatan ibu dan bayi

 

Published by
Nor Yusoff