Bila anak minta sesuatu, tak semua permintaan boleh ditunaikan, walaupun nampak kecil atau tak berbahaya. Sebab setiap kali kita izinkan sesuatu yang di luar batas mereka, ia boleh jadi kebiasaan yang sukar dikawal di masa depan.
Contohnya, anak minta keluar malam atau pergi jauh dengan kawan-kawan. Kalau sekali kita benarkan, permintaan yang sama mungkin akan berulang, malah makin meningkat. Dari satu tempat ke tempat lain, dari sekali jadi tabiat.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memenuhi kehendak mereka, tapi mendidik mereka tentang tanggungjawab dan batasan. Tegas bukan bermaksud tak sayang, tapi langkah berjaga-jaga untuk elak perkara yang lebih besar berlaku. Begitu juga dengan perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Abdul Muiez mengenai perlunya ada ketegasan dalam mendidik anak. Bukan berfikiran sempit, untuk mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang memahami dengan peraturan hidup dan displin.
Ads
Semalam, si sulung ni bagitahu. Sabtu haritu, kawan-kawan dia ajak pergi Kuala Selangor, tengok wayang. Saya tanya, “Iezat jawab apa?” “Memang taklah mama dengan baba nak bagi.” “Haaaa, bagus.”
Dia baru berusia 16 tahun. Baru dapat lesen beberapa bulan lepas. Lepastu nak pergi ke Kuala Selangor yang perjalanannya memakan masa satu jam sehala. Memang kami takkan bagi lah.
Bukannya apa. Setiap yang pertama kali, akan ada yang kali kedua. Bayangkan kalau saya bagi. “Ba. Nak pergi Shah Alam. Haritu baba bagi pergi Kuala Selangor.” “Ba. Nak pergi Manjung. Nak ride dekat Lumut. Haritu kan baba bagi pergi Kuala Selangor.” Uiiii memang tak dapat derrrr. Dia baru form 4. Nak ride bagai. Kata mak saya, “tampar muka kau karang, tahulah nasib kau.”
Ads
Nasib baik dia tak pernah bising. Kenapa baba tak macam ayah orang lain. Kalau dia tanya, saya akan ulang balik apa mak saya cakap. Dulu, adik saya pernah tanya. “Nenek orang tu bagi je. Boleh je buat apa-apa.” Mak saya jawab, “kau bungkus kain baju kau, pergi berambus sekarang.” Terus senyap adik saya.
Mak saya mulut memang laser. Walaupun kami tahu mak takkan buat, tapi takda siapa pun antara kami yang berani melawan.
Ads
Konsepnya sama macam kalau kita benarkan anak-anak keluar malam.Kali pertama bagi keluar malam, balik pukul 10. Esok nak keluar lagi.
Kita pun bagi lagi. Sampai satu masa, dia akan keluar sendiri tanpa minta izin. Sebab, dari kebiasaan dah jadi tabiat.
Lepastu, kita pun bising. “Anak saya keluar malam. Pukul 11 baru balik. Puas dah nasihat.” Balik kepada punca, kita yang izinkan dia buat sesuatu perkara yang dia tak patut buat untuk kali pertama. Nak selesaikan masalah yang akan datang ni, janganlah bagi anak buat benda yang tak sepatutnya dia buat. Begitulah.
Ekoran banjir yang melanda sekitar Selangor sejak Jumaat lalu, masing-masing tak jangka ia seteruk ini. Paling menyedihkan apabila ramai yang terperangkap di rumah masing-masing susulan air naik dengan cepat serta ada yang langsung tidak dapat menyelamatkan barangan berharga.
Disebabkan situasi kelam kabut ini, ada penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah bersama ahli keluarga terdiri daripada ibu bapa yang telah uzur, anak-anak masih kecil serta bayi sementara menanti bantuan dari pihak penyelamat.
Melihat perkongsian-perkongsian di media sosial, masih ramai yang belum menerima bantuan walaupun banjir sudah 3 hari berlaku.
Menerusi perkongsian suami kepada Nora Danish iaitu Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned di Instagramnya, beliau dan pasukannya telah bergerak ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah ketika operasi tersebut, Nedim telah menyelamatkan bayi yang sudah dua hari terperangkap di dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.
Hal tersebut juga dikongsikan di Instagram radio Hot FM dan mendapat perhatian ramai.
Warganet yang melihat kondisi mangsa banjir terutamanya bayi yang baru diselamatkan itu nyata berasa sangat sebak kerana tidak tahu apa yang akan berlaku andai bantuan untuk mereka lambat tiba dan air banjir semakin naik dan boleh menenggelamkan kawasan rumah mereka.
Tindakan murni yang dilakukan oleh Boss Ned dan semua pihak yang sama-sama membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap ini telah mendapat pujian ramai dan masing-masing mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti tersebut.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kita terlalu ghairah dan tertekan untuk membentuk anak kita mengikut acuan yang kita idamkan sehinggakan kita terlepas pandang ciri-ciri unik yang sudah sedia ada dimiliki oleh anak kita.
Kelebihan dan kekuatan seorang anak bukan hanya terletak pada kepandaian, skil dan bakat sahaja, memiliki karakter yang positif juga adalah satu kelebihan dan kekuatan seorang anak.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Park, Peterson dan Saligman dan diterbitkan dalam Journal of Positive Psychology pada tahun 2006, didapati bahawa terdapat 6 karakter yang perlu dikenalpasti dan dipandang tinggi dalam masyarakat (dan juga keluarga) kerana ia juga adalah kelebihan dan kekuatan yang boleh membawa manfaat kepada individu yang memilikinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
Karakter tersebut adalah:
1) Keberanian (Courage) 2) Kemanusiaan (Humanity) 3) Kebijaksanaan (Wisdom) 4) Keadilan (Sense of Justice) 5) Kawalan Diri (Self control) 6) Tidak penting diri
Pupuklah anak-anak dengan karakter yang disebut di atas. Jika anak sudah pun memilikinya, lihatlah ia sebagai satu kelebihan dan kekuatan pada anak. Salurkan karakter tersebut ke jalan yang sepatutnya supaya anak tahu yang dia bernilai dan berharga walaupun anak mungkin tidak memiliki kepandaian, skil atau bakat seperti anak-anak yang lain.
Seorang bayi perempuan ditemui di lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, hari ini.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata bayi itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan
Katanya, bayi dianggar seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut
“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.
Hanyan berkata, klinik sekitar daerah ini sudah dihubungi dan diminta memaklumkan kepada polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.