Mama rotan kerana sayang. Mama marah kerana kasih. Mama denda untuk membentuk kamu. Tidak pernah terlintas semua itu Mama lakukan kerana bencikan kamu.
Wahai Anak, percayalah setiap apa yang Mama lakukan adalah kerana Mama mahukan yang terbaik untuk kamu. Setiap titis air mata kamu yang jatuh kala Mama marahkan kamu atau rotan kamu, setiap kali itu hati Mama berdarah. Betapa Mama rasa bersalah. Tidakkah Mama seorang ibu yang gagal?
Jika Mama seorang ibu yang bagus, sudah tentu kamu tidak perlu dimarahi. Apatah lagi didenda atau dirotan. Jadi, Mamakah yang bersalah? Jika begitu, maafkan Mama.
Mama sayangkan kamu dan kerana sayang Mama bertegas. Setiap ungkapan Jangan atau Tidak Boleh bukan kerana Mama mahu menyekat kebebasan dan keinginan kamu. Tetapi Mama mahu mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini kepada kamu.
Bila kamu ditegur atau dimarahi orang lain, Mama yang menangis dalam hati. Mama yang menggigil satu badan menahan agar diri tidak terlepas ‘tumbukan’ padu ke mukanya. Kerana Mama… Sayangkan kamu, sentiasa!
Ads
Tahukah kamu wahai anak, setiap kali kamu terlelap, Mama lah di sisi kamu yang mencium dahimu. Mamalah yang mendakap tubuhmu. Biarkan kamu tidak tahu, asalkan kamu merasainya.
Mama tidak sempurna, Sayang, tetapi Mama sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Biar Mama jadi cinta ketiga buatmu selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berilah Mama ruang itu di hatimu.
Ingat Anakku, setiap kali Mama bertegas ada sebabnya. Kerana kamu, anakku CINTAKU YANG TERINDAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami yang baik akan sentiasa peka dengan keperluan isteri. Tidak perlu isteri meminta-minta atau mengarah, sudah tahu apa yang perlu dibuat. Isteri biasanya tidak mahu menyusahkan suami kerana memahami keadaan suami yang letih kerana keluar bekerja. Jadi mereka lebih sanggup untuk melakukan semua sendiri, tetapi jauh di sudut hati ada tersimpan rasa agar si suami memahami dan membantu tanpa perlu diminta.
Ada masanya, isteri mungkin tidak memerlukan suami untuk melakukan kerja bersamanya, cukuplah sekadar memahami keadaan si isteri dan banyak mendengar luahan perasaannya. Suami yang baik akan sentiasa bersama si isteri dan meminjamkan bahunya jika diperlukan. Begitulah perkongisan seorang suami, Mohd Fhais melalui akaun Facebooknya. Katanya ada lima perkara yang usahlah dibiarkan isteri melakukannya sendiri tanpa dibantu.
Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun:
1. Penat mengurus rumah Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita. Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi. Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Penat melayan kerenah anak-anak Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke.. Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress. Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
3. Penat mendidik anak-anak Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua. Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak. Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.
4. Penat runsing keperluan rumah Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini. Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh. Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.
5. Penat melayani diri sendiri Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi. Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang. Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama. Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.
*Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Seorang isteri ikhlas melakukan segala kerja rumah untuk keselesaan keluarganya. Biarpun tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata, cuba perhatikan jika si isteri mulai murung atau kerap marah-marah. Mungkin itu salah satu tanda, dia memerlukan perhatian dan bantuan dari suami tersayang.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasihan! Bila tengok video yang dikongsikan ibu ni, rasa tak sampai hati. Anaknya yang berusia lima tahun menangis kerana kesakitan apabila kedua-dua telinganya menjadi ‘tumpangan’ dua ekor sengkenit.
Menerusi portal mStar, Zuraina Mohd Sukri menceritakan tentang anaknya, Siti Hajar Husna Abdul Rahid atau Una mengadu telinganya sakit pada malam Sabtu.
Apabila ibunya tarik keluar sengkenit itu, saiznya dah besar sebutir nasi. Ibu ini percaya yang serangga itu sudah lama ‘duduk’ di telinga anaknya.
Telinga Membengkak Dan Merah-Merah
Apabila Una mengadu sakit, Zuraina segera memeriksa pada celahan telinganya yang kelihatan bengkak dan kemerah-merahan. Bila diperiksa Zuraina ternampak ada sengkenit di celahan telinga Una dan agak sukar untuk dikeluarkan.
Sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sengkenit itu, Zuraina meletakkan minyak berasaskan daun bidara supaya mudah dikeluarkan. Menurutnya, ketika sengkenit dikeluarkan dari telinga pertama Una masih okay.
Namun, bila Zuraina mahu keluarkan sengkenit dari telinga kedua anaknya sudah meraung kesakitan. Mungkin kerana sudah tak tahan. Tambah ibu ini lagi, sengkenit itu besar dan dia memeriksa bahagian dalam telinga risau kerana risau ada yang lain.
Pernah Kena Gigit Tapi Tak Masuk Telinga
Cerita Zuraina lagi, sebelum ini Una pernah digigit sengkenit tetapi tidaklah sampai masuk dalam telinga. Ini merupakan kali ketiga anaknya digigit sengkenit.
“Saya terkejut tengok kutu tu besar, saya check juga dalam telinga. Takut ada dalam tu. Sebelum ni pernah kena gigit tapi syukur tak masuk dalam telinga,” cerita Zuraina.
Una Suka Main Dengan Kucing
Ibu ini juga merasakan sengkenit ini hinggap di telinga anaknya kerana Una suka bermain dengan kucing. Zuraina turut berkongsi caranya mengepit serangga itu sehingga mati sebelum ditarik keluar.
Mungkin sengkenit itu sudah hinggap di telinga Una selama dua ke tiga hari kerana awalnya ia kecil dan tak mendatangkan rasa sakit. Una tidak demam walaupun kebiasaannya jika terkena ‘serangan’ sengkenit ni boleh menyebabkan tak sedap badan.
Perkongsiannya di Tiktok telah mendapat perhatian ramai orang yang turut merasa simpati dengan Una yang menangis kerana kesakitan semasa ibunya menarik keluar serangga itu.
Zuraina turut berterima kasih kepada semua yang berkongsi tip kepadanya serta memberitahu yang anaknya dalam keadaan yang baik.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut ketibaan bulan Syawal. Mungkin hari ini anda sudah bertolak pulang ke kampung. Bukan sekadar memeriksa keadaan kereta, diri anda juga harus diberikan perhatian. Sudahkah anda mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum bertolak ke kampung?
Biarpun mungkin yang memandu itu suami, anda juga harus dalam keadaan yang segar dan bertenaga. Bukannya apa, andalah yang menjadi peneman suami. Mungkin juga akan bergilir-gilir memandu jika destinasi yang dituju itu jauh.
Sudah banyak cerita kemalangan yang kita dengari, berpunca daripada pemandu yang mengantuk dan terlelap ketika memandu. Tidak perlu lama, dua saat terlelap anda akan membahayakan nyawa sendiri bahkan penumpang yang dibawa. Perhatikan suami di sebelah, jika dia menunjukkan simptom-simptom ini, berkemungkinan dia akan mengalami microsleep.
Keadaan ini berlaku ketika anda sedang memandu kemudian terlelap dalam masa satu ke lima saat. Kemudian tersentak dan terjaga seperti kepala anda ditolak orang. Terjaga, kemudian anda perasan kereta sudah berada di laluan yang salah. Untuk mengelak terjadinya kemalangan, anda dengan pantas membetulkan kedudukan stereng.
Situasi ini sangat berbahaya kerana terlelap satu dua saat pun sudah boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh membawa maut. Sebuah kajian yang dibuat di University of Wisconsin pada tahun 2011, mereka mendapati ketika seseorang mengalami microsleep, otak seolah-olah dalam mod offline. Malangnya, salah satu bahagian otak yang tidak berfungsi adalah hypothalamus yang menjaga perihal tidur.
Peneman di sebelah boleh lihat jika ada tanda serangan microsleep:
Ketika memandu, dia kelihatan seperti sedang berkhayal
Ketika anda tanyakan kepada mereka, katanya pandangan kabur
Apabila anda bercakap dengannya, dia tidak memberi sebarang respon
Anda boleh lihat sesekali tubuhnya mengejut, seperti ada yang menolak
Matanya mengecil dan kelihatan seperti sudah tertutup
Ketika berbual dengan anda, dia tidak fokus dan memberi respon yang salah
Dia mengadu mengantuk
Menguap tanpa henti
Pemandu kelihatan memaksa matanya untuk dibuka
Sering mengurut tengkuk dan bahunya
Amat penting untuk anda berada dalam keadaan bersedia mental fizikal sebelum pulang ke kampung. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda membaca doa menaiki kenderaan. Semoga perjalanan anda ke kampung dirahmati dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!